Jepun Alami Cuaca Sejuk Melampau Sejak 48 Tahun


Snow on the tracks: Trains suffered delays in Tokyo as inches of snow fell on the lines over the course of the week
PHOTO| DailyMail on Facebook

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL : Suhu turun sehingga -4 darjah Celcius di Jepun menyebabkan banyak perkhidmatan dan penduduk terjejas dalam keadaan cuaca suhu terendah dalam tempoh 33 tahun.

Agensi Berita DAILY MAIL melaporkan lebih 330 penerbangan domestik berlepas dari dan tiba di lapangan terbang di Tokyo dibatalkan susulan cuaca buruk, dengan beberapa perkhidmatan kereta api turut digantung. 

Manakala Jabatan bomba Tokyo yang turut mengendalikan perkhidmatan ambulans berkata, ia menerima 2,826 panggilan, Rabu lalu susulan salji tebal yang menyebabkan hura-hara di antara bandar paling padat di dunia itu.

JAPAN TIMES melaporkan keadaan itu adalah paling sibuk dialami perkhidmatan ambulan dalam tempoh 80 tahun.

Imej di bandar Tokyo menunjukkan penduduk bergelut dengan keadaan salji tebal dan berais.

"Biasanya kami memang menerima banyak panggilan ketika musim sejuk. Tetapi kami percaya gabungan influenza, salji tebal dan cuaca sejuk menyumbang kepada peningkatan jumlah panggilan," kata seorang jurucakap.

Jumlah itu sekali gus direkodkan yang paling tinggi sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada 1936 dan jauh melebihi purata kira-kira 2,000 panggilan.

Berikutan itu, kerajaan memberi amaran keadaan berais itu akan berterusan.

Photo by: MAIL ONLINE

Agensi cuaca mengeluarkan amaran suhu rendah di Tokyo sejak kali pertama dalam tempoh 48 tahun.

Salji tebal luar biasa di Tokyo, Selasa lalu menyebabkan ribuan orang terkandas dan beberapa cedera.

Agensi cuaca Jepun merekodkan salji setinggi 23 sentimeter di beberapa bahagian di Tokyo.

"Sekurang-kurangnya 67 orang cedera dalam kemalangan disebabkan salji dan jumlah itu dijangka meningkat memandangkan panggilan kecemasan masih berterusan," kata jurucakap jabatan bomba.


SUMBER: DAILY MAIL/ JAPAN TIMES

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...