NAZA Tawar Generasi Muda Ceburi Automotif

LOGO NAZA


INFO: Kumpulan NAZA mempelawa generasi muda menyertai Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza ke arah pembinaan karier dalam bidang itu .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Jagdeep Jassel berkata, bidang automotif adalah sesuatu yang luas dengan perkembangan teknologi sentiasa mengalami perubahan, maka individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan luas dalam sektor itu.

“Terdapat pelbagai jawatan dalam sektor automotif. Sama ada jualan, pemasaran, pembuatan, kejuruteraan mahupun kimpalan dengan pilihan yang tidak terbatas.

“Bagaimanapun, anda memerlukan pendidikan peringkat tertinggi jika mahu terlibat dalam kejuruteraan automatif, tidak hanya menimba pengetahuan atau mempelajari kemahiran di peringkat bawahan seperti pembuatan komponen semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, kumpulan memperkenalkan kemudahan pendidikan Naza dengan visi untuk menjadi pusat pengajaran, latihan dan pusat penyelidikan rantau ini dalam kajian pengurusan teknologi dan penggunaan.

“Sebagai konglomerat milik swasta yang terbesar di Malaysia dengan automotif sebagai perniagaan utamanya, Kumpulan Naza sentiasa mencari cara untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat menerusi sektor ini,” katanya.

Kolej Teknologi dan Perniagaan Naza menawarkan kursus diploma termasuk Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Ringan), Diploma Pengurusan Perniagaan Automotif, Diploma Teknologi Motorsport dan Diploma Teknologi Motosikal (akan ditawarkan tidak lama lagi).

Kolej yang berpusat di Glenmarie, Shah Alam itu dilengkapi sistem pembelajaran dan pengajaran terkini yang disesuaikan dengan keperluan pelajar, pasukan akademik berpengalaman, mahir dan berpengalaman dalam industri, kemudahan peralatan dan latihan mencukupi.

Bantuan kewangan turut disediakan seperti kemudahan biasiswa, pinjaman Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pinjaman pendidikan dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.naza.com.my/others/#education atau hubungi 03-205 3036 atau Facebook di https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...