Amerika & Kanada Sejuk Membeku –50' Celsius, Australia Panas Membara 47.3' Celsius



CUACA GLOBAL: Dua cuaca ekstrem di dua benua pada masa kini berlaku. Di Sydney cuaca paling panas dalam tempoh 80 tahun memaksa larangan aktiviti pembakaran di seluruh New South Wales (NSW), Australia.

Cuaca panas menyaksikan suhu mencecah 47.3 darjah Celsius di barat Sydney manakala seluruh bandar pelabuhan, suhu mencapai antara 41 hingga 45 darjah Celsius, sekali gus menjadikannya kawasan paling panas pada Ahad.

Negeri lain di tenggara negara itu juga mengalami cuaca panas teruk, dengan beberapa kawasan di Victoria amat serius pada Sabtu. Lalu lintas antara Sydney dan Melbourne terpaksa ditangguhkah selama beberapa jam.

Puluhan kebakaran hutan turut berlaku di kawasan tenggara dan di NSW sahaja pihak berkuasa mengendalikan sejumlah 51 kebakaran.

Pada Isnin pagi, dunia sukan digemparkan dengan berita kapten pasukan kriket England terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas mengalami dehidrasi teruk pada hari keempat perlawanan persahabatan terakhir menentang Australia di Sydney.

Menurut pegawai Meteorologi Australia, Jordan Notara, bagaimanapun diramalkan perubahan kepada cuaca sejuk sedang berlaku. 

"Diramalkan terdapat sedikit penurunan suhu iaitu sekitar 30 darjah Celsius esok," katanya sambil menambah sekurang-kurangnya satu atau dua lagi cuaca panas ekstrim akan melanda sepanjang musim panas kali ini. 

Amerika & Kanada Membeku

Sementara itu kawasan timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada membeku di bawah suhu rendah melampau akibat ribut salji kelmarin ketika situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York menjadi kelam- kabut berikutan kelewatan jadual penerbangan.

Di Kanada, suhu ekstrem menghampiri –50 darjah Celsius diramalkan berlaku di wilayah Ontario dan Quebec, utara negara itu.

Hawa Artik dan angin sejuk membuatkan suhu di serata timur AS pula terasa seperti –42 darjah Celsius dengan risiko kecederaan ‘reput fros’ pada kulit jika terdedah selama 10 minit, kata beberapa pegawai dalam amaran mereka.

Suhu sejuk melampau itu melanda selepas fenomena ribut yang digelar sebagai ‘bom siklon’ oleh ahli-ahli kaji cuaca. Media tempatan melaporkan bahawa ribut itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 kematian di AS, dari negeri Texas sehinggalah ke Wisconsin.

Ribut pada Khamis lalu itu menurunkan salji tebal, mengakibatkan suhu sejuk ekstrem dan membawa angin kencang ke Pantai Timur AS dengan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Namun kelmarin, keadaan menjadi serius apabila lebih 3,420 penerbangan domestik dan antarabangsa terus terkandas.

Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan lapangan terbang Charleston di Carolina Selatan adalah antara yang paling teruk terjejas. 

SUMBER: BERNAMA/AFP

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...