TAWARAN MENARIK | Airasia Perkenal Pelan SUPER+ Sehingga 2 APRIL

    Sumber Grafik: AirAsia


PENERBANGAN | Airasia Super App memperkenalkan pelan langganan SUPER+, cara lebih ideal memanfaatkan ekosistem Airasia tersedia untuk pembelian di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina secara serentak mulai 28 Mac 2022 hingga 2 April 2022.


Airasia Super App menawarkan pelan langganan SUPER+ berharga RM639 di Malaysia, 4,999 baht di Thailand, 2,300,000 rupiah di Indonesia dan 6,599 peso di Filipina.


Ia boleh dibeli di Airasia Super App dengan menekan ikon SUPER+.


Pelan langganan SUPER+ baharu ini menawarkan pelbagai faedah menarik termasuk penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa.


SUPER+ juga menawarkan penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan Airasia Food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia. 


Ia juga menyediakan faedah perlindungan insurans sebelum berlepas COVID-19, selain pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023.


Selain itu, pelanggan akan dapat menikmati faedah yang lebih banyak daripada seluruh ekosistem Airasia yang akan ditambah sebagai sebahagian daripada pelan langganan ini termasuk diskaun untuk Airasia Ride, Airasia Xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


airasia Super App lancar SUPER+


Pelan langganan dengan nilai terbaik di Asean untuk lebih penjimatan, faedah dan ganjaran


KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 - airasia Super App memperkenalkan cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia dengan pelancaran pelan langganan SUPER+, yang tersedia untuk pembelian di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina secara serentak mulai hari ini hingga 2 April 2022. 


Pelan langganan SUPER+ baharu ini menawarkan pelbagai faedah menarik seperti:


- Penebusan penerbangan tanpa had di semua syarikat penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2) di rantau ini, untuk destinasi domestik dan antarabangsa. 


- Penghantaran percuma tanpa had untuk pesanan airasia food di seluruh negara dan lokasi di mana perkhidmatan itu tersedia. 


- Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19.


Pelanggan SUPER+ boleh menebus penerbangan mereka dari 28 Mac 2022 hingga 27 Mac 2023 untuk tempoh perjalanan antara 11 April 2022 dan 10 April 2023. 


Selain itu, pelanggan akan dapat menikmati faedah yang lebih banyak daripada seluruh ekosistem airasia yang akan ditambah sebagai sebahagian daripada pelan langganan ini termasuk diskaun untuk airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotel dan banyak lagi. 


Pelan langganan SUPER+ berharga RM639 di Malaysia, THB4,999 di Thailand, IDR2.300.000 di Indonesia dan PHP6,599 di Filipina. Ia boleh dibeli di airasia Super App dengan menekan ikon ‘SUPER+.’ Untuk maklumat lanjut tentang cara melanggan SUPER+, klik di sini.*


Pelanggan digalakkan untuk merebut peluang keemasan ini kerana hanya terdapat sejumlah 200,000 palan langganan SUPER+ yang tersedia di seluruh empat buah negara untuk masa terhad sahaja mulai hari ini hingga 2 April 2022. 


Semua pelanggan juga akan menikmati Perlindungan Insurans Sebelum Berlepas COVID-19, yang akan membolehkan mereka menuntut manfaat insurans sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 dalam masa 7 hari sebelum tarikh perlepasan yang dijadualkan.


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Kini pelanggan akan menikmati pengalaman airasia Super App serta lebih banyak lagi dengan pelan langganan SUPER+. 


Ini sememangnya cara yang lebih ideal untuk memanfaatkan ekosistem airasia kerana ia membolehkan pelanggan terbang ke mana-mana sahaja, menikmati lebih penjimatan dan pelbagai ganjaran. 


SUPER+ ialah satu-satunya produk seumpamanya di Asean yang menawarkan manfaat perjalanan dan gaya hidup untuk semua. 


Kami berbangga menjadi satu-satunya aplikasi super dalam pasaran yang mampu menawarkan pelan langganan yang unik ini merangkumi kedua-dua produk dan perkhidmatan pelancongan serta gaya hidup, seterusnya menjadikan kami sebagai aplikasi pilihan di rantau ini.


