NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Erdogan lantang jadi jurubicara ummah bela Baitul Maqdis
GLOBAL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berisiko mensabotaj hubungan dengan Israel apabila berulang kali mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi itu.
Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan ketika keputusan Presiden Donald Trump minggu lalu disambut dengan kecaman hampir sebulat suara terutama dari dunia Islam, Erdogan muncul sebagai pengkritik paling lantang.
Erdogan, yang menganggap dirinya sebagai penyokong tidak berbelah bahagi Palestin, akan mengadakan sidang kemuncak pemimpin Islam, yang menandakan satu 'titik permulaan' terhadap tindak balas keputusan Washington.
Penyokong tradisi Palestin di Asia Barat seperti Arab Saudi dan Mesir mengutuk tindakan itu, namun tidak mengumumkan sebarang langkah konkrit sendiri.
Pemimpin Turki itu kerap mengkritik Israel dan tidak menyembunyikan sokongannya terhadap pergerakan Hamas Palestin, yang disenarai sebagai organisasi pengganas oleh AS, Israel dan beberapa negara lain.
Bekas duta Kesatuan Eropah (EU) ke Turki yang juga sarjana pelawat di Carnegie Europe, Marc Pierini, berkata kenyataan Erdogan itu konsisten dengan suara pengikutnya di Turki.
Namun, kritikan Erdogan berlaku ketika Turki dan Israel berusaha memperbaiki hubungan sejak tahun lalu selepas hampir terputus susulan serbuan tentera Zionis ke atas kapal ke Gaza pada 2010, yang menyebabkan 10 aktivisnya maut.
"Melihat reaksi Israel terhadap kenyataan itu, tidak syak lagi ada risiko serius terhadap hubungan Turki dan Israel," kata Pierini.
Menurut felo kanan di Pusat Rafik Hariri Majlis Atlantik, Aaron Stein, Erdogan sudah memikirkan mengenai jadual pilihan raya November 2019, yang mana beliau dijangka bertanding penggal baharu presiden dengan kuasa eksekutif diluluskan dalam pungutan suara April lalu.
"Dengan mengambil pendirian tegas ke atas isu Baitulmaqdis, ia adalah sebahagian usaha meluas melabel dirinya sebagai pelindung Muslim tertindas di seluruh dunia.
"Kedua-dua pihak tidak suka antara satu sama lain, namun tidak merencatkan hubungan ekonomi.
"Saya fikir ini kemungkinan akan berterusan disebabkan percaturan politik Erdogan dan masalah politik serta perundangan dihadapi Netanyahu sendiri," katanya.
Pengerusi Pusat Ekonomi dan Dasar Luar berpusat di Istanbul serta sarjana pelawat di Carnegie Europe, Sinan Ulgen, percaya retorik Erdogan terhadap Baitulmaqdis menggambarkan perubahan dalam pendekatan dasar luar Turki sejak kewujudan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada 2002.
"Secara tradisi, Turki berupaya dalam amalan diplomatiknya untuk mengasingkan diri daripada pertimbangan politik tempatan.
"Namun, ini berubah di bawah pentadbiran AKP supaya Turki mendapati dirinya berada dalam keadaan ekstrem, dengan kebanyakan keputusan dasar luar didorong percaturan domestik," katanya.
Beliau berkata, Erdogan percaya, ada sokongan umum di tanah air untuk menjustifikasi tindakan lebih agresif ke atas Israel, walaupun ia berisiko mencetuskan provokasi krisis diplomatik.
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...