Ini cara kenal pasti susu formula tiruan Enfalac A+ Langkah 1



INFO KESIHATAN: Mead Johnson pada 11 Disember 2017 menyediakan teknik untuk mengenal pasti produk susu tiruan ekoran isu terbaru rampasan di Johor.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 susulan aduan mengenai seorang bayi mengalami muntah teruk selepas menggunakan produk itu.

Rampasan itu hasil hasil pemeriksaan di lima kedai ubat-ubatan dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai.

Dalam kenyataan Mead Johnson di Facebook rasmi menjelaskan cara paling mudah mengesan produk tiruan adalah dengan memeriksa bungkusan kerajang aluminium susu berkenaan.

Katanya, Susu Enfalac A+ Langkah 1 yang asli mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan.

Mead Johnson berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru.

Setakat ini, hanya satu produk yang terlibat iaitu Enfalac A+ Langkah 1 dalam kotak 1.8 kilogram dengan tiga pek foil dalam setiap kotak.

“Carian runcit kami yang dijalankan minggu lalu mendapati sebilangan kecil produk berada di sekitar kedai runcit di Skudai, Johor Bahru iaitu di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.



“Carian pasaran kami juga mengesahkan tiada produk lain yang disyaki terlibat dalam kawasan tersebut,” katanya.

Setakat ini, kata kenyataan itu hanya 210 kotak susu tiruan yang dikeluarkan oleh kedai-kedai yang terlibat, namun siasatan masih berjalan ke atas isu ini.

Mead Johnson juga menggesa pengguna yang terbeli Enfalac A + Langkah 1 dengan lipatan palsu untuk segera menghubungi Mead Johnson di 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam).

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A + Langkah 1 yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi mereka untuk produk gantian.

Sebelum ini hasil siasatan awal mendapati invois yang ditemui di premis itu menggunakan nama dan alamat syarikat palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Susulan kejayaan itu, pihak kementerian percaya dapat melumpuhkan kegiatan penjualan dan pengedaran produk susu tiruan di Johor.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.



TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...