Fakta Menarik Berkenaan Cuaca Sejuk Dialami Di Malaysia 2018

SCREENSHOT: UNDERGROUND WEATHER APPS


1. Cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak Gunung Kinabalu menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais.

2. Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

3.  Cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.

4.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam catatan di media sosial ketika tiba di tanah air  berkata cuaca sejuk di Malaysia sama seperti ketika beliau berada di Jeddah.

5. Tiupan udara tekanan tinggi Siberia-Mongolia juga ada kaitannya dengan fenomena yang menyebabkan berlakunya "bom siklon "yang menyebabkan cuaca sejuk di timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sehingga mencatat suhu bawah paras beku. - Profesor Klimatologi dan Oseanografi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang.


6.  Suhu paling rendah dicatatkan di Kuala Pilah iaitu 21 darjah Celsius. Tempat lain di Semenanjung, suhu sejuk sekitar 22 sehingga 23 darjah Celsius.

7. Info: Kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C.

8. Cuaca sejuk daripada biasa hingga mencecah 21 darjah Celcius direkodkan di daerah Kuala Pilah, mencetus fenomena baharu bagi penduduk yang mengakui tidak pernah merasai suasana sedemikian, sebelum ini.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian mereka, terutama kanak-kanak berpakaian tebal pada waktu pagi dan malam, walaupun ketika berada di dalam rumah. 

9. Jabatan Meteorologi Malaysia pada 13 Januari menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.


10. Maklumat yang tular itu antara lain  mendakwa berdasarkan 'Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia' seluruh negara mengalami penurunan suhu  dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius serta menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa demam panas.


SUMBER: BH ONLINE/BERNAMA

Popular posts from this blog

AirAsia X Tawar Harga Promosi 'Gila-Gila' Bermula RM288

Singapore Airlines Henti Hidang Kacang Tanah

Tawaran 'Gila-Gila': Malaysia Airlines Tawar Potongan Harga Sehingga 40%