NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Usia 6 Tahun Sudah Miliki Pendapatan RM45 juta
OLEH: MOHD EZLI MASHUT
INSPIRASI: Kecil-kecil cili padi. Siapa sangka usianya baru mencecah enam tahun. Namun usia sekecil itu beliau sudah meraih pendapatan sebanyak USD$11juta (RM44,880,000) dengan hanya menjadi tumpuan utama di YouTube.
Keistimewaan kanak-kanak itu adalah semata-mata kebolehannya membuat ulasan di YouTube menerusi ulasannya berkenaan permainan kanak-kanak.
Bakat kreativiti dan inovasi itu membolehkan Ryan Toys Review mencapai AS$11 juta selama setahun mulai Jun 2016 menurut laporan terkemuka FORBES.
Terbaharu, FORBES mengeluarkan senarai pemilik akaun YouTube yang dibayar dengan bayaran tinggi dan ia menampilkan beberapa saluran menarik yang meraih lebih dari USD$127juta (RM518,236,000) dari Jun 2016 hingga Jun 2017.
Apa yang memberangsangkan dan menjadi kejayaan adalah apabila kanak-kanak ini juga tersenarai di tempat ke lapan sebagai penerima bayaran tertinggi YouTube pada 2016.
Keluarga Ryan memulakan dan mengembangkan bakat kreativiti bermanfaat itu selepas memulakan saluran di YouTube pada 2015 ketika berusia tiga tahun.
Lebih menarik perhatian ialah pengorbanan ibunya Loann berhenti kerja serta menguruskan akaun anaknya apabila sehingga kita Ryan mempunyai 10 juta pengikut dan kebanyakan videonya telah ditonton lebih 16 juta kali.
BAGAIMANA RYAN BERMULA?
Ryan mula berminat mengulas mainan kanak-kanak selepas menyaksikan banyak video mengenainya.
"Pada satu hari dia bertanya pada saya, "Kenapa saya tidak ada di YouTube seperti kanak-kanak lain?
"Mulai saat itu juga Ryan dibawa ke kedai untuk membeli set kereta api Lego dan dia mengulasnya," kata ibunya.
JANA PENDAPATAN MENERUSI YOUTUBE
Mungkin anda tahu apa itu YouTube - tetapi adakah anda tahu bahawa YouTube adalah salah satu lubuk duit Internet yang paling menuntungkan?
Inilah masa yang paling sesuai untuk anda mulakan Channel YouTube anda sendiri dan mangaut ketuntungan yang besar!
Anda boleh belajar untuk meraih pendapatan daripada YouTube dengan mengikuti langkah-langkah yang boleh diperolehi dengan membuat kajian di Internet, buku dan sumber.
Berikut adalah statistik terkini YouTube:
- Lebih dari 1 billion pengguna (lebih besar dari Instagram) dari seluruh dunia.
- Trafik di YouTube meningkat lebih dari 50% setiap tahun selama tiga tahun lepas.
- 80% pengguna YouTube dari luar US, kebanyakkan mereka di Asia termasuk Malaysia.
- Pendapatan iklan YouTube meningkat lebhi dari 50% tahun lepas.
- Jumlah YouTube Channel yang menjana lebih dari USD100,000 setahun juga miningkat sebanyak 50% tahun lepas.
TEKNIK UNTUK MULAKAN JANA KEWANGAN MENERUSI YOUTUBE
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !
Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2
Langkah 4: Semak emel anda !
Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube
Langkah 6: Mulakan proses permohonan
Langkah 7: Buka akaun dengan Google AdSense
Langkah 8: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan
Langkah 9 : Mulalah buat duit !
Langkah 10: Ulang langkah 1
Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.
SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA !
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...