Rusia Bakal Lancar Matawang Kripto


Crypto Ruble: Photo BY: Steemit


KEWANGAN: DRAF undang-undang bagi memperkenalkan mata wang kripto nasional Rusia telah dihantar ke parlimen.

Mata wang yang bakal dikenali sebagai 'CryptoRuble' itu dihantar oleh Ahli Parlimen Parti Komunis Rusia, Rizvan Kurbanov.

Dalam kenyataan medianya, beliau berkata pindaan undang-undang yang dicadangkan itu penting bagi membolehkan usaha mengekod aset kewangan digital sebagai sah mengikut perundangan dan diterima sebagai bayaran dalam Rusia.

Pada masa sama, draf undang-undang bagi mengawal selia perlombongan dan edaran aset kewangan digital Rusia juga turut dihantar.

November lalu, Presiden Vladimir Putin telah mengarahkan bagi pengenalan wang kripto kebangsaan yang sepenuh dikawal selia oleh kerajaan.

Pengenalan wang kripto kebangsaan 'CryptoRuble' (CRUR) ini dilihat sebagai usaha untuk mengharamkan perlombongan wang kripto lain di negara terbesar dunia itu.

Malah, operasi membabitkan wang kripto Rusia juga akan dikenakan cukai pada kadar 13 peratus.

SUMBER: AGENSI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...