AirAsia Perjelas Sudah Selesai 99% Tuntutan Bayaran Balik

   Sumber Foto: AirAsia


PENERBANGAN | AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) menyelesaikan lebih 99 peratus pertanyaan tetamu/pelanggan berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam kenyataan media pada 29 MAC 2022/Selasa menjelaskan syarikat penerbangan itu menerima jumlah pertanyaan yang amat tinggi dengan purata kira-kira 200,000 setiap hari semasa tempoh puncak.


"Kami berhubung dengan lebih lima juta tetamu sejak pandemik bermula dan menyelesaikan sebahagian besar permintaan mereka berkaitan penerbangan yang dibatalkan dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai atau penukaran penerbangan.


"Bagi semua syarikat penerbangan bawah AAAGL, kami setakat ini memberikan kembalian kepada lebih tiga juta tempahan tiket, sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai ataupun akaun kredit.


Secara keseluruhan kami menerima permintaan untuk bayaran balik sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.6 bilion) daripada tetamu sejak 2020," kata Bo Lingam.


Daripada jumlah permintaan bayaran balik tunai, lebih 99 peratus daripadanya berjaya diselesaikan dengan hanya AS$14.66 juta (RM61.9 juta) atau 0.8 peratus masih dalam proses pembayaran dan ia dijangka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi, tambah beliau.


Menurut Bo, sebahagian besar tetamu memilih akaun kredit yang diproses serta-merta dan sah sehingga dua tahun untuk tempahan daripada tarikh dikeluarkan.


Beliau berkata, dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan di kebanyakan pasaran utamanya, kira-kira 88 peratus daripada akaun kredit yang dikeluarkan digunakan, menandakan keinginan dan keyakinan yang kukuh terhadap perjalanan udara dalam kalangan orang ramai.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


AirAsia perjelas isu bayaran balik


Hanya 0.8% daripada jumlah bayaran balik tunai masih belum dijelaskan, akan diselesaikan dalam beberapa bulan akan datang


SEPANG, 29 Mac 2022 - AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) ingin menjelaskan bahawa ia telah menyelesaikan lebih 99% pertanyaan tetamu berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.


Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited berkata: “Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia yang membawa hampir 100 juta penumpang setahun sebelum Covid, kami menerima jumlah pertanyaan yang amat tinggi dengan purata kira-kira 200,000 setiap hari tema semasa tempoh puncak. 


Kami telah berhubung dengan lebih lima juta tetamu sejak wabak Covid bermula dan menyelesaikan sebahagian besar permintaan mereka berkaitan penerbangan yang dibatalkan dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan.


“Keupayaan menangani jumlah permintaan yang teramat tinggi ini dengan sendirinya merupakan suatu pencapaian luar biasa bagi kami.  


Secara keseluruhannya bagi semua syarikat penerbangan bawah AAAGL, kami setakat ini telah memberikan kembalian kepada lebih tiga juta tempahan tiket sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai ataupun akaun kredit. Secara keseluruhan kami menerima permintaan untuk bayaran balik sebanyak AS$1.80 bilion daripada para tetamu sejak 2020.


“Bagi permintaan bayaran balik tunai, lebih 99% daripadanya telah berjaya diselesaikan dengan hanya AS$14.66 juta atau 0.8% masih dalam proses pembayaran  dan ianya dijagka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi. 


Dengan pembukaan semula banyak negara yang membolehkan kami mempertingkatkan perkhidmatan penerbangandi semua pasaran utama, kami akan berupaya mempercepatkan proses pembayaran balik yang berbaki ini dengan secepat mungkin. 


Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan tetamu kami sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai status bayaran balik mereka melalui e-mel, dan mereka juga boleh menyemak status tersebut pada bila-bila masa melalui chatbot berasaskan AI (Artificial Intelligence) iaitu AVA (Allstar Maya AirAsia) yang mempunyai kemampuan untuk menguruskan pertanyaan tetamu dalam pelbagai bahasa.


“Sementara itu, sebahagian besar tetamu kami merentasi seluruh Kumpulan telah memilih akaun kredit yang diproses serta-merta dan sah sehingga dua tahun untuk tempahan dari ianya dikeluarkan. 


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada berjuta-juta tetamu yang bersedia menerima bayaran balik mereka dalam bentuk akaun kredit yang merupakan cara terbaik untuk membantu menyokong pemulihan kami.


“Dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan di kebanyakan pasaran utama kami, kami amat berbesar hati bahawa 88% daripada akaun kredit yang kami keluarkan telah digunakan, menandakan keinginan dan keyakinan yang kukuh terhadap perjalanan udara dalam kalangan orang ramai.


