AirAsia: Hanya Kru Lelaki Sahaja Ke dan Dari Acheh

Photo By: CNBC


DUNIA PENERBANGAN: Hanya kru lelaki sahaja untuk penerbangan ke dan dari Acheh, itu keputusan dilaksanakan Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

MSTAR ONLINE pada 1 Februari 2018 melaporkan keputusan dibuat selepas pihak berkuasa wilayah Indonesia itu mengeluarkan arahan bahawa semua kru kabin wanita Muslim harus memakai hijab ketika tiba di wilayah tersebut.

"AirAsia akur kepada peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa wilayah Aceh. Kami komited untuk memastikan kru operasi kami mematuhinya.

"Buat masa ini, semua penerbangan AirAsia dari dan ke Aceh akan dikendalikan oleh anak-anak kapal lelaki," kata AirAsia dalam satu kenyataan ringkas.

BACA JUGA: 

Pramugari Islam AirAsia & Firefly Mesti Bertudung Bila Mendarat di Acheh

http://ezli007.blogspot.my/2018/01/pramugari-islam-airasia-firefly-mesti.html

Pada 31 Januari 2018, pihak berkuasa Aceh mengemukakan surat kepada syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia dan syarikat tambang murah lain seperti AirAsia dan Firefly, mengarahkan kru kabin wanita Muslim memakai tudung semasa ketibaan atau berdepan hukuman oleh pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat penerbangan itu mungkin hanya akan menempatkan kru lelaki atau bukan Islam dalam penerbangannya ke Acheh.

Ong juga berkata syarikat penerbangan bajet itu sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan pakaian seragam yang sesuai untuk kru kabin wanita Muslim.

"Kami masih menilai keadaan. Tiada keputusan kukuh telah dibuat," katanya ketika dihubungi.

AirAsia dan Firefly adalah syarikat penerbangan utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang telah menerapkan hukum syariah.

SUMBER: MSTAR ONLINE/ REUTERS/AFP

Pramugari Islam AirAsia & Firefly Mesti Bertudung Bila Mendarat di Acheh

Photo By: 
An airline stewardess wearing a hijab poses for a photograph at Sultan Iskandar Muda Airport, Aceh, Indonesia, 31 January 2018. The government of Aceh issued new regulations for airline stewardesses, requiring them to wear a hijab as part of their uniform, in accordance with sharia law. EPA-EFE
GLOBAL: Kerajaan autonomi Acheh mengedarkan surat mengenai arahan  mewajibkan pramugari Islam bertudung yang dialamatkan kepada syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia, Garuda, serta beberapa syarikat tambang murah, termasuk syarikat dari Malaysia, AirAsia dan Firefly.

Kerajaan Acheh sebelum ini mewajibkan pramugari Islam semua syarikat penerbangan supaya memakai tudung bagi penerbangan ke wilayah itu.

“Semua pramugari perlu memakai jilbab (tudung) mengikut fesyen Islam yang mematuhi undang-undang syariah,” kata surat itu.

BACA JUGAPramugari Beragama Islam Diarah Bertudung Sebaik Tiba Di Bumi Acheh
https://ezli007.blogspot.my/2018/01/pramugari-beragama-islam-diarah.html

Lapangan terbang antarabangsa di Banda Aceh menyediakan puluhan penerbangan domestik serta antarabangsa ke Malaysia dan Arab Saudi.

Gabenor Aceh Besar, Mawardi Ali berkata, pramugari bukan Islam tidak diwajibkan memakai tudung namun pramugari Islam wajib memakai tudung ketika dalam penerbangan ke Aceh dan ketika berada di wilayah itu.

AFP melaporkan Mawardi berkata, pihaknya akan memaklumkan mengenai peraturan itu kepada semua syarikat penerbangan minggu ini.

“Selepas ini kita akan memberitahu hukuman yang bakal dikenakan jika ada yang melanggar peraturan itu.

“Jika ada (pramugari Islam) yang gagal mematuhi arahan berkenaan, kami akan menegurnya. Jika kesalahan berulang, undang-undang syariah akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jenis hukuman yang akan dikenakan.

