Viorica Dancila dilantik Perdana Menteri Romania Pertama

Photo by: Romania Insider

GLOBAL: Romania secara rasminya mempunyai Perdana Menteri Wanita pertama apabila Viorica Dancila secara rasmi memegang jawatan itu pada 29 Januari 2018.

Agensi Berita Antarabangsa AFPT melaporkan Dancila merupakan individu ketiga yang mengepalai kepimpinan negara itu dalam tempoh setahun.

Cabaran getir menanti bekas anggota parlimen Kesatuan Eropah (EU) berusia 54 tahun ini.

Dua perdana menteri sebelumnya gagal bertahan lama kerana gagal menuruti kehendak parti pemerintah Sosial Demokrat yang mahu melakukan perubahan besar dalam sistem kehakiman negara itu.

Dancila mendapat 282 undi menyokong berbanding 136 menentang dalam sesi undian di Parlimen jauh lebih tinggi berbanding 233 undi minimum yang diperlukannya bagi memimpin kerajaan berhaluan kiri negara itu.

Wanita ini mungkin mendapat sokongan mudah di parlimen namun cabaran sebenarnya adalah untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat yang mahu gejala rasuah dalam negara bergolak itu dinoktahkan segera.

Ia ditambah tindakannya yang menyokong cadangan bagi menggubal undang-undang yang menurut EU menyukarkan lagi proses pendakwaan terhadap pelaku rasuah tahap tinggi.

Undang-undang baharu itu sekiranya diluluskan bakal menyaksikan rakaman audio dan video ketika perbicaraan diharamkan.

Selain Dancila turut mengangkat sumpah di hadapan Presiden Klaus Iohannis adalah anggota kabinet yang bakal bergandingan bersamanya.

SUMBER: ASTRO AWANI/ APTN

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...