“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua tetamu atas kesabaran mereka, dan berharap untuk mengalu-alukan mereka semua kembali dalam penerbangan AirAsia selaras komitmen teguh kami untuk menyediakan perkhidmatan perjalanan udara terbaik yang mudah diakses, berpatutan dan inklusif di rantau ini.”



AirAsia addresses refund issue


Only 0.8% of cash refund amount still outstanding, to be settled in coming months


SEPANG, 29 March 2022 - AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) wishes to clarify that it has resolved over 99% of guest queries and refund requests set off by the Covid-19 pandemic over the past two years.


Bo Lingam, Group CEO of AirAsia Aviation Group Limited said: “As one of the world's largest airlines flying close to 100 million passengers per year before Covid, we have seen an unprecedented volume of queries, averaging around 200,000 daily during the peak period. 


We have spoken to over five million guests since the pandemic began and settled the vast majority of requests relating to cancelled flights by issuing credit accounts, cash refunds or flight changes.


“Given the sheer volume, this is no mean feat. Across all airlines in AAAGL, we have provided  a cash refund or credit shell to over three million bookings to date. In total we received USD1.80 billion in refunds requested by guests since 2020. 


“Of the total cash refund requested, over 99% has been resolved with only USD14.66 million or 0.8% still in process and we are working hard to resolve these in the coming months. Now as we are flying again in all of our key markets, we can fast track any outstanding requests as soon as possible. 


We do our best to keep our guests updated frequently with emails regarding their refund status, and they are also able to check the status of their refund anytime of the day via AVA, our multilingual virtual Allstar.


“Meanwhile, the large majority of our guests across the Group have opted for a credit account which is processed immediately and valid for up to two years for booking from the date of issuance. 


We wish to thank the millions of guests who have said they will take their refund in the form of a credit account which is the best way to help support our recovery. 


“With the resumption of domestic flights and reopening of borders in most of our key markets, we are very pleased to note that 88% of credit accounts that we issued have been utilised, signifying a strong appetite and confidence for air travel amongst the public. 


“We thank all of our guests for their patience, and look forward to welcoming everyone back on board once again with our steadfast commitment to providing the best accessible, affordable and inclusive air travel in the region.”

KWSP : Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000 Guna Portal Khas, Dibayar Sekali Gus

         Sumber Grafik : KWSP

 

KEWANGAN | Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas boleh membuat permohonan melalui portal khas.


KWSP dalam kenyataan media pada 29 MAC 2022 memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April 2022/Jumaat melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.


Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan.


"Dalam pengumuman pada 16 Mac lalu, KWSP memaklumkan permohonan untuk pengeluaran itu akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun, bermula 1 April ini dan tempoh permohonan berakhir pada 30 April, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April ini.


"Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka serta perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.


   Sumber Grafik: KWSP

"Pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan," jelas KWSP.


Kenyataan itu memaklumkan, pencarum boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.


Katanya pengeluaran khas itu bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak. 


"KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu," katanya.


KWSP memaklumkan, pencarum boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di mana-mana cawangan agensi berkenaan di seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan mereka.


Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan 'Ask ELYA' dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April 2022.


   Sumber Grafik :KWSP

Berikut adalah kenyataan media penuh KWSP berkenaan langkah permohonan untuk kemudahan pengeluaran khas



Airasia Tegaskan Lebih 90 Peratus Tuntutan Bayaran Balik Sudah Dijelaskan

Logo : AirAsia


PENERBANGAN | Lebih 90 peratus bayaran balik kepada penumpang terjejas sudah dijelaskan Airasia, meskipun syarikat penerbangan tambang rendah berdepan kesulitan kewangan akibat COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd


BH ONLINE pada 28 Mac 2022/Isnin melaporkakan Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat itu dijangka tidak berdepan masalah untuk menyelesaikan baki tuntutan bayaran balik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.


Katanya Airasia sudah mengendalikan lebih 90 peratus bayaran balik dan ia boleh disifatkan sebagai pencapaian luar biasa kerana ia dicapai tanpa sokongan kewangan daripada kerajaan.


"Pencapaian hebat ini juga selepas mengambil kira jumlah besar tuntutan berbanding syarikat penerbangan lain," katanya pada majlis pelancaran maya aplikasi Airasia Super App dikenali sebagai SUPER+ pada 28 Mac 2022.


Fernandes berkata, bayaran balik tuntutan pelanggan Airasia dijelaskan dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas penerbangan disambung semula.


"Untuk pelanggan Malaysia mungkin dalam tempoh beberapa bulan lagi, manakala Filipina pula dalam tempoh enam bulan," katanya.