Sementara itu, jurucakap Garuda Indonesia, Ikhsan Rosan berkata, syarikat penerbangan dan penerbangan tambang murahnya Citilink, menyokong arahan itu dan akan mematuhinya.

Acheh yang mendapat kuasa autonomi pada 2001 melaksanakan undang-undang syariah sepenuhnya.

SUMBER: REUTERS/AFP

Pramugari Beragama Islam Diarah Bertudung Sebaik Tiba Di Bumi Acheh

Photo By: MEDIA


BANDA ACEH: Sebuah wilayah Indonesia, Acheh menyatakan bahawa ia mengarahkan pramugari beragama Islam supaya memakai tudung ketika tiba di rantau berkenaan atau berdepan hukuman polis agama.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Wanita Islam di Aceh, Pulau Sumatera, diwajibkan menutup aurat, manakala wanita bukan Islam pula dibenarkan memilih pakaian sopan mereka.

Namun, sebahagian daripada pramugari beragama Islam yang tidak bertudung tidak berbuat demikian semasa persinggahan pendek di lapangan terbang wilayah itu.

IQ sekali gus memaksa Aceh menguatkuasakan peraturan baharu tersebut, kata Mawardy Ali yang merupakan ketua Daerah Aceh Besar yang turut menempatkan ibu negeri wilayah Aceh, Banda Aceh.

“Saya berharap agar syarikat-syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana hukum syarak dilaksanakan,” katanya kepada agensi berita AFP sambil menambah, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kira-kira enam syarikat penerbangan yang berkaitan.

“Kami akan menyebarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas itu, kami akan berbincang tentang hukuman sekiranya berlaku pelanggaran.

“Sekiranya pramugari beragama Islam enggan mematuhi peraturan ini, kami akan memberikan peringatan dan sekiranya mereka berulang kali melanggarnya, maka saya akan mengarahkan polis syariah supaya menangkap mereka,” tambah Mawardy.

Setakat ini, masih tidak jelas bilangan pramugari yang tertakluk di bawah peraturan itu.

Syarikat penerbangan nasional Indonesia, Garuda dan syarikat tambang murahnya, Citilink mengadakan perkhidmatan di Banda Aceh yang menempatkan lapangan terbang utama di wilayah itu.

Garuda berkata, ia akan mematuhi undang-undang baharu itu dan mungkin menambah seragam khas bertudung kepada pramugarinya untuk penerbangan di Aceh.

“Garuda menghormati kebudayaan tempatan di Aceh,” kata jurucakap syarikat itu, Ikhsan Rosan.

An airline stewardess wearing a hijab poses for a photograph at Sultan Iskandar Muda Airport, Aceh, Indonesia, 31 January 2018. The government of Aceh issued new regulations for airline stewardesses, requiring them to wear a hijab as part of their uniform, in accordance with sharia law. EPA-EFE

Jurucakap Citilink, Benny Butarbutar, sementara itu berkata, syarikat penerbangan berkenaan sudah menggunakan seragam patuh syariah untuk pramugarinya yang berkhidmat di Banda Aceh sejak tahun 2015.

Syarikat penerbangan lain yang terkesan termasuk syarikat tambang murah Indonesia, Lion Air dan anak syarikatnya, Batik Air yang mengadakan penerbangan berkala antara Aceh dan tempat-tempat lain di kepulauan Asia Tenggara itu.

Dalam pada itu, AirAsia dan Firefly, kedua-duanya berpangkalan di Malaysia merupakan syarikat penerbangan asing utama yang mengendalikan penerbangan ke Banda Aceh. 

SUMBER: AFP

FAKTA: Dagangan Malaysia RM1.622 trilion


1. Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 berjumlah RM1.622 trilion.

