NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
AIRASIA Terus Terbang Tinggi, Apa RAHSIA?
OLEH: MOHD EZLI MASHUT
INSPIRASI KEJAYAAN: LIMA KALI dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia. Kejayaan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia diiktiraf lima kali berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA) 2017.
AirAsia mengungguli kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pemain industri profesional dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, EasyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, Flydubai, Air Arabia, Flynas, Kulula, Mangga dan Fastjet.
AirAsia juga memenangi anugerah sulung bagi Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia, mengatasi 13 syarikat penerbangan lain.
Kemenangan itu juga adalah susulan kejayaannya pada awal tahun ini setelah memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan pada tahun 2015.
KLIK: https://ezli007.blogspot.my/2017/12/airasia-dipilih-syarikat-penerbangan.html
AIRASIA FOKUS PENJENAMAAN
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menitikberatkan soal penjenamaan sebagai antara komponen diberi perhatian bagi memastikan mampu bersaing dan menjadi pilihan pelanggan berbanding dengan syarikat penerbangan gergasi lain yang sudah lama beroperasi.
Kaedah kerja dilakukan AirAsia adalah dengan memberikan peluang kepada setiap pelanggan dan bakal pengguna untuk mampu terbang dengan Air Asia ke mana-mana destinasi pilihan di serata dunia dengan kadar kemampuan dan bajet.
Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai. Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan.
Jika anda membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan dapat membeli tiket pada harga lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.
PROGRAM CSR AIR ASIA
“The more you give, the more you will get” adalah pepatah yang diamalkan oleh pihak Air Asia. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya.
Dari segi pertolongan yang tidak mengeluarkan wang secara terus pula, Air Asia boleh dikatakan agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara Teluk dan sebagainya.
Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan mereka ini akan datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk.
BAGAIMANA AIR ASIA MULA TERBANG TINGGI
Air Asia ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996. Diasaskan pada awalnya oleh syarikat kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada 2001, syarikat dibebani dhutang amat banyak diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd.
Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner. Tune Air Sdn Bhd adalah nama yang diguna pakai selepas Tony pengambil alihan pada harga token RM1.00.
Sejak diambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad.
Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki prestasi Air Asia dan merekodkan keuntungan.
Tony Fernandes merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain.
Pada 2016 Air Asia Sdn Bhd merekodkan perolehan sebanyak RM6.92 billion berbanding 2015 sebanyak RM6.3 billion. Bagi Air Asia Group merangkumi Asia Sdn Bhd dan syarikat sekutu Air Asia di Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun merekodkan perolehan RM12.02 billion berbanding 2015 sebanyak RM10.79 billion.
RAHSIA KEJAYAAN
Ini adalah antara nasihat Tony Fernandes kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan:
1. Jangan dengar cakap orang, ikut hati anda.
2. Dapatkan produk yang orang inginkan, yakni yang boleh buat duit.
3. Pemasaran sangat penting. Pastikan orang tahu mengenai produk dan idea anda. Produk atau idea sebagus manapun kalau orang tak tahu, tak guna juga.
4. Kelilingi diri anda dengan individu yang hebat, mereka yang boleh menutup kelemahan serta melengkapkan anda.
5. Semangat dan minat adalah sangat penting. Lakukan sesuatu yang ada suka, percaya dan cinta, itu boleh memberikan anda tenaga untuk maju ke hadapan.
6. Perlu bercita-cita besar. Antara impian beliau semasa kecil selain memulakan syarikat penerbangan adalah untuk memiliki sebuah kelab bola sepak Inggeris dan team lumba Formula One.
7. Menggalakkan pekerja beliau untuk mengejar cita-cita mereka. Namun begitu, AirAsia sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana mereka boleh belajar, berkembang dan melakukan apa yang membuatkan mereka bersemangat.
8. Ambil pekerja yang betul. Cari mereka yang mempunyai semangat di dalam hati mereka.
9. Pastikan misi yang jelas. Misi AirAsia adalah "Now Everyone Can Fly" membawa mesej yang jelas, iaitu untuk membolehkan semua lapisan masyarakat untuk terbang bersama keluarga, serta untuk meneroka dunia.
10. Peluang tidak datang selalu, apabila ia hadir, rebutlah. Lihat di mana orang lain tidak pandang, anda akan nampak peluang.
KLIK: https://ezli007.blogspot.my/2017/12/neelofa-airasia-perkongsian-bijak.html
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...