Merujuk kepada tuntutan kepada Airasia X, beliau menjelaskan, pelanggan syarikat penerbangan jarak jauh itu akan menerima baucar penerbangan ia kembali beroperasi kelak sebagai langkah kumpulan untuk bertindak adil kepada pelanggannya.



INFO TAMBAHAN: Nasihat Perjalanan: Penerbangan Antarabangsa Ke/Dari Malaysia


Berikutan pengumuman pembukaan sempadan oleh kerajaan Malaysia, AirAsia ingin menasihatkan para tetamu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikut untuk pengembara antarabangsa yang memasuki Malaysia:


Sebelum berlepas:


Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera . 


Lengkapkan borang pra-perlepasan melalui ikon "Traveller".


Muat naik butiran vaksinasi melalui MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi akan diberikan "Kad Pengembara Digital" elektronik yang perlu dikemukakan di lapangan terbang semasa mendaftar masuk.


Pengembara asing perlu menyatakan alamat penginapan di Malaysia.


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian PCR 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan memuat naik keputusan ujian di MySejahtera.


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian pra-perlepasan.


Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 6-60 hari sebelum berlepas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas.


Pengembara tidak perlu memohon MyTravelPass untuk memasuki Malaysia selepas 1 April 2022.


Pengembara asing dikehendaki memiliki polisi insurans perjalanan dan COVID-19.


Pengembara mesti mematuhi semua protokol kesihatan yang dilaksanakan di Malaysia.


Semasa ketibaan:


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional dalam masa 24 jam selepas tiba di Malaysia. 


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian semasa ketibaan.


Pengembara dikehendaki mendaftar masuk di pintu ketibaan menggunakan MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan mempunyai keputusan ujian negatif tidak perlu untuk menjalani ujian seterusnya dan kuarantin selepas tiba di Malaysia.


Pengembara yang telah dijangkiti COVID-19:


Pengembara mestilah lengkap divaksinasi dan mempunyai bukti jangkitan COVID-19 antara 6 dan 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.


Pengembara  juga dikehendaki mengemukakan keputusan ujian positif COVID-19 dalam format bercetak atau digital.


Pengembara yang telah dimasukkan ke hospital berikutan COVID-19 perlu menyediakan surat ‘Fit to Travel’ yang dikeluarkan oleh hospital.


Pengembara yang tidak dimasukkan ke hospital dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas dan hanya pengembara dengan ujian negatif dibenarkan memasuki Malaysia.


Untuk nasihat perjalanan bagi pengembara yang memasuki Malaysia dari Singapura, sila klik di sini.


Pengembara dari Malaysia dinasihatkan untuk mengikuti keperluan berikut bagi pengalaman perjalanan yang lancar:


Sebelum berlepas:


Pengembara mestilah menyemak sebarang sekatan perjalanan terkini atau keperluan khas di negara yang dilawati, termasuk dokumen kesihatan seperti ujian COVID-19 dan bukti status vaksinasi lengkap.


Untuk keperluan perjalanan di negara-negara lain, sila klik di sini.


Daftar masuk kendiri di airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Ianya boleh dilakukan dengan mudah seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan.


Mulai 1 April 2022, AirAsia akan mengehadkan perkhidmatan daftar masuk di kaunter hanya untuk kumpulan tetamu yang dikecualikan di semua lapangan terbang di Malaysia.


Penggunaan airasia Super App adalah percuma dan boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery tanpa sebarang kos.


Pengembara digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang.


Pengembara dikehendaki memakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Kami mengesyorkan pelitup muka 3 lapis biasa atau pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan dalam penerbangan AirAsia.


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama dua tahun lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. 

Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 


Semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


AirAsia baru-baru ini telah dianugerahkan tahap tertinggi dalam keselamatan dan integriti operasi dengan pengiktirafan 7/7 daripada pakar penerbangan di airlineratings.com sekali lagi sama seperti pengiktirafan yang dianugerahkan kepada syarikat penerbangan ini pada kemuncak pandemik pada tahun 2020.




TAWARAN MENARIK | Airasia Perkenal Pelan SUPER+ Sehingga 2 APRIL

    Sumber Grafik: AirAsia


PENERBANGAN | Airasia Super App memperkenalkan pelan langganan SUPER+, cara lebih ideal memanfaatkan ekosistem Airasia tersedia untuk pembelian di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina secara serentak mulai 28 Mac 2022 hingga 2 April 2022.


Airasia Super App menawarkan pelan langganan SUPER+ berharga RM639 di Malaysia, 4,999 baht di Thailand, 2,300,000 rupiah di Indonesia dan 6,599 peso di Filipina.


Ia boleh dibeli di Airasia Super App dengan menekan ikon SUPER+.