2. Ia meningkat 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

3. Prestasi kukuh itu juga mengatasi jumlah keseluruhan dagangan negara pada 2016 yang bernilai RM1.485 trilion.

4. Eksport meningkat 20.4 peratus kepada RM856.05 bilion sementara import berjumlah RM766.07 bilion.



5. Lebihan dagangan bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 adalah sebanyak RM89.98 bilion . 



5. Sektor pembuatan barangan menjadi penyumbang utama dagangan iaitu sebanyak 82.1 peratus diikuti oleh perlombongan (8.5 peratus) dan agrikultur (8.4 peratus),”


SUMBER: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros semasa pembentangan prestasi dagangan Malaysia sempena Matrade Day 2018, 30 JAN 2018.

7 PILIHAN BERITA GLOBAL: Jokowi jadi imam, AS rampas RM411 bilion, posmen tak hantar surat 500kg



1. Arab Saudi sedang mengatur untuk merampas lebih 400 bilion riyal (RM411 bilion) dalam bentuk penyelesaian kewangan dengan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang ditahan berhubung operasi membanteras rasuah di negara ini, baru-baru ini.

Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al Mojeb berkata, daripada 381 individu yang ditahan, sebanyak 56 orang masih belum membuat sebarang penyelesaian dan masih ditahan, berkurangan daripada 95 orang minggu lalu.

“Nilai anggaran penyelesaian kes rasuah ketika ini berjumlah 400 bilion riyal (RM411 bilion) mewakili pelbagai jenis aset termasuk hartanah, entiti komersial, keselamatan, wang tunai dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan. REUTERS

2. Brunei umum rombakan Kabinet

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengumumkan satu rombakan Kabinet besar-besaran dengan menggantikan enam menteri Kabinet utama, selepas beberapa tahun pelantikan mereka.

“Beta berpendapat, sudah tiba masa bagi rombakan Kabinet.

“Saya membuat keputusan untuk mengumumkan pelantikan baharu dan perubahan anggota Kabinet,” kata Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu siaran langsung dari Istana baginda. - REUTERS

3. Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe didakwa dipaksa meletakkan jawatan lebih awal daripada tempoh persaraannya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor agensi berita CBS News.

Menurut BBC.com, peletakan jawatannya itu hadir seminggu selepas Trump mahukan McCabe keluar daripada organisasi berkenaan.

Sebelum ini, McCabe dilantik menjadi pemangku pengarah FBI pada Mei lalu selepas Trump memecat James Comey. - CBS NEWS

4. RAMALLAH: Delegasi diplomat Amerika Syarikat (AS) terpaksa memendekkan acara di sebuah bandar Palestin di Baitulaham hari ini selepas penunjuk perasaan menyerbu mesyuarat yang mereka hadiri.

Penunjuk perasaan berang, yang membantah pengiktirafan kontroversi Presiden Donald Trump ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, turut membaling tomato ke arah kereta delegasi ketika mereka beredar, satu video dihantar dalam talian menunjukkan.

Ketua Dewan Perdagangan Baitulaham, Samir Hazboun berkata, pihaknya sedang mengadakan sesi latihan untuk ahli perniagaan tempatan mengenai perdagangan digital bersama pakar AS dan delegasi dari konsulat AS di Baitulmaqdis. - AFP

5. ROME: Polis Itali menahan seorang posmen di Vicenza selepas menemui lebih setengah tan longgokan surat yang tidak dihantar di garaj miliknya.

Polis dihubungi selepas pekerja kitar semula yang ditugaskan mengosongkan garaj itu menemui 43 bungkusan plastik berwarna kuning dipenuhi surat, bil, penyata bank, malah risalah pilihan raya bertarikh 2010. - REUTERS


6. WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara 'berisiko tinggi' yang berhasrat masuk ke negara itu.

Bagaimanapun pemeriksaan lebih ketat dikenakan terhadap mereka berbanding sebelum ini.

Pemohon dari 11 negara yang tidak didedahkan itu, difahamkan 10 negara majoriti penduduk Islam termasuk Korea Utara bakal menjalani pemeriksaan 'berisiko' sebelum diterima. - AFP

7. Tindakan Presiden Jokowi yang menjadi imam kepada Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani di Kabul telah menangkis dakwaan sebelum ini yang mengatakan beliau bukan beragama Islam.

Menghormati permintaan Ashraf Ghani, Jokowi atau nama sebenarnya, Joko Widodo telah menjadi imam solat Zohor di sebuah bangunan di Kabul diiringi kira-kira tiga saf dibelakangnya.

