Photo ByL AFP/ GETTY IMAGE |
DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT
GLOBAL: VENICE: Keadaan cuaca luar biasa pada musim sejuk sekali lagi menyebabkan sebahagian terusan legenda di bandar di kenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya" menjadi kering.
Venice (Itali: Venezia, Venice: Venezsia) adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004).
Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice (penduduk 1,600,000).
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak.
Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan.
Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace.
APA YANG MENYEBABKAN TERUSAN VENICE KERING?
Agensi Berita DAILY MAIL melaporkan cuaca sejuk dan air pasang surut yang disebabkan fenomena bulan Super Moon dan taburan hujan yang sedikit telah mengakibatkan paras air menurun sehingga 58 sentimeter (sm) dalam beberapa situasi.
Photo by: SPLASH NEWS |
Difahamkan, ia adalah tahun ketiga berturut-turut fenomena pelik itu melanda bandar timur laut Itali tersebut.
Dua tahun lalu, paras air di terusan itu direkodkan berada di bawah tahap normal iaitu 71 sm hingga menjejaskan perkhidmatan gondola dan teksi air selama beberapa hari.
Selain itu, bahagian bawah tanah dan tingkat bawah di kebanyakan tempat di Venice juga sering dilanda banjir apabila berlaku fenomena acqua alta atau air pasang.
Sejak 1951, populasi penduduk di bandar itu telah menurun daripada 175,000 kepada 55,000 orang.
SEJARAH VENICE
Republik Venice dulunya adalah satu kuasa maritim yang utama semasa Zaman Pertengahan dan Pembaharuan, dan medan Perang Salib dan Perang Lepanto, serta satu pusat penting perdagangan (terutamanya sutera, biji-bijian dan perdagangan rempah) dan seni dalam abad ke-13 sehingga abad ke-17. Lokasi Venice di Itali dan Lagun Venice.
Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Ia kemudian menjadi sebahagian dari Austria dan seterusnya Itali.
Terusan begitu sinonim dengan Kota Venice sehinggakan banyak kota yang mempunyai terusan dinamakan "Kota Venice....". Kota itu dibina di atas kawasan berpaya dengan tiang bangunannya diperbuat daripada kayu untuk menyokong bangunan-bangunan di situ.
Amsterdam dibina dengan cara yang sama dengan tiang bangunan adalah kayu. Bandar ini menjadi sebuah kota sekitar tahun 1300.
ADA VERSI VENICE BELANDA?
Keunikan dan kedamaian sebuah perkampungan yang dikelilingi air di Belanda, umpama hidup dalam cerita dongeng pastinya membuatkan anda melupakan Venice.
Keindahan Giethoorn terpelihara dengan tiada jalan raya atau kereta. Satu-satunya akses ke kawasan perumahan unik dan bangunan awam adalah dengan menaiki sampan melalui terusan atau berjalan kaki merentasi 175 jambatan kayu.
Photo by: Smithsonian Magazine |
Malah, posmen di sini juga menjalankan tugasan mereka dengan menaiki bot.
Di sini, sekitar 2,600 penduduk menetap di rumah-rumah pulau yang mengadap terus ke laluan air.
Pada musim sejuk, air sungai yang membeku dijadikan tempat meluncur ais.
Perkampungan luar biasa dengan terusan sepanjang 6.43kilometer dan rumah ladang beratap jerami yang wujud sejak abad ke-18 menggamit pelancong yang ingin menyaksikan sendiri penempatan unik itu.
Untuk ke Giethoorn, pengunjung perlu meninggalkan kenderaan mereka di luar kawasan kampung dan menyelusurinya dengan menggunakan bot berenjin senyap, berjalan kaki atau berbasikal untuk melihat kawasan yang diberi jolokan Venice Belanda.
Terletak di wilayah Overijessel, penempatan rustik ini diasaskan sekumpulan pelarian dari wilayah Meditterranean sekitar tahun 1230.
Terusan di situ kemudiannya di dalamkan oleh sami yang memerlukan rangkaian pengangkutan untuk mengangkut tanah gambut.
KLON VENICE DI CHINA
Sebuah bandar di timur laut China, Dalian membina Venice versi China yang menyerupai bandar popular Itali itu sebagai tarikan pelancong yang baharu di negara ini.
Menurut portal People’s Daily Online, bandar klon tersebut dibuka secara rasmi sejak Mei lalu selepas dibina kira-kira empat tahun lepas dengan menelan kos sebanyak lima bilion yuan (RM3.3 bilion).
Photo by: DAILY MAIL |
Malah lebih menariknya, bandar itu direka oleh sepasukan arkitek Perancis yang menggunakan cetak biru sebenar Venice.
Jelas laporan tersebut, bandar replika itu turut dilengkapi terusan sepanjang empat kilometer yang mengelilingi lebih 200 bangunan yang mempunyai reka bentuk Eropah selain terdapat sebuah gondola besar yang diletakkan di tengah-tengah bandar.
Media tempatan melaporkan, terusan sedalam 1.2 meter dan selebar 15 meter itu boleh menampung jumlah air menyamai terusan Grand Canal yang terdapat di Itali.
SUMBER RUJUKAN:
1. Daily Mail
2. WIKIPEDIA
3. HARIAN METRO
4. UTUSAN ONLINE
5. People’s Daily Online