NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Kenapa Roadtax di Sabah & Sarawak Lebih Murah???
Kami tahu / dengar harga roatdax di Sabah & Sarawak lebih murah berbanding dengan Semenajung Malaysia. Tapi adakah anda tahu sebab dia???
Menurut dari JPJ, faktor yang menyebabkan kejadian tersebut adalah seperti berikut:-
- Keadaan Geografi
- Jarak perjalanan yang lebih panjang
- Kemudahan jalan raya dan infrastruktur yang kurang maju
Pemandu di Sabah & Sarawak susah menggunakan kereta yang berkapasiti kecil seperti Perodua Kancil untuk berjalan di luar bandar. Kenderaan berkapasiti kecil selalunya terhad untuk berjalan di area bandar saje.
Disebabkan faktor tersebut, kenderaan 4 wheel drive (4WD) yang dikuasakan dengan enjin kapsiti yang lebih tinggi adalah biasa digunakan di Sabah & Sarawak.
Dengan ini, ia adalah lebih adil bagi Jabatan Pengkangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk melaksanakan dasar roadtax murah di Sabah & Sarawak utk mengurangkan beban rakyat.
Kadar Road tax di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori kapasiti enjin dari petrol ke diesel dan cc 1.0 ke 3.0. Berikut adalah panduan pengiraan road tax atau cukai jalan bagi semua kenderaan persendirian di Malaysia termasuk kereta petrol biasa, diesel, suv, mpv, hybrid, 1.0, 1.2, 1.4, 1.6, 1.8, 2.0, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5, 3.0 cc dan ke atas.
KADAR CUKAI JALAN KERETA JPJ ROAD TAX RENEWAL BY ENGINE CAPACITY CC – LESEN KENDERAAN MOTOR
GARIS PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) BAGI KENDERAAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK
(PINDAAN SELEPAS BAJET 2009)
1. SEMENANJUNG MALAYSIA, PULAU PANGKOR & PULAU LANGKAWI
1.1 SEMENANJUNG MALAYSIA
1.1.1 Motosikal
Kod kegunaan : AA (Motosikal)
i. LKM bagi motosikal dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah dikekalkan pada kadar sedia ada.
ii. Kadar LKM bagi motosikal dengan kapasiti melebihi 150cc adalah ditetapkan pada kadar tetap seperti berikut:-
Kapasiti Enjin Kadar
151cc hingga 200cc RM 30.00
201cc hingga 250cc RM 50.00
251cc hingga 500cc RM 180.00
501cc hingga 800cc RM 250.00
Melebihi 800cc RM 350.00
1.1.2 Motokar Saloon Persendirian Milik Individu Kod Kegunaan : AB (Individu)
Bahan Bakar : Petrol/diesel/diesel hijau
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 55.00 1201cc hingga 1400cc RM 70.00 1401cc hingga 1600cc RM 90.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 200.00
(RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc)
1801cc hingga 2000cc RM 280.00
(RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc)
2001cc hingga 2500cc RM 380.00
(RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc)
2501cc hingga 3000cc RM 880.00
(RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc)
Melebihi 3000cc RM 2,130.00
(RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc)
===================
b. Diesel
i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 110.00 1201cc hingga 1400cc RM 140.00 1401cc hingga 1600cc RM 180.00
ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 400.00
(RM 0.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc)
1801cc hingga 2000cc RM 560.00
(RM 1.10 untuk setiap cc berbanding 1800cc)
2001cc hingga 2500cc RM 780.00
(RM 2.20 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc)
2501cc hingga 3000cc RM 1,880.00
(RM6.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc)
Melebihi 3000cc RM 4,880.00
(RM10.80 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc)
#inforoadblock
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...