Pakatan Perisikan ASEAN Dilancar

Photo by: wind.blow 

GLOBAL: Ekoran peningkatan ancaman berlakunya keganasan dan terorisme, maka enam negara Asia Tenggara bertindak melancarkan pakatan perisikan.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan pakatan kerjasama perisikan itu menyasar memerangi militan Daesh dan memperbaiki kerjasama berkaitan ancaman keselamatan, menangani apa yang disifatkan penganalisis tahap ketidakpercayaan tinggi.

Di bawah inisiatif 'Mata Kami' (Our Eyes), pegawai pertahanan kanan akan bertemu setiap dua minggu untuk bertukar-tukar maklumat berkaitan kumpulan militan dan membangunkan pangkalan data keganasan pelampau secara bersama.

Kerjasama perkongsian perisikan itu dilakukan selepas pemberontak yang bersekongkol dengan Daesh mengepung bandar selatan Filipina di Marawi tahun lalu.

Berpuluh rakyat asing, terutama dari Indonesia dan Malaysia, antara ratusan militan yang merampas sebahagian besar Marawi serta terbabit dalam pertempuran hebat dengan pasukan keselamatan Filipina, mengakibatkan sebahagian besar bandar itu tinggal runtuhan dan lebih 1,100 orang maut, menurut angka kerajaan.

Sesetengah pejuang asing dipercayai melakukan perjalanan ke Marawi menerusi sempadan maritim poros di Laut Sulu, bersebelahan Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Bersama Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Brunei - semua anggota Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) menandatangani pakatan itu. 

SUMBER: REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...