Pelan langganan SUPER+ baharu ini menawarkan pelbagai faedah menarik termasuk penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa.


SUPER+ juga menawarkan penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan Airasia Food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia. 


Ia juga menyediakan faedah perlindungan insurans sebelum berlepas COVID-19, selain pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023.


Selain itu, pelanggan akan dapat menikmati faedah yang lebih banyak daripada seluruh ekosistem Airasia yang akan ditambah sebagai sebahagian daripada pelan langganan ini termasuk diskaun untuk Airasia Ride, Airasia Xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


airasia Super App lancar SUPER+


Pelan langganan dengan nilai terbaik di Asean untuk lebih penjimatan, faedah dan ganjaran


KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - airasia Super App memperkenalkan cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia dengan pelancaran pelan langganan SUPER+, yang tersedia untuk pembelian di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina secara serentak mulai hari ini hingga 2 April 2022. 


Pelan langganan SUPER+ baharu ini menawarkan pelbagai faedah menarik seperti:


- Penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa. 


- Penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan airasia food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia. 


- Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19.


Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023. 


Selain itu, pelanggan akan dapat menikmati faedah yang lebih banyak daripada seluruh ekosistem airasia yang akan ditambah sebagai sebahagian daripada pelan langganan ini termasuk diskaun untuk airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi. 


Pelan langganan SUPER+ berharga RM639 di Malaysia, THB4,999 di Thailand, IDR2.300.000 di Indonesia dan PHP6,599 di Filipina. Ia boleh dibeli di airasia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+.’ Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan SUPER+, klik di sini.*


Pelanggan digalakkan untuk merebut peluang keemasan ini kerana hanya terdapat sejumlah 200,000 palan langganan SUPER+ yang tersedia di seluruh empat buah negara untuk masa terhad sahaja mulai hari ini hingga 2 April 2022. 


Semua pelanggan juga akan menikmati Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19, yang akan membolehkan mereka menuntut manfaat insurans sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa 7 hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan.


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kini pelanggan akan menikmati pengalaman airasia Super App serta lebih banyak lagi dengan pelan langganan SUPER+. 


Ini sememangnya cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia kerana ia membolehkan pelanggan terbang ke mana-mana sahaja, menikmati lebih penjimatan dan pelbagai ganjaran. 


SUPER+ ialah satu-satunya produk seumpamanya di Asean yang menawarkan manfaat perjalanan dan gaya hidup untuk semua. 


Kami berbangga menjadi satu-satunya aplikasi super dalam pasaran yang mampu menawarkan pelan langganan yang unik ini merangkumi kedua-dua produk dan perkhidmatan pelancongan serta gaya hidup, seterusnya menjadikan kami sebagai aplikasi pilihan di rantau ini.


“Perjalanan udara kini dalam fasa pemulihan terutamanya dengan pelbagai negara di seluruh Asean mengumumkan pembukaan semula sempadannya dan lebih banyak Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) diumumkan. 


SUPER+ pastinya akan memudahkan perjalanan, menjadikannya berpatutan dan mudah untuk semua orang melawat dan meneroka pelbagai destinasi dalam rangkaian luas AirAsia. Selain itu, pelanggan juga mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan terbaik airasia Super App di seluruh rantau ini.”


Pelan langganan SUPER+ ini memberikan nilai terbaik kerana airasia food kini tersedia di seluruh Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching dan Miri dengan lebih banyak bandar yang akan dilancarkan akan datang,” tambah Amanda Woo.


Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ tertakluk pada cukai dan fi kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain. 


Ikuti perkembangan terkini airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery sekarang.


Nasihat Perjalanan: Penerbangan antarabangsa ke/dari Malaysia


KENYATAAN MEDIA | 22 MAC 2022| Berikutan pengumuman pembukaan sempadan oleh kerajaan Malaysia, AirAsia ingin menasihatkan para tetamu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikut untuk pengembara antarabangsa yang memasuki Malaysia:


Sebelum berlepas:

Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera . 


Lengkapkan borang pra-perlepasan melalui ikon "Traveller".


Muat naik butiran vaksinasi melalui MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi akan diberikan "Kad Pengembara Digital" elektronik yang perlu dikemukakan di lapangan terbang semasa mendaftar masuk.


Pengembara asing perlu menyatakan alamat penginapan di Malaysia.


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian PCR 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan memuat naik keputusan ujian di MySejahtera.


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian pra-perlepasan.


Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 6-60 hari sebelum berlepas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas.


Pengembara tidak perlu memohon MyTravelPass untuk memasuki Malaysia selepas 1 April 2022.


Pengembara asing dikehendaki memiliki polisi insurans perjalanan dan COVID-19.


