AirAsia Sedia Khidmat 'Teksi Terbang' Mulai 2025, Jimat Masa Sehingga 60 Peratus


 

    Sumber Foto: AirAsia


PENERBANGAN | Capital A Bhd melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan 'teksi terbang' atau seru pandu (ride hailing) udara.


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dalam kenyataan media pada 16 Februari 2022/Rabu berkata perkhidmatan seru pandu udara yang dijadual disediakan di Malaysia dan beberapa negara serantau lain bermula 2025 itu mampu memberikan penjimatan masa sehingga 60 peratus serta memberikan keselesaan kepada penumpang.


"Selamat, pantas dan paling penting ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat dilaksanakan kurang daripada 15 minit dengan kos sekitar AS$50 (RM210), bagi penerbangan berkapasiti empat penumpang.


"Perkhidmatan seru pandu udara AirAsia ini juga bakal mengubah ekosistem pengangkutan serantau. Ia bukan saja disasarkan untuk kegunaan penumpang, tetapi juga boleh digunakan bagi perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan dan kesihatan," kata Tan Sri Tony Fernandes.


Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, Avolon, pada 16 Februari 2022/Rabu.


AirAsia menandatangani MoU tanpa ikatan dengan Avolon bagi memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat eVTOL VX4 untuk kegunaan perkhidmatan seru pandu udara.


Tony berkata, kerjasama AirAsia dan Avolon membuka potensi yang besar untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara.


Beliau berkata, kumpulan percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL sejajar dengan visi menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di ASEAN.


Katanya, revolusi industri perjalanan udara yang dilaksanakan AirAsia juga bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu serta pengukuhan ekosistem perniagaan di Malaysia serta negara serantau yang lain.


"Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap," katanya.


Beliau menambah, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya, Avolon-e, juga akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara.


"Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM.


"Kami akan turut memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidup, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon," katanya.


VX4 eVTOL adalah pesawat berkapasiti empat penumpang dan seorang juruterbang dengan kelajuan maksimum sehingga 200 batu sejam (mph), jarak penerbangan melebihi 160 kilometer, senyap, pelepasan operasi sifar dan kos rendah.


Berikut adalah kenyataan media penuh :


AirAsia dan Avolon bekerjasama untuk merevolusikan platform perkongsian perjalanan di Asia Tenggara


DUBLIN/SINGAPURA, 16 Februari 2022 - Avolon, syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa salah satu kumpulan syarikat penerbangan terkemuka dunia, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia), telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa ikatan untuk memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat eVTOL VX4 daripada Avolon.


Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju kepada para penumpang baharu, seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap.


Sebagai tambahan kepada pesawat eVTOL, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya Avolon-e, akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara. Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM. AirAsia juga akan memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidupnya, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon.


Tempahan Avolon VX4

Pada bulan Jun 2021, Avolon telah menempah 500 buah pesawat VX4 eVTOL daripada Vertical Aerospace (NYSE: EVTL) (Vertical), bernilai AS$2 bilion. Sejak mengumumkan pesanan itu, Avolon telah menempah 250 buah pesawat VX4 untuk Gol dan Grupo Comporte di Brazil, sehingga 100 buah pesawat untuk Japan Airlines di Jepun, dan sekurang-kurangnya 100 buah pesawat untuk AirAsia. Avolon kini telah berjaya menempah sehingga 90% daripada pesanannya yang menandakan permintaan untuk pesawat VX4 daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia.


Dómhnal Slattery, Ketua Pegawai Eksekutif Avolon berkata: “Tony Fernandes ialah perintis penerbangan yang telah membina AirAsia menjadi salah satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia dan kini juga telah mencipta Super App yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan tumpuan kepada perjalanan. 


Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AirAsia yang berkongsi visi kami untuk merevolusikan masa depan perjalanan udara. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Tony dan seluruh pasukan AirAsia dalam perjalanan eVTOL mereka.


