INFO: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)



PENGENALAN

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)


MANFAAT KAD KISS

- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak

- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)

-  Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan

- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan  hadapan

- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik




SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu
tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg,
buku, alatulis, pakaian seragam dan
sebagainya

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.


SYARAT KELAYAKAN

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 
3.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

CARA MENDAFTAR

Akan datang   Secara atas talian : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau

Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
    Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India,            Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya


NO TELEFON  : 03.5525.6600 
NO FAKS  : 03.5525.6900
EMEL : admin@selcare.my

BORANGhttps://docs.wixstatic.com/ugd/408cda_2e72619449e2485696a8a7db3129da77.pdf

SUMBER: https://www.kiss.com.my

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...