NASA kembali jejak ke Bulan usaha misi terokai Marikh




OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ANGKASA LEPAS: Sejak kejayaan Amerika Syarikat menjejakkan kaki ke Bulan, buat pertama kali negara itu mengarahkan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk memulakan kembali misi itu.

Ia adalah persiapan Amerika Syarikat untuk melaksanakan penerokaan terhadap Planet Marikh pada masa hadapan atas arahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 10 Disember 2017 lalu.

Trump berkata misi kali ini bukan sahaja untuk meninggalkan jejak tapak kaki dan memacak bendera Amerika Syarikat tetapi membina koloni asas di Bulan.

“Kali ini, kami bukan sahaja akan memacak bendera AS atau meninggalkan kesan tapak kaki kami.


“Kami juga akan membina asas untuk melancarkan misi ke Marikh dan mungkin suatu hari nanti, meneroka dunia lain,” kata Trump dalam satu majlis di White House ketika beliau menandatangani dasar baharu angkasa lepas.

Trump yang menandatangani arahan itu sambil disaksikan Harrison Schmitt, salah seorang rakyat AS terakhir yang berjalan di Bulan kira-kira 45 tahun lalu.

"Kami berikrar bahawa Schmitt tidak akan lagi menjadi orang terakhir berbuat demikian," katanya.

Arahan tersebut meminta NASA menggandakan usaha untuk menghantar angkasawan jauh ke angkasa lepas, dasar yang menyatukan ahli politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang di AS.

Pakar-pakar dasar angkasa lepas bersetuju bahawa sebarang usaha untuk menghantar angkasawan ke Marikh yang terletak kira-kira 225 juta kilometer dari Bumi memerlukan keupayaan teknikal dan perbelanjaan besar.

Kali terakhir angkasawan AS melawat Bulan adalah ketika misi Apollo pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Pada 20 Julai 1969, angkasawan AS, Neil Armstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke Bulan. 

Sebelum ini pemerhati teori konspirasi menyangkal dakwaan kejayaan Amerika Syarikat menjejakkan kaki ke Bulan pada 1969 dengan menyatakan ia dilakukan di layar filem menggunakan teknologi bagi menyaingi kejayaan program angkasa lepas Soviet Union ketika itu.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...