Jokowi berbuat demikian semasa kunjungan rasminya ke enam negara Asia dan Kabul adalah perhentian terakhirnya. - ASTRO AWANI

HID Global Predicts Top Trends That Are Driving More Intelligent, Connected Experiences in 2018


Photo By: HID GLOBAL

BUSINESS NEWS: HID Global, a worldwide leader in trusted identity solutions, has identified the top trends in the identity technology industry for 2018. 

The company points towards increased cloud and mobile access adoption, more focus on securing the Internet of Things (IoT), and data analytics as some of the top trends that will take center stage in developing more intelligent, connected experiences this year.

“Trusted identities will emerge this year as the fundamental building blocks for organizations to create environments that connect people, places and things,” said Samuel Asarnoj, Senior Vice President Corporate Strategy & Business Development with HID Global. 

“The user experience will be redefined by mobile, IoT and cloud technologies and deliver new capabilities for the future.”       

HID Global sees five significant trends in 2018 that will influence how organizations leverage the power of trusted identities.

Organizations embracing the benefits of the cloud


·  Increased awareness of the cloud’s ease of deployment, flexibility, connectivity options and productivity benefits will escalate adoption. Access control cloud platforms with APIs and SDKs will fuel new software solutions that expand choices for organizations to get the most out of their investments. 

Cloud-based card issuance will drive adoption due to its simplicity, security and cost structure, while governments increasingly investigate how printed IDs can be complemented by cloud issued mobile citizen IDs.


·  Cloud authentication and credential management will further integrate mobile devices, tokens, cards and machine-to-machine endpoints. And digital certificates in the IoT will draw upon the trusted cloud services to deliver and manage certificates across thousands of devices.

More connected devices and environments drive focus on securing the IoT  

·   Digital certificates will become a core component for adding trust in the IoT by issuing unique digital IDs to printers and encoders, mobile phones, tablets, video cameras, and building automation systems, plus a broader range of things like connected cars and medical devices.


·   Apple iOS 11 “read” support of NFC will fuel adoption of IoT-based applications such as brand protection, customer loyalty programs and other use cases that will further drive the need to enhance security in the IoT.


Mobile access reaches tipping point for mass market adoption

·   2017 was the year mobile access went mainstream and adoption will accelerate even further in 2018. Maturity in mobile solutions and integration into other systems, coupled with mobile’s ability to enhance user convenience, improve operational efficiency and provide higher security will drive accelerated growth for mobile access and mainstream adoption.


·   Card emulation, the NFC mode most coveted for mobile access control, remains reserved exclusive to Apple Pay; this leaves Bluetooth as the communication standard for cross-platform mobile access support. Still, organizations will invest in readers and other infrastructure that supports NFC and BLE to prepare for future possibilities.


Convergence of physical and digital security

·   The concept of Physical Identity & Access Management (PIAM) will drive convergence of physical and digital security to a single credential, putting identity at the center of all use cases. Government, finance, energy, other regulated markets will emerge as the forerunners using these solutions for secure access to buildings, email, websites and VPN.

·   New converged identity models that use cloud authentication and mobile devices are also emerging, such as the ability to verify a person’s presence at a location, mobile IDs that validate physical citizen IDs, and smart cards that authenticate users to enterprise resources.


Data analytics will drive risk-based intelligence for predictive models and new capabilities

·   Devices, access control systems, IoT applications, and other solutions connected to the cloud will provide robust data for advanced analytics. Insights from these analytics can be used to optimize workflow solutions and provide more seamless access for end users.


·   Predictive analytics and biometrics will play a crucial role in people-centric security and address employee demands for workplaces to deliver premium, more individualized services. Analytics will also help reduce downtime in the enterprise, spur factory automation and improve compliance via condition monitoring that is based on real-time location and sensing solutions.


Stay Connected with HID Global

Visit our Media Center, read our Industry Blog, and follow us on Facebook and Twitter.



About HID Global

HID Global powers the trusted identities of the world’s people, places and things.  We make it possible for people to transact safely, work productively and travel freely. 