Pengembara mesti mematuhi semua protokol kesihatan yang dilaksanakan di Malaysia.


Semasa ketibaan:


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional dalam masa 24 jam selepas tiba di Malaysia. 


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian semasa ketibaan.


Pengembara dikehendaki mendaftar masuk di pintu ketibaan menggunakan MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan mempunyai keputusan ujian negatif tidak perlu untuk menjalani ujian seterusnya dan kuarantin selepas tiba di Malaysia.


Pengembara yang telah dijangkiti COVID-19:


Pengembara mestilah lengkap divaksinasi dan mempunyai bukti jangkitan COVID-19 antara 6 dan 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.


Pengembara  juga dikehendaki mengemukakan keputusan ujian positif COVID-19 dalam format bercetak atau digital.


Pengembara yang telah dimasukkan ke hospital berikutan COVID-19 perlu menyediakan surat ‘Fit to Travel’ yang dikeluarkan oleh hospital.


Pengembara yang tidak dimasukkan ke hospital dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas dan hanya pengembara dengan ujian negatif dibenarkan memasuki Malaysia.


Untuk nasihat perjalanan bagi pengembara yang memasuki Malaysia dari Singapura, sila klik di sini.


Pengembara dari Malaysia dinasihatkan untuk mengikuti keperluan berikut bagi pengalaman perjalanan yang lancar:


Sebelum berlepas:

Pengembara mestilah menyemak sebarang sekatan perjalanan terkini atau keperluan khas di negara yang dilawati, termasuk dokumen kesihatan seperti ujian COVID-19 dan bukti status vaksinasi lengkap.


Untuk keperluan perjalanan di negara-negara lain.


Daftar masuk kendiri di airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Ianya boleh dilakukan dengan mudah seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan.


Mulai 1 April 2022, AirAsia akan mengehadkan perkhidmatan daftar masuk di kaunter hanya untuk kumpulan tetamu yang dikecualikan di semua lapangan terbang di Malaysia.


Penggunaan airasia Super App adalah percuma dan boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery tanpa sebarang kos.


Pengembara digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang.


Pengembara dikehendaki memakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Kami mengesyorkan pelitup muka 3 lapis biasa atau pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan dalam penerbangan AirAsia.


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama dua tahun lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. 


Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 


Semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


AirAsia baru-baru ini telah dianugerahkan tahap tertinggi dalam keselamatan dan integriti operasi dengan pengiktirafan 7/7 daripada pakar penerbangan di airlineratings.com sekali lagi sama seperti pengiktirafan yang dianugerahkan kepada syarikat penerbangan ini pada kemuncak pandemik pada tahun 2020.


     Sumber Grafik :AirAsia


     Sumber Grafik :AirAsia



Asean’s best-value subscription for bigger savings, better benefits & rewards


KUALA LUMPUR, 28 March 2022 - The airasia Super App is introducing a smarter way to experience the world of airasia with the launch of its revolutionary SUPER+ subscription plan, which is available for purchase across Thailand, Malaysia, Indonesia and the Philippines concurrently from today until 2 April 2022. 


Subscribers of the brand new SUPER+ plan will be able to enjoy these benefits:


Fly anywhere with unlimited flight redemption for the subscriber across all AirAsia airlines (flight code AK, FD, QZ, Z2) across the region, for both domestic and international destinations. 


Unlimited free delivery for airasia food orders across all countries and locations where the service is available. 


COVID Pre-Departure Insurance Coverage 


SUPER+ subscribers will be able to redeem their flights from  28 March 2022 until 27 March 2023 and travel throughout 11 April 2022 - 10 April 2023. 


Subscribers can look forward to more benefits from across the whole airasia ecosystem that will be subsequently added as part of this subscription including discounts on airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotels and more. 


The SUPER+ subscription plan is priced at RM639* in Malaysia, THB4,999 in Thailand, IDR2.300.000 in Indonesia and PHP6,599 in the Philippines and can be purchased on the airasia Super App by clicking on the ‘SUPER+’ icon. For more information on how to subscribe to SUPER+, click here.  


Subscribers are encouraged to act fast as there are only a total of 200,000 SUPER+ subscriptions available across the four countries for a limited time only from today until 2 April 2022. All subscribers will also enjoy COVID Pre-Departure Insurance Coverage, which will allow them to claim insurance benefits in the unfortunate event of them contracting COVID within 7 days before their scheduled departure.


