Photo By: SKY NEWS |
GLOBAL: Para saintis melaporkan Gunung berapi Mayon di Filipona yang meletus sejak dua minggu lalu, masih menunjukkan pergerakan dengan magma yang berada di bawah permukaan.
Ekoran ancaman semakin membimbangkan setakat ini, lebih 74,000 orang terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara susulan aktiviti gunung itu yang terus meletupkan lava, abu dan gas serta batu panas.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, gegaran, aliran piroklastik dan pelepasan sulfur dioksida dikesan pada Rabu dan awal Khamis.
Asap tebal terus memenuhi ruang udara setinggi lima kilometer dan menyebabkan debu di ladang-ladang dan bandar-bandar yang berdekatan, selain jerebu yang memaksa penduduk kampung memakai topeng.
Pejabat kerajaan dan sekolah ditutup di 17 bandar dan 66 penerbangan telah dibatalkan dalam masa beberapa hari lepas.
Sementara itu, lava meletus sehingga 500 meter lebih tinggi dan mengalir ke bawah cerun, dengan satu aliran lava sejauh 3 kilometer dari kawah.
Gunung berapi Mayon yang paling aktif di Filipina dikesan memuntahkan lava berwarna merah, kepulan asap dan abu pada Khamis
Kali terakhir Mayon meletus pada Mei 2013 mengakibatkan empat pendaki Eropah terkorban.
Gunung Mayon terletak di sempadan tektonik Eurasian dan Filipina, menjadikan Mayon gunung berapi paling aktif di negara itu.
Terima kasih kepada Plat Laut Filipina, yang merangkumi kepulauan itu, terdapat 25 gunung berapi aktif kerana ia menumpu dengan Plat Eurasia, Pasifik dan Australia.
Bullit Marquez / AP
|
Charism Sayat / AFP / Getty
|
Dan Amaranto / AP
|