“Perjalanan udara kini dalam fasa pemulihan terutamanya dengan pelbagai negara di seluruh Asean mengumumkan pembukaan semula sempadannya dan lebih banyak Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) diumumkan. 


SUPER+ pastinya akan memudahkan perjalanan, menjadikannya berpatutan dan mudah untuk semua orang melawat dan meneroka pelbagai destinasi dalam rangkaian luas AirAsia. Selain itu, pelanggan juga mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan terbaik airasia Super App di seluruh rantau ini.”


Pelan langganan SUPER+ ini memberikan nilai terbaik kerana airasia food kini tersedia di seluruh Lembah Klang, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching dan Miri dengan lebih banyak bandar yang akan dilancarkan akan datang,” tambah Amanda Woo.


Penerbangan yang ditebus melalui SUPER+ tertakluk pada cukai dan fi kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj lain-lain. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas, dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain. 


Ikuti perkembangan terkini airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery sekarang.


Nasihat Perjalanan: Penerbangan antarabangsa ke/dari Malaysia


KENYATAAN MEDIA | 22 MAC 2022| Berikutan pengumuman pembukaan sempadan oleh kerajaan Malaysia, AirAsia ingin menasihatkan para tetamu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikut untuk pengembara antarabangsa yang memasuki Malaysia:


Sebelum berlepas:

Pengembara dikehendaki memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera . 


Lengkapkan borang pra-perlepasan melalui ikon "Traveller".


Muat naik butiran vaksinasi melalui MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi akan diberikan "Kad Pengembara Digital" elektronik yang perlu dikemukakan di lapangan terbang semasa mendaftar masuk.


Pengembara asing perlu menyatakan alamat penginapan di Malaysia.


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian PCR 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan memuat naik keputusan ujian di MySejahtera.


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian pra-perlepasan.


Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 6-60 hari sebelum berlepas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas.


Pengembara tidak perlu memohon MyTravelPass untuk memasuki Malaysia selepas 1 April 2022.


Pengembara asing dikehendaki memiliki polisi insurans perjalanan dan COVID-19.


Pengembara mesti mematuhi semua protokol kesihatan yang dilaksanakan di Malaysia.


Semasa ketibaan:


Pengembara yang berumur 7 tahun dan ke atas dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional dalam masa 24 jam selepas tiba di Malaysia. 


Pengembara berumur 6 tahun ke bawah (berdasarkan tarikh lahir) tidak perlu menjalani ujian semasa ketibaan.


Pengembara dikehendaki mendaftar masuk di pintu ketibaan menggunakan MySejahtera.


Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan mempunyai keputusan ujian negatif tidak perlu untuk menjalani ujian seterusnya dan kuarantin selepas tiba di Malaysia.


Pengembara yang telah dijangkiti COVID-19:


Pengembara mestilah lengkap divaksinasi dan mempunyai bukti jangkitan COVID-19 antara 6 dan 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia.


Pengembara  juga dikehendaki mengemukakan keputusan ujian positif COVID-19 dalam format bercetak atau digital.


Pengembara yang telah dimasukkan ke hospital berikutan COVID-19 perlu menyediakan surat ‘Fit to Travel’ yang dikeluarkan oleh hospital.


Pengembara yang tidak dimasukkan ke hospital dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen profesional 2 hari sebelum berlepas dan hanya pengembara dengan ujian negatif dibenarkan memasuki Malaysia.


Untuk nasihat perjalanan bagi pengembara yang memasuki Malaysia dari Singapura, sila klik di sini.


Pengembara dari Malaysia dinasihatkan untuk mengikuti keperluan berikut bagi pengalaman perjalanan yang lancar:


Sebelum berlepas:

Pengembara mestilah menyemak sebarang sekatan perjalanan terkini atau keperluan khas di negara yang dilawati, termasuk dokumen kesihatan seperti ujian COVID-19 dan bukti status vaksinasi lengkap.


Untuk keperluan perjalanan di negara-negara lain.


Daftar masuk kendiri di airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan kesesakan di lapangan terbang. Ianya boleh dilakukan dengan mudah seawal 14 hari sebelum tarikh pelepasan.


