Kebenaran Rapatkan Saf Solat Di Masjid, Surau Di Selangor Mulai 1 April

   Foto: Masjid Negeri


BERITA | Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh Selangor dirapatkan saf seperti biasa mulai 1 April 2022, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 


Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan media pada 27 Mac 2022/Ahad berkata ketetapan itu dibuat setelah Sultan Selangor mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi Kerajaan Negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.


Katanya, Sultan Selangor berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat Covid-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.


Mohd Shahzihan turut menyatakan Sultan Sharafuddin berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di Selangor.


"Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin Covid-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.


"Individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain," katanya.


Namun begitu, Mohd Shahzihan berkata, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi di Selangor.


Oleh itu, baginda menasihati rakyat Selangor untuk terus berhati-hati dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) serta mengikuti semua arahan dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.


Berikut adalah kenyataan media penuh : 






TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...