33 Maut Kebakaran Hospital di Korea Selatan

Photo By: EPA

GLOBAL: Kebakaran sebuah hospital di Korea Selatan menyebabkan sekurang-kurangnya 33 mayt manakala 70 lagi cedera dengan lapan mangsa dalam keadaan kritikal.

Agensi Berita Tempatan Yonhap News sebelum ini meletakkan angka kematian seramai 31 mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Miryang, Choi Man-woo, kebakaran berlaku kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan) di bilik kecemasan di tingkat pertama Hospital Sejong.

Pasukan bomba memindahkan sekurang-kurangnya 200 orang dari bangunan utama hospital yang turut menempatkan pusat penjagaan itu.

Lapan orang dilaporkan cedera parah manakala 69 orang lagi cedera ringan.

Kebanyakan yang maut berada di tingkat pertama dan kedua hospital berkenaan.

Menurut Choi, anggota mereka akan menyiasat punca kebakaran itu.

Saluran penyiaran Korea Selatan, YTN menunjukkan asap hitam keluar dari tingkap dan pintu masuk hospital.

Sekurang-kurangnya seorang pesakit dilihat dibawa keluar dari hospital manakala seorang lagi dibungkus dengan selimut.

Mangsa yang dipindahkan untuk dirawat di empat hospital berasingan.

Bencana ini berlaku selepas sebulan kejadian 29 orang terbunuh dalam kebakaran di pusat kecergasan di bandar Jecheon.

SUMBER: YONHAP NEWS/ BBC NEWS

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...