Mulai 1 April 2022, AirAsia akan mengehadkan perkhidmatan daftar masuk di kaunter hanya untuk kumpulan tetamu yang dikecualikan di semua lapangan terbang di Malaysia.


Penggunaan airasia Super App adalah percuma dan boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery tanpa sebarang kos.


Pengembara digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang.


Pengembara dikehendaki memakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Kami mengesyorkan pelitup muka 3 lapis biasa atau pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan dalam penerbangan AirAsia.


AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama dua tahun lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. 


Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. 


Semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. 


Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.


AirAsia baru-baru ini telah dianugerahkan tahap tertinggi dalam keselamatan dan integriti operasi dengan pengiktirafan 7/7 daripada pakar penerbangan di airlineratings.com sekali lagi sama seperti pengiktirafan yang dianugerahkan kepada syarikat penerbangan ini pada kemuncak pandemik pada tahun 2020.


     Sumber Grafik :AirAsia


     Sumber Grafik :AirAsia



Asean’s best-value subscription for bigger savings, better benefits & rewards


KUALA LUMPUR, 28 March 2022 - The airasia Super App is introducing a smarter way to experience the world of airasia with the launch of its revolutionary SUPER+ subscription plan, which is available for purchase across Thailand, Malaysia, Indonesia and the Philippines concurrently from today until 2 April 2022. 


Subscribers of the brand new SUPER+ plan will be able to enjoy these benefits:


Fly anywhere with unlimited flight redemption for the subscriber across all AirAsia airlines (flight code AK, FD, QZ, Z2) across the region, for both domestic and international destinations. 


Unlimited free delivery for airasia food orders across all countries and locations where the service is available. 


COVID Pre-Departure Insurance Coverage 


SUPER+ subscribers will be able to redeem their flights from  28 March 2022 until 27 March 2023 and travel throughout 11 April 2022 - 10 April 2023. 


Subscribers can look forward to more benefits from across the whole airasia ecosystem that will be subsequently added as part of this subscription including discounts on airasia ride, airasia xpress, SNAP, hotels and more. 


The SUPER+ subscription plan is priced at RM639* in Malaysia, THB4,999 in Thailand, IDR2.300.000 in Indonesia and PHP6,599 in the Philippines and can be purchased on the airasia Super App by clicking on the ‘SUPER+’ icon. For more information on how to subscribe to SUPER+, click here.  


Subscribers are encouraged to act fast as there are only a total of 200,000 SUPER+ subscriptions available across the four countries for a limited time only from today until 2 April 2022. All subscribers will also enjoy COVID Pre-Departure Insurance Coverage, which will allow them to claim insurance benefits in the unfortunate event of them contracting COVID within 7 days before their scheduled departure.


Amanda Woo, CEO of airasia Super App said, “Customers will get to experience the airasia Super App plus more with the SUPER+ subscription plan. This is indeed a smarter way to experience the new world of airasia as it allows the subscriber to fly anywhere, enjoy bigger savings and more rewards for their travel and everyday needs. SUPER+ is an unprecedented product in Asean which unlocks travel & lifestyle benefits like never before. We are proud to be the only super app in the market that is able to offer this one-of-a-kind subscription plan that includes both travel and lifestyle products and services, clearly positioning us the preferred provider for the region.


“Air travel is on a strong rebound especially with various countries across Asean announcing the reopening of borders and more Vaccinated-Travel-Lane (VTL) arrangements. SUPER+ will certainly facilitate affordable and convenient travel for everyone to visit and explore the many destinations within the wide network connectivity of the AirAsia Aviation Group. Aside from that, subscribers also have access to the best of what airasia Super App has to offer through its various Delivery verticals across the region.” 


This SUPER+ gives the best value as airasia food is already present across Klang Valley, Kota Kinabalu, Penang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Kuching and Miri with more cities coming your way,” added Amanda Woo. 


Flights redeemed via SUPER+ are subject to government taxes and fees, add-ons and other applicable charges. Flight bookings must be made at least 14 days before departure, and are subject to embargo period and other terms and conditions. 


Stay up to date with everything from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates. For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.




TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...