Bom Siklon Landa Amerika, Lebih Sejuk Dari Marikh




GLOBAL: Amerika Syarikat (AS) kini berhadapan dengan cuaca ekstrem sejuk apabila suhu jatuh pada tahap sejuk yang disifatkan lebih sejuk dari Planet Marikh.

Keadaan cuaca ini juga dikenali sebagai 'bom siklon', nama gelaran untuk fenomena dikenali sebagai 'bombogenesis'.

Ia adalah sistem cuaca yang mengalami penurunan mendadak dalam tekanan atmosfera dan mengumpul kekuatan dengan pantas, melepaskan angin seumpama taufan.

Media AS melaporkan lebih 100,000 kediaman terputus bekalan kuasa ketika mana angka korban turut berlaki melibatkan kemalangan jalan raya licin sehingga menyebabkan kenderaan sukar dikawal.



Gelombang sejuk yang melanda sebahagian besar AS menjadi penyebab berpuluh maut akibat kematian terdahulu.

Ribuan penerbangan dibatalkan dan sekolah terpaksa ditutup di kawasan setempat berikutan ribut salji melanda bahagian timur laut.

Suhu menurun tenggara bandar raya ini menyebabkan Niagara Falls, air terjun gergasi di sempadan AS-Kanada, membeku.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan berkata, suhu lebih tinggi tidak dijangka sehingga minggu depan dan salji juga belum reda sehingga lewat hari ini, disebabkan ribut bergerak ke arah timur laut ke Kanada.

Turut dilaporkan haiwan Iguana jatuh ke tanah ekoran suhu sejuk melampau kerana tidak dapat menyesuaikan diri.



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...