Our trusted identity solutions give people convenient access to physical and digital places and connect things that can be identified, verified and tracked digitally. 

Millions of people around the world use HID products and services to navigate their everyday lives, and over 2 billion things are connected through HID technology. We work with governments, educational institutions, hospitals, financial institutions, industrial businesses and some of the most innovative companies on the planet. 

Headquartered in Austin, Texas, HID Global has over 3,000 employees worldwide and operates international offices that support more than 100 countries. HID Global® is an ASSA ABLOY Group brand. 

For more information, visit www.hidglobal.com. 

Asia Tenggara Berdepan 'Krisis Penyejukan'

Gambar oleh: Trending Malaya


GLOBAL/ ASIA : Asia Tenggara berdepan “krisis penyejukan” apabila semakin ramai orang menggunakan penghawa dingin secara tidak cekap untuk mengatasi peningkatan suhu dan pencemaran udara yang semakin teruk, kata penyelidik.

Lebih 420 pengurus dan pakar dari agensi kerajaan dan syarikat multinasional di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam mengambil bahagian dalam kaji selidik mengenai sistem penyejukan dan kecekapan tenaga yang dijalankan oleh Eco-Business dan dibentangkan pada persidangan Bangkok hari ini.

Permintaan tenaga daripada ahli Asean meningkat 70% dari 2000 hingga 2016, dengan pertambahan penghawa dingin bagi memenuhi sebahagian besar permintaan bekalan elektrik isi rumah, kata laporan itu.

Trend ini dijangka berterusan apabila populasi bertambah, bandar berkembang dan tahap kekayaan meningkat.

“Aspek domestik penggunaan elektrik berkembang secara besar-besaran – lebih daripada industri dan sektor perkhidmatan di Asean – dan akibatnya bil penghawa dingin melambung,” kata Tim Hill, pengarah penyelidik di Eco-Business, sebuah organisasi mengenai kemapanan di Asia.

Pengunaan elektrik untuk unit penyaman udara di rantau ini sebahagian besarnya disediakan oleh stesen janakuasa arang batu.

Laporan itu menggesa kerajaan dan perniagaan menerima dasar dan peraturan baharu untuk membantu negara memenuhi sasaran global bagi mengurangkan pelepasan pemanasan planet.


“Kerajaan perlu memacu usaha ini dengan meletakkan peraturan yang menguatkuasakan penggunaan penghawa dingin yang lebih cekap – memastikan mereka tidak membuang produk lama,” kata Hill kepada Yayasan Thomson Reuters.

Responden kaji selidik itu berkata pengeluar dan pembekal penghawa dingin harus memberi tumpuan kepada penghasilan sistem tenaga lebih cekap dan mendidik pelanggan dengan lebih baik.

Penyejukan berlebihan di bangunan awam – seperti pejabat, pusat membeli-belah dan pawagam – juga harus ditangani, sementara kempen kesedaran awam akan membantu mempromosikan kecekapan tenaga.

Pengendali pawagam di sesetengah bandar raya di Asia Tenggara menyediakan stokin untuk mengekalkan suhu hangat, sementara pekerja pejabat memakai topi berbulu dan pengunjung di pusat membeli-belah boleh dilihat memakai jaket musim sejuk untuk menahan sejuk. Di jalanan, kedai berhawa dingin sering membuka pintu kedai mereka untuk menarik pembeli.

“Penghawa dingin direka untuk menjadikan orang berasa lebih selesa tetapi ia berlaku sebaliknya – ia membuatkan orang berasa tidak selesa dan menjadikannya lebih tidak produktif dengan membekukan mereka,” kata Hill.

Peraturan lebih ketat oleh kerajaan akan membantu menggalakkan atau menguatkuasakan sistem penyejukan tenaga yang cekap dan memberi insentif kewangan bagi memasang sistem sedemikian di rumah, kata laporan itu.

Pengguna, perniagaan dan kerajaan juga perlu bekerjasama menguruskan permintaan penggunaan elektrik dengan lebih baik, mengurangkan pelepasan dan pencemaran, dan beralih daripada pergantungan kepada stesen janakuasa arang batu, kata Mark Radka, ketua tenaga, iklim dan teknologi di Alam Sekitar Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Paris, yang juga memainkan peranan dalam laporan itu.

