Syarikat Belanda bakal ambilalih OldTown Pada Harga RM1.47 bilion



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

BISNES: OldTown Bhd dijangka diambilalih sebuah syarikat Belanda Jacobs Douwe Egberts (JDE) Holdings Asia NL B.V dengan harga pengambilalihan berjumlah RM1.47 bilion atau RM3.18 sesaham.

OldTown Berhad (juga dikenali sebagai OldTown White Coffee ialah rantaian restoran kopitiam halal yang disahkan halal terbesar di Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1999. Pada tahun 2013, OldTown mempunyai 200 kedai di Malaysia.

Syarikat ini (OldTown Berhad) mengeluarkan campuran minuman segera dan produk, selain beroperasi di lebih 237 kafe cafe di seluruh Malaysia dan rantau seperti Singapura dan China.

Old Town mempunyai 10 kedai kafe di Singapura, 16 kedai kafe di Indonesia dan 4 kedai kafe di China. 

Ia mengendalikan gerai kafe di bawah jenama 'OLDTOWN WHITE COFFEE'. 

Kumpulan juga terlibat dalam pembuatan, pemasaran dan penjualan kopi dan minuman lain, termasuk campuran kopi segera, campuran teh susu segera, campuran coklat segera dan serbuk kopi panggang. 

Ia menawarkan produknya ke pasaran tempatan dan luar negara, seperti Hong Kong, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, United Kingdom, Australia dan China

Dalam satu kenyataan berasingan, Oldtown berkata para pemegang saham majoriti yang memiliki 51.4% saham telah memberikan janji untuk menerima tawaran itu.

JDE adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Belanda yang mempunyai perniagaan kopi dan teh global. Acorn Holdings B.V mempunyai kepentingan tidak langsung dalam JDE, sekitar 73% milik dalam JDE.

CIMB Investment Bank yang bertindak bagi pihak JDE telah mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun escrow JDE melalui sebuah bank di Singapura. Dana tersebut akan digunakan untuk tujuan pengambilalihan OldTown.

Pierre Laubies, Ketua Pegawai Eksekutif JDE, mengatakan bahawa pengambilalihan Super membantu kumpulan itu untuk "memperluaskan jejaknya ke rantau pertumbuhan Asia Tenggara yang strategik dan penting.


JDE adalah sebuah syarikat Belanda milik swasta yang memiliki beberapa jenama minuman. Ia dibentuk pada tahun 2015 berikutan penggabungan bahagian kopi Mondelez International dengan Douwe Egberts.

Laman web JDE menyatakan bahawa syarikat itu dimiliki oleh Acorn Holdings BV, yang memegang saham majoriti, dengan kerjasama Mondelez International Inc, yang merupakan pemegang saham minoriti.

JDE digambarkan sebagai "syarikat kopi & teh global, yang melayani pengguna di lebih daripada 120 negara".

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...