AirAsia mengorak langkah hadapi perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

BISNES: Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terkemuka Dunia AirAsia melaksanakan perubahan penting jawatan dalam syarikat itu sejajar dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0.

Dalam pengumuman dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada 13 Disember 2017 menaikkan pangkat Aireen Omar sebagai Naib Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat).

Sebelum ini Aireen Omar adalah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd.(AirAsia).



Tony Fernandes berkata pelantikan Aireen Omar itu yang merupakan orang kanan beliau adalah isyarat AirAsia untuk mentransformasi syarikat ini daripada syarikat penerbangan konvesional kepada syarikat digital.

Katanya langkah itu merupakan penstrukturan semula syarikat penerbangan ini dalam berhadapan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, Bekas Pengarah Pembangunan Perancangan Korporat, Strategi dan Perniagaan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Riad Asmat diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia) yang baharu bagi menggantikan Aireen Omar.

Menurut Tony Fernandes, Riad yang juga pernah bertugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Catherham Automotive United Kingdom akan menggantikan Aireen yang dinaikan pangkat sebagai Naib Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat).

Dalam pada itu, Fernandes turut mengumumkan pelantikan tiga individu lagi dalam syarikat penerbangan tersebut.


Turut dilantik ialah Bo Lingam sebagai Naib Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perniagaan Penerbangan); Rozman Omar sebagai Pengarah Eksekutif AirAsia International Limited dan Kapten Adrian Jenkins sebagai Ketua Pegawai Operasi AirAsia yang baharu.

Sebelum ini, Air Asia dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia. Kejayaan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia diiktiraf lima kali berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA) 2017.



AirAsia mengungguli kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pemain industri profesional dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, EasyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, Flydubai, Air Arabia, Flynas, Kulula, Mangga dan Fastjet.

AirAsia juga memenangi anugerah sulung bagi Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia, mengatasi 13 syarikat penerbangan lain.



Air Asia sebelum ini juga melantik Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia yang dilihat membuka lembaran baharu kerjasama strategik jangka masa panjang dan ke hadapan.

Pelantikan Neelofa ini selepas kejayaan diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan Air Asia.

KLIKhttps://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-airasia-perkongsian-bijak.html


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...