2018: Pyongyang Ikrar Mahu Gandakan Bina Senjata Nuklear


GLOBAL: Tahun baharu 2018 dimulakan dengan kejutan Pemimpin Korea Utara dengan amaran bahawa mahu mempertingkatkan keupayaan negara itu mahu memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

Dalam perkembangan terbaharu pemimpin Korea Utara itu, Kim Jong-Un, menggesa negara itu mengeluarkan peledak nuklear secara besar-besaran.

Beliau berkata sentiasa dalam kedudukan yang boleh mencapai butang nuklear selepas ketegangan memuncak berhubung program senjatanya.

"Butang nuklear sentiasa di atas meja saya. Ini bukan ugutan tetapi realiti," kata Kim, mengulangi dakwaan rejim itu ialah negara kuasa nuklear. 

Perkara itu dimaklumkan dalam mesej Tahun Baharu 2018 dan menegaskan dirinya akan terus mempercepatkan program senjata yang sekali gus meningkatkan ketegangan antarabangsa.

Pyongyang, secara dramatik meningkatkan usaha menjadi kuasa nuklear pada 2017, di sebalik sekatan antarabangsa dan peningkatan retorik dari Amerika Syarikat.

"Kita perlu mengeluarkan peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran dan mempercepatkan penggunaannya," kata Kim dalam ucapan tahunan kepada negara itu, mengulangi dakwaan Korea Utara mencapai matlamat menjadi negara berkuasa nuklear, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Kim menyaksikan beberapa ujian peluru berpandu pada 2017 dan melancarkan ujian nuklear keenam dan paling berkuasa yang dikatakan bom hidrogen pada September.

Korea Utara berkata, program senjatanya direka untuk mampu mensasarkan AS.

Presiden Donald Trump bertindak balas kepada setiap ujian itu dengan mengancam memusnahkan Pyongyang sepenuhnya dan menghina Kim, berkata beliau 'dalam misi membunuh diri.' 

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...