Rasai Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang Di Malaysia

    Tangkap layar fenomena hari tanpa bayang oleh laman sesawang ACUWEATHER


CUACA | Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam serta beberapa bandar lain mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 28 Mac 2022/Isnin, susulan peristiwa ekuinoks apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.


Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami fenomena tersebut pada jam 1.19 tengah hari (28 Mac 2022) manakala Shah Alam pada jam 1.20 tengah hari (28 Mac 2022), manakala di Klang pada (1.20 tengah hari/ 28 Mac), Kajang (1.19 tengah hari/28 Mac 2022).


Dalam jadual disertakan MOSTI menunjukkan kawasan di Kuala Selangor mengalami peristiwa tanpa bayang pada 29 MAC 2022/Selasa pada jam 1.21 tengah hari, Rawang (1.19 tengah hari), Kuala Kubu Bharu (1.19)


Semasa peristiwa ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang serta malam.


Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.


 Tangkap layar fenomena hari tanpa bayang oleh laman sesawang ACUWEATHER


MOSTI dalam kenyataan media pada 28 Mac 2022 menjelaskan ia dipanggil fenomena tengah hari tanpa bayang kerana pada waktu tengah hari, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan khatulistiwa dan bayang kepala serta badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah tiada bayang yang jatuh ke bumi.


Namun begitu, beliau berkata, kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara daripada garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 21 Mac lalu.


Jelas MOSTI, Malaysia mula mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang pada 23 Mac lalu di bandar Serian, Sri Aman dan Betong di Sarawak serta Kukup di Johor.


"Ini diikuti bandar lain pada tarikh berikutnya sehinggalah ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April ini dan selepas itu matahari akan semakin teranjak ke latitud lebih ke utara iaitu ke negara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja," katanya.


Orang ramai boleh menghayati fenomena ini dan digalakkan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek lain di sekitar kawasan.


Berikut adalah jadual fenomena hari tanpa bayang mengikut kawasan dikongsikan MOSTI : 









TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...