'Winter Sonata' landa Lembah Klang, Kesan 'Bom Siklon'?


Screeshoot: ACCU WEATHER.COM


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA: Beberapa hari kebelakangan ini sejak 12 Januari, kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan mengalami penurunan suhu sehingga sekitar 21 darjah celsius.

Keadaan itu menyebabkan penduduk dapat merasai suasana sejuk dan nyaman yang jarang-jarang dapat dirasai seolah-olah berada di kawasan tinggi.

BACA: Lembah Klang Alami Cuaca Sejuk 'Luar Biasa' ?
https://ezli007.blogspot.com/2018/01/lembah-klang-alami-cuaca-sejuk-luar.html

|Apa Yang Menyebabkan Keadaan Sejuk Berlaku?

BH ONLINE dalam laporan 12 Januari 2018 menyatakan keadaan itu berlaku disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.

Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, berkata cuaca sejuk seperti ini akan berlarutan dua tiga hari lagi dengan kawasan di Johor dan Sarawak akan berlaku hujan lebat.

Beliau berkata, keadaan hujan dan berawan dan cuaca sejuk yang berlaku sekarang juga disebabkan sebahagiannya ditokok tambah oleh fenomena 'Madden-Julian Oscillation (MJO)' atau Ayunan Madden-Julian.

"Fenomena MJO adalah sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20/60 hari," katanya seperti dilaporkan BH ONLINE.

Prof Fredolin berkata menurut kajian beliau di UKM, jika fenomena MJO ini berlaku secara serentak dengan maka keadaan penurunan hujan lebih tinggi.

| Kesan Bom Siklon?

Beliau berkata, tiupan udara tekanan tinggi Siberia-Mongolia juga ada kaitannya dengan fenomena yang menyebabkan berlakunya "bom siklon "yang menyebabkan cuaca sejuk di timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sehingga mencatat suhu bawah paras beku.

BACA: Bom Siklon Landa Amerika, Lebih Sejuk Dari Marikh
https://ezli007.blogspot.com/2018/01/bom-siklon-landa-amerika-lebih-sejuk.html

Beliau menjelaskan selain angin sejuk kebiasaannya pergerakan angin monsun timur laut membawa bersama hujan lebat ke kawasan pantai Semenanjung seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, sekali gus mengakibatkan banjir.

"Pada awal monsun timur laut ini kita menyaksikan kawasan utara pantai timur terutama Kelantan dan Terengganu dilanda banjir dan penghujung Januari ini ia akan turun ke selatan tanah akhir mengikuti pergerakan palung monsun.

"Keadaan yang hampir sama pernah berlaku pada pertengahan Januari 2007, ketika Johor dilanda banjir besar di mana MJO dan luluran sejuk berlaku secara serentak," katanya.

BACA JUGA: https://ezli007.blogspot.com/2018/01/gurun-sahara-diliputi-salji-15-inci.html

BACA JUGA: https://ezli007.blogspot.com/2018/01/amerika-kanada-sejuk-membeku-50-celsius.html

BACA JUGA: https://ezli007.blogspot.com/2018/01/sydney-swelters-as-temperature-reaches.html

BACA JUGA: https://ezli007.blogspot.com/2018/01/huge-winter-storm-brings-snow-and.html

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...