Photo By: GUIDING PACK |
DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT
APABILA bercuti, keseronokan dan kegembiraan serta keceriaan adalah perkara yang kita ingin capai. Ia bermula dengan persediaan kita sejak awal daripada pengurusan beg, tiket, penerbangan, penginapan dan kenderaan.
Di sini adalah TIPS-TIPS mudah, fleksibel bagi membuatkan percutian kita lebih menyeronokkan dan ceria.
1. Teknik Menggulung Pakaian Dalam Beg
Gunakan teknik menggulung pakaian untuk menyimpannya di dalam beg supaya dapat memaksimumkan ruang di dalam beg disamping dapat membawa barangan diperlukan lebih banyak. Teknik ini sebenarnya dipraktikkan Tentera Amerika Syarikat dalam menyimpan pakaian mereka.
Sebelum memasukkan pakaian dalam beg pastikan ada senarai perlu bawa dan penting bagi memastikan pakaian semasa di tempat percutian sesuai, mudah digunakan dan mencukupi untuk bilangan hari semasa percutian.
Ketika sudah dilipat rapi, langkah selanjutnya adalah menggulung baju tersebut serta padatkan baju yang telah digulung tersebut. Pastikan gulungan baju rapi. Agar tampak lebih rapi, tambahkan selembar kertas di atas baju sebelum digulung bagi mengelakkan kedutan.
Sebenarnya banyak teknik dan cara menggulung yang boleh diperolehi dengan membuat carian google untuk jenis pakaian yang boleh dan sesuai digulung untuk dimasukkan ke dalam beg.
2. Penggunaan Tandas Semasa Di Lapangan Terbang
Tandas selalu sesak jika kita berada di sana pada waktu puncak dan sibuk. Bagi mengelakkan beratur panjang bolehlah pergi ke tandas di tingkat 2 atau terminal lain.
Usah malu dan segan untuk bertanyakan kepada 'Makcik/ Pakcik Cleaner' di manakah kedudukan tandas. Mereka adalah individu yang lebih mengetahui arah yang patut anda tuju.
Pastikan mempunyai teman jika ke tandas bagi menjaga beg dan barangan anda serta tidak membiarkan barangan atau beg anda terdedah kepada kecurian dan salah letak serta perkara lain tidak diingini.
3. Pastikan Dokumen Penting Di Scan
Sebelum memulakan percutian, dokumen penting seperti passport, insuran travel dan dokumen diri serta perjalanan lain di scan. Simpan softcopy dalam capaian emel, smartphone atau gajet lain.
Malahan boleh buat fotokopi dokumen tersebut dan simpan di tempat berlainan dalam beg. Jika sekirannya dokumen asal hilang, salinan soft copy dan fotostate ini amat membantu anda untuk tindakan seterusnya kepada pihak berkuasa dan berkenaan.
4. Cuba dapatkan tempat duduk berhampiran dengan sayap kapal terbang untuk mengurangkan turbulance dan goncangan.
5. Jimat Masa Menunggu Beg Di lapangan terbang
Tampalkan pelekat ‘fragile‘ di beg anda. Biasanya beg yang bertanda ‘fragile‘ akan diletakkan di bahagian paling atas berbanding beg lain didalam perut kapal terbang.
Jadi apabila sampai ke destinasi beg anda antara yang paling awal di keluarkan. Pengendalian juga biasanya dilakukan dengan lebih berhati-hati. Jadi risiko beg anda kemek atau hilang tayar dapat dikurangkan.
TIPS BONUS:
1. Jika ada kemampuan berilah sedekah atau 'tips' kepada individu memerlukan di tempat percutian yang kita temui. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan percutian kita akan diberkati dan bermakna,
SUMBER RUJUKAN:
1. THE VOCKET
2. TRAVEL.DETIK.COM