Scoot kini dari Singapura - Kuantan, AirAsia Tawar Tambang Serendah RM9

Photo by: Newsroom Aviator


DUNIA PENERBANGAN & TRAVEL: Syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot melebarkan sayap apabila buat pertama kalinya melancarkan penerbangan dari Singapura ke Kuantan sebagai destinasi keenam di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Ipoh dan Kuching. 

BERNAMA melaporkan syarikat penerbangan negara jiran itu memilih Kuantan sebagai destinasi pilihan kerana negeri ini memiliki pelbagai tarikan pelancongan untuk dilawati sama ada pelancong Singapura mahupun antarabangsa.

Syarikat penerbangan Scoot yang mengambil pendekatan untuk membuka laluan baharu dari Singapura ke Kuantan sebagai pintu masuk ke negeri Pahang yang memiliki keindahan hutan dan pantai.

Photo by: AIRBUS

Sementara itu, Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan tambang sehala sehingga serendah RM9 dan RM199 masing-masing bagi destinasi domestik dan antarabangsa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

AirAsia, dalam satu kenyataan berkata, tambang berharga RM9 itu merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu atau dengan tambang sehala bermula RM99 dari Kuala Lumpur ke Lombok, Bali, Davao, Chiang Mai, Ho Chi Minh City dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan itu berkata, promosi tersebut juga diperluaskan ke destinasi jarak jauh dengan tambang sehala sehingga serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Macao, Kunming, Shantou, Shanghai, Hangzhou, Sapporo dan Taipei.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee, berkata syarikat penerbangan itu telah mencapai kejayaan besar bagi memastikan perjalanan yang mampu milik kepada setiap orang sejak 2001.

"Kami juga memajukan rangkaian kami dengan lebih meluas, meningkatkan hubungan domestik serta antarabangsa. Justeru itu, kami berharap setiap orang akan merebut peluang keemasan ini untuk menempah percutian mereka dengan kami," katanya.

AirAsia berkata promosi itu sah dengan tempahan bermula sekarang sehingga 4 Feb, 2018, bagi perjalanan untuk tempoh antara 1 Ogos, 2018 ke 31 Jan, 2019.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...