Rakyat UK Makan Sandwich Menyamai Dua Kali Ganda Penduduk Dunia!

Photo by: Food Network

FAKTA MENAKJUBKAN: Anda tahu berapakah jumlah sandwich dimakan penduduk Britain setiap tahun? 11.5 bilion itu jumlahnya. Banyak bukan? Jumlah itu menyamai dua kali ganda penduduk dunia!.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan satu kajian menyatakan jumlah sandwich dimakan penduduk Britain mencecah 11.5 bilion setiap tahun, separuh darinya dibuat sendiri di rumah manakala bakinya dibeli di kedai.

Jumlah sandwich dimakan penduduk Britain setiap tahun itu menghasilkan kadar karbon dioksida yang sama dikeluarkan lebih lapan juta kenderaan di negara ini.

Kajian oleh Persatuan Sandwich Britain (BSA) itu juga mendapati, jumlah tahunan itu menghasilkan 9.5 juta tan karbon dioksida dan menyamai penggunaan 8.6 juta kereta.

Penerbit berkenaan, Profesor Adisa Azapagic dari Universiti Manchester berkata, kajian itu membabitkan ujian sisa karbon ke atas 40 jenis kandungan sandwich.

"Sandwich yang menggunakan bahan seperti daging khinzir menghasilkan sisa karbon terbanyak, diikuti sandwich yang menggunakan kandungan seperti keju atau udang.

"Kandungan karbon tertinggi pula ditemui pada sandwich yang berkonsepkan 'sarapan sepanjang hari' terdiri daripada telur, daging khinzir hiris dan sosej," katanya.

Penghasilan sandwich di bawah konsep itu katanya, menghasilkan 1,441 gram karbon dioksida bersamaan jumlah dihasilkan oleh kereta yang melakukan perjalanan sejauh 19 kilometer. 

SUMBER: AFP

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...