Mahu Jadi Pelancong Angkasa Lepas Ke ISS?, Sediakan Wang RM....

Photo by: SKY NEWS

PELANCONGAN & TRAVEL: GLOBAL: RUSIA, buat kali pertamanya, merancang untuk menghantar pelancong ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Ketua Syarikat Angkasa Rusia (Energia) Vladimir Solntsev, mengatakan bahawa pihaknya sedang berbincang untuk memberi peluang kepada pelancong untuk berjalan (spacewalk) di angkasa, lapor AGENSI.

“Penganalisis pasaran telah mengesahkan bahawa terdapat golongan berada dan kaya sedia membayar untuk pakej pelancongan ini,” kata Vladimir.

Photo by: NASA

Walaupun bayaran mungkin dikurangkan bagi pelancong pertama, kos perjalanan yang dianggarkan AS$100 juta (RM388 juta) ternyata bukan satu jumlah yang kecil.

“Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem mahupun klip video.

“Dalam setahun, hanya lima hingga enam penumpang boleh melawat ke angkasa lepas selama 10 hari,” tambah beliau.

Energia, syarikat angkasa yang merupakan sebahagian pasukan pelancaran manusia pertama di angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 1961 sedang membina modul baharu, NEM-2 untuk membawa pelancong ke ISS.

NEM-2 (nama masih belum disahkan) bakal dilancarkan pada 2019, mampu menampung sehingga enam penumpang dalam satu masa serta dilengkapi kabin yang selesa, dua tandas dan akses Internet.

Photo By: PILLOW ASTRONOUT


SUMBER: AGENSI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...