Amanda Woo, CEO of airasia Super App said, “Customers will get to experience the airasia Super App plus more with the SUPER+ subscription plan. This is indeed a smarter way to experience the new world of airasia as it allows the subscriber to fly anywhere, enjoy bigger savings and more rewards for their travel and everyday needs. SUPER+ is an unprecedented product in Asean which unlocks travel & lifestyle benefits like never before. We are proud to be the only super app in the market that is able to offer this one-of-a-kind subscription plan that includes both travel and lifestyle products and services, clearly positioning us the preferred provider for the region.


“Air travel is on a strong rebound especially with various countries across Asean announcing the reopening of borders and more Vaccinated-Travel-Lane (VTL) arrangements. SUPER+ will certainly facilitate affordable and convenient travel for everyone to visit and explore the many destinations within the wide network connectivity of the AirAsia Aviation Group. Aside from that, subscribers also have access to the best of what airasia Super App has to offer through its various Delivery verticals across the region.” 


This SUPER+ gives the best value as airasia food is already present across Klang Valley, Kota Kinabalu, Penang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching and Miri with more cities coming your way,” added Amanda Woo. 


Flights redeemed via SUPER+ are subject to government taxes and fees, add-ons and other applicable charges. Flight bookings must be made at least 14 days before departure, and are subject to embargo period and other terms and conditions. 


Stay up to date with everything from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates. For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.




Rasai Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Di Malaysia

    Tangkap layar fenomena hari tanpa bayang oleh laman sesawang ACUWEATHER


CUACA | Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam serta beberapa bandar lain mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 28 Mac 2022/Isnin, susulan peristiwa ekuinoks apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.


Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami fenomena tersebut pada jam 1.19 tengah hari (28 Mac 2022) manakala Shah Alam pada jam 1.20 tengah hari (28 Mac 2022), manakala di Klang pada (1.20 tengah hari/ 28 Mac), Kajang (1.19 tengah hari/28 Mac 2022).


Dalam jadual disertakan MOSTI menunjukkan kawasan di Kuala Selangor mengalami peristiwa tanpa bayang pada 29 MAC 2022/Selasa pada jam 1.21 tengah hari, Rawang (1.19 tengah hari), Kuala Kubu Bharu (1.19)


Semasa peristiwa ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang serta malam.


Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.


 Tangkap layar fenomena hari tanpa bayang oleh laman sesawang ACUWEATHER


MOSTI dalam kenyataan media pada 28 Mac 2022 menjelaskan ia dipanggil fenomena tengah hari tanpa bayang kerana pada waktu tengah hari, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan khatulistiwa dan bayang kepala serta badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah tiada bayang yang jatuh ke bumi.


Namun begitu, beliau berkata, kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara daripada garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 21 Mac lalu.


Jelas MOSTI, Malaysia mula mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 23 Mac lalu di bandar Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak serta Kukup di Johor.


"Ini diikuti bandar lain pada tarikh berikutnya sehinggalah ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April ini dan selepas itu matahari akan semakin teranjak ke latitud lebih ke utara iaitu ke negara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja," katanya.


Orang ramai boleh menghayati fenomena ini dan digalakkan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek lain di sekitar kawasan.


Berikut adalah jadual fenomena hari tanpa bayang mengikut kawasan dikongsikan MOSTI : 









Kebenaran Rapatkan Saf Solat Di Masjid, Surau Di Selangor Mulai 1 April

   Foto: Masjid Negeri


BERITA | Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh Selangor dirapatkan saf seperti biasa mulai 1 April 2022, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 


Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan media pada 27 Mac 2022/Ahad berkata ketetapan itu dibuat setelah Sultan Selangor mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi Kerajaan Negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.


Katanya, Sultan Selangor berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat Covid-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.


Mohd Shahzihan turut menyatakan Sultan Sharafuddin berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di Selangor.


"Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin Covid-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.


"Individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain," katanya.


Namun begitu, Mohd Shahzihan berkata, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di Selangor.


Oleh itu, baginda menasihati rakyat Selangor untuk terus berhati-hati dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) serta mengikuti semua arahan dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.


Berikut adalah kenyataan media penuh : 






Australia Beri Dos Keempat Vaksin COVID-19

    Sumber Foto: Global Citizen


GLOBAL | SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan April 2022 berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron.


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 25 Mac 2022 melaporkan malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan.


Enam minggu lalu, negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England mengesyorkan dos vaksin keempat bagi mereka yang paling terdedah termasuk warga emas.


Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih daripada 50,000 beberapa hari lalu iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding bulan sebelum ini akibat peningkatan varian BA.2 Omicron.


Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April 2022, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal.


"Dos penggalak ialah perlindungan terbaik terhadap kesan COVID paling teruk dan mungkin memberikan perlindungan berpanjangan.


"Pelancong yang tiba di Australia tidak perlu lagi mendapatkan bukti ujian negatif COVID-19 terlebih dulu apabila undang-undang kecemasan COVID-19 tamat tempoh 17 April.