“Negara Asean secara keseluruhannya harus cuba meningkatkan peranan mereka,” katanya.

Sumber: Yayasan Thomson/Reuters

Viorica Dancila dilantik Perdana Menteri Romania Pertama

Photo by: Romania Insider

GLOBAL: Romania secara rasminya mempunyai Perdana Menteri Wanita pertama apabila Viorica Dancila secara rasmi memegang jawatan itu pada 29 Januari 2018.

Agensi Berita Antarabangsa AFPT melaporkan Dancila merupakan individu ketiga yang mengepalai kepimpinan negara itu dalam tempoh setahun.

Cabaran getir menanti bekas anggota parlimen Kesatuan Eropah (EU) berusia 54 tahun ini.

Dua perdana menteri sebelumnya gagal bertahan lama kerana gagal menuruti kehendak parti pemerintah Sosial Demokrat yang mahu melakukan perubahan besar dalam sistem kehakiman negara itu.

Dancila mendapat 282 undi menyokong berbanding 136 menentang dalam sesi undian di Parlimen jauh lebih tinggi berbanding 233 undi minimum yang diperlukannya bagi memimpin kerajaan berhaluan kiri negara itu.

Wanita ini mungkin mendapat sokongan mudah di parlimen namun cabaran sebenarnya adalah untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat yang mahu gejala rasuah dalam negara bergolak itu dinoktahkan segera.

Ia ditambah tindakannya yang menyokong cadangan bagi menggubal undang-undang yang menurut EU menyukarkan lagi proses pendakwaan terhadap pelaku rasuah tahap tinggi.

Undang-undang baharu itu sekiranya diluluskan bakal menyaksikan rakaman audio dan video ketika perbicaraan diharamkan.

Selain Dancila turut mengangkat sumpah di hadapan Presiden Klaus Iohannis adalah anggota kabinet yang bakal bergandingan bersamanya.

SUMBER: ASTRO AWANI/ APTN

Unta Main Salji Di Padang Pasir Arab Saudi

Photo By; SPA.GOV.SA


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA EKSTREM: Gambaran padang pasir dalam suasana panas dan kering sinonim dengan wilayah kawasan sambil unta menjadi kenderaan pengangkutan pada suatu ketika dahulu.

Namun apabila Unta 'bermain' salji di padang pasir seolah-olah ia gambaran fantasi, tetapi itu yang berlaku di padang pasir di Tabuk Arab Saudi apabila suhu dicatatkan turun sehingga menyebabkan salji turun.

Keadaan itu berlaku baru-baru ini pada 27 Januari 2018 lalu apabila penduduk di sana memuat naik foto yang jarang-jarang menunjukkan unta yang diliputi salji dan penduduk tempatan - yang biasanya menghadapi suhu yang panas - memungut dan bermain salji.


The kingdom is famous for its blistering heat and deserts covered in sand (Picture: @Strange_Sounds)



Dilaporkan beberapa wilayah di Arab Saudi diliputi salji setebal 15 inci menukarkan landskap padang pasir itu putih.

Beratus-ratus penduduk tempatan yang teruja berfoto bersama-sama bermain di salji, sementara ramai yang memilih untuk menuruni bukit bukit, kerana mereka tidak membuang masa dalam menikmatinya sebelum ia cair.


An adorable image of families playing in a smattering of snow in northern Saudi Arabia, from the official Saudi Press Agency.

Gambar-gambar pelik lain walaupun menunjukkan unta dengan bonggol mereka ditutupi salji, manakala landskap yang hampir lengang ditinggalkan di dalam kepingan.

Cuaca yang luar biasa tidak dijangka dengan suhu yang biasanya mencecah sekitar 20C - tradisi musim sejuk di negara Arab.


Photo By: SPA/GOV.SA

Photo by: Strange Sound


Photo By: Strange Sound

SUMBER: METRO.CO.UK/ Express.co.uk

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...