"Bagaimanapun pelancong masih perlu divaksinasi dan memakai pelitup muka dalam penerbangan," katanya.


Kumpulan penasihat teknikal mengenai imunisasi Australia, ATAGI, berkata Pfizer dan Moderna adalah vaksin pilihan untuk suntikan penggalak tambahan, namun belum ada bukti mencukupi mengenai manfaatnya.


Sementara itu, Ketua Program Biosekuriti di Institut Kirby Universiti NSW, Raina MacIntyre, mengalu-alukan mengenai dos keempat tetapi mengutamakan kepada yang berusia lebih 50 tahun.


MacIntyre menggalakkan penduduk Australia mendapatkan dos ketiga dan mereka yang layak, dos keempat.


"Ini bukan selesema kerana terdapat bukti besar kesan jangka panjang yang serius termasuk kerosakan otak, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan diabetes walaupun pada orang yang mengalami jangkitan ringan," katanya.


Australia melaporkan sejumlah 3.93 juta jangkitan COVID-19 sejak wabak itu bermula dengan 5,824 kematian. 

SAUDIA Airlines Bawa Separuh Jemaah Haji Malaysia

         Saudi Airlines : Sumber Foto: Arab News


PENERBANGAN | SAUDIA Airlines (SAUDIA), syarikat penerbangan Arab Saudi menandatangani penerimaan tawaran penerbangan haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji bagi jemaah haji Malaysia selama tiga tahun.


BH ONLINE pada 25 Mac 2022 melaporkan penerimaan tawaran ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif SAUDIA, Kapten Ibrahim Koshy manakala TH diwakili Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.


Majlis menandatangani diadakan di Jeddah Superdome, Arab Saudi dan disaksikan Ketua Pengarah SAUDIA, Ibrahim Al Omar sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji serta Umrah anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.


Kapten Ibrahim berkata sebanyak 50 peratus jemaah haji akan diterbangkan terus secara berperingkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz Madinah.


"SAUDIA memberi perhatian besar terhadap sektor haji dan umrah di mana satu jabatan ditubuhkan bertujuan menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat jemaah Haji serta Umrah.


"Ia juga berperanan menarik kehadiran jemaah, memilih segmen permintaan perjalanan yang tinggi, bekerjasama dengan organisasi serta entiti luar negara yang mengendalikan urusan haji, umrah rakyat mereka, membuat jadual perjalanan dan menyelaras kelancaran pergerakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi untuk kemudahan semua tetamu," katanya.


Beliau berkata, Saudia akan menggunakan pesawat Boeing B787-9 dengan kapasiti 298 tempat duduk bagi memastikan perkhidmatan serta pengalaman terbaik haji bermula sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam pesawat.


Sementara itu, Syed Saleh berkata TH adalah satu-satunya badan kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif serta sistematik demi keselesaan dan kebajikan jemaah Haji Malaysia.


"Tawaran kepada SAUDIA untuk menyediakan penerbangan sewa khas haji daripada tahun 2022 hingga tahun 2024 sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.


"Penyediaan penerbangan sewa khas Haji ini adalah usaha berterusan TH dan adalah salah satu persediaan awal TH bagi membawa jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini," katanya.

Harga Kereta CKD Naik 8% Hingga 10% Jika Duti Eksais Dilaksana Semula

Sumber Grafik : /www.thoughtworks.com


AUTOMOTIF | Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) dijangka meningkat lapan hingga 20 peratus pada 2023 berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA)


BERNAMA pada 25 MAC 2022 melaporkan Datuk Aishah Ahmad berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.


"Duti eksais itu ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.


"Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MAA pada 25 MAC 2022.


Beliau berkata OMV adalah nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.


Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Disember 2019. 


Sebelum ini BH Online pada 22 MAC 2022 melaporkan beberapa syarikat pengeluar kenderaan difahamkan sedang melobi kerajaan supaya melanjutkan lagi tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijadual berakhir pada 30 Jun ini.


Penganalisis RHB Research, Jim Lim Khai Xhiang, berkata walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi separuh pertama 2022 berkemungkinan kekal kukuh, dipacu terutama oleh tempoh cuti SST dan tempahan tertunggak yang tinggi, prestasi pada separuh kedua tahun ini dijangka lebih lemah pasca pengecualian SST, khususnya pada Julai.


"Bagaimanapun, kami berpandangan bahawa satu lagi lanjutan mungkin tidak menjadi kenyataan, menyebabkan beberapa jenama utama akan menyerap SST atau memberikan promosi untuk meningkatkan jualan, dengan mengorbankan margin.


"Tambahan lagi, sekiranya bahan mentah yang lebih mahal diterjemahkan kepada harga lebih tinggi bagi bagi pelancaran akan datang, jumlah jualan berdepan risiko penurunan.


"Jika pengedar tidak memindahkan kos input lebih tinggi, margin akan berdepan tekanan penurunan," katanya dalam satu nota.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan TIV bagi Februari meningkat 7.7 peratus kepada 43,722 unit berbanding bulan sebelumnya.


Khai Xhiang berkata, peningkatan bulanan itu khususnya dipacu oleh jualan PROTON dan Honda, ketika kebanyakan jenama utama lain menyaksikan penuruan.


"Kami kekal berhati-hati pada separuh kedua 2022 memandangkan pengenaan semula SST dan kos bahan mentah lebih tinggi mendatangkan risiko terhadap TIV serta margin," katanya.


PROTON mencatatkan peningkatan bulanan 109 peratus TIV pada Februari, diikuti oleh Honda yang merekodkan kenaikan sebanyak 56 peratus.


Jualan Toyota dan Lexus susut sebanyak 15 peratus, berkemungkinan disebabkan oleh penurunan sebanyak 13 peratus pengeluaran Toyota.


Bagaimanapun, dalam kalangan jenama bukan nasional, Toyota terus menjadi pendahulu dengan 16.6 peratus penguasaan pasaran tempatan, manakala Honda ketinggalan di belakang pada 11.7 peratus.


Khai Xhiang berkata, peningkatan TIV pada Februari diterajui oleh PROTON, khususnya disebabkan oleh pemiulihan pengeluaran model Saga dan Exora di kilang Shah Alam pasca banjir.


"Perodua turut mencatatkan pemulihan kukuh, dipacu khususnya oleh model Axia dan Bezza," katanya.


PELUANG TERBAIK | Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus

PENERBANGAN | PELANCONGAN | Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.


Ia turut menawarkan perkhidmatan dan pakej percutian berbaloi untuk wang, bermula 25 Mac hingga 4 April 2022, lapor BERNAMA pada 24 Mac 2022.


Malaysia Airlines Bhd berkata, pelanggan juga boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej nilai.


Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan dalam Semenanjung Malaysia serta perjalanan antara Sabah dan Sarawak.


Bagi destinasi antarabangsa terpilih, Malaysia Airlines menawarkan tambang lebih rendah ke London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh City, Manila, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney serta Melbourne.


Sebelum ini media melaporkan Malaysia Airlines sedang berusaha meningkatkan kekerapan penerbangan ke laluan utama Kuala Lumpur-London kepada 11 kali seminggu bermula 27 Mac 2022 dan kembali kepada perkhidmatan harian berganda penuh setiap hari mulai 1 Julai 2022 dan seterusnya.


Pada tarikh sama, syarikat penerbangan nasional itu berkata, ia mengembalikan perkhidmatan komersial berjadual ke India iaitu New Delhi, Bangalore, Mumbai, Chennai dan Hyderabad, selepas hampir 24 bulan digantung kerana penutupan sempadan kedua-dua negara.


"Mulai 1 April 2022, Malaysia Airlines meningkatkan kapasiti ke Bangkok daripada tujuh kali seminggu kepada 14 kali seminggu dan ke Phuket daripada sekali seminggu kepada tiga kali seminggu," katanya dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022.


Ia berkata, ini selepas Thailand melonggarkan syarat kemasukan bagi pengembara antarabangsa yang mendapat vaksin sepenuhnya.


Selain itu, katanya, Malaysia Airlines mula terbang ke Bali dengan penerbangan sekali seminggu, bermula 11 Mac 2022.


"Pelanggan yang divaksin sepenuhnya yang melancong ke Singapura boleh terus menikmati skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, memberikan mereka kemudahan akses tanpa kuarantin," katanya.


Sementara itu, Malaysia Airlines berkata, penerbangan yang diadakan semula ke Australia baru-baru ini juga akan menyaksikan pertambahan kepada tujuh kali seminggu ke Sydney daripada lima kali seminggu dan lima kali seminggu ke Perth daripada dua kali seminggu berikutan permintaan yang stabil untuk perjalanan di rantau Australasia.


"Dengan Satellite Golden Lounge Malaysia Airlines akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi, pelanggan boleh menjangkakan hidangan gaya bufet yang diadakan semula, menawarkan kemudahan untuk tetamu melihat dan menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat sebelum penerbangan mereka.


"Semua ruang istirahat syarikat penerbangan mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat, penggunaan wajib topeng muka dan sarung tangan pakai buang di kawasan bufet dan sanitasi biasa di kawasan umum," katanya.




TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...