 Bersama-sama kami akan membangunkan platform perkongsian perjalanan dan tidak lama lagi akan menawarkan pesawat VX4 dengan pelepasan sifar, menjadikan AirAsia sebagai pengendali pilihan untuk perjalanan udara yang mampan di rantau ini.”


Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Inovasi adalah DNA kami dan kami menggunakan teknologi untuk melihat cara yang lebih cekap dan mampan dalam semua teras Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group). 


Kami kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan dengan lebih 20 produk dan perkhidmatan pada airasia Super App yang memanfaatkan antara satu sama lain termasuk penerbangan, hotel, makanan, barangan runcit, penghantaran, e-panggilan perjalanan dan banyak lagi. 

Saya berbesar hati dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara. Kita sekarang berada di era digital. 


Kami percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL dan kami teruja kerana bakal menjadi syarikat penerbangan pertama untuk melancarkan perkhidmatan menggunakan pesawat ini di Asia Tenggara. 


Kami juga berbesar hati untuk melanjutkan kerjasama dengan Avolon, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menghantar pesanan kepada pelanggannya dan sejajar dengan visi kami untuk menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di Asean.”


Stephen Fitzpatrick, Ketua Pegawai Eksekutif Vertical berkata: “Kami turut berbesar hati kerana AirAsia ialah syarikat penerbangan terkemuka terbaharu yang komited untuk menempah pesawat VX4 dengan pelepasan sifar. 


AirAsia telah menyediakan banyak peluang kepada para pelancong untuk meneroka dan mengembara di beberapa buah negara yang tercantik dan pelbagai di dunia, dan saya teruja kerana kami akan membawa penerbangan dengan pelepasan sifar kepada orang ramai di seluruh Asia.”


***


Mengenai VX4 eVTOL Aircraft


VX4 eVTOL Aircraft The four passenger, one pilot VX4 is projected to have speeds up to 200mph, a range over100 miles, near silent when in flight, zero operating emissions and low cost per passenger mile. The VX4 is expected to open up advanced air mobility to a whole new range of passengers and transform how we travel. 


Find out more: vertical-aerospace.com


Mengenai Avolon


Headquartered in Ireland, with offices in the United States, Dubai, Singapore, Hong Kong and Shanghai, Avolon provides aircraft leasing and lease management services. 


Avolon is 70% owned by an indirect subsidiary of Bohai Leasing Co., Ltd., a public company listed on the Shenzhen Stock Exchange (SLE: 000415) and 30% owned by ORIX Aviation Systems, a subsidiary of ORIX Corporation which is listed on the Tokyo and New York Stock Exchanges (TSE: 8591; NYSE: IX). Avolon is the world’s second largest aircraft leasing business with an owned, managed and committed fleet, as of 31 December 2021 of 824 aircraft.


Website: www.avolon.aero 


Twitter: @avolon_aero


Mengenai Vertical Aerospace


Vertical Aerospace is pioneering electric aviation. The company was founded in 2016 by Stephen Fitzpatrick, an established entrepreneur best known as the founder of the Ovo Group, a leading energy and technology group and Europe’s largest independent energy retailer. 


Over the past five years, Vertical has focused on building the most experienced and senior team in the eVTOL industry, who have over 1,700 combined years of engineering experience, and have certified and supported over 30 different civil and military aircraft and propulsion systems.


Vertical’s top-tier partner ecosystem is expected to de-risk operational execution and its pathway to certification allows for a lean cost structure and enables production at scale. 


Vertical has a market-leading pre-order book (by value) for a total of up to 1,350 aircraft from American Airlines, Avolon, Bristow and Iberojet, which includes conditional pre-order options from Virgin Atlantic and Marubeni, and in doing so, is creating multiple potential near term and actionable routes to market.


Vertical’s ordinary shares listed on the NYSE in December 2021 under the ticker “EVTL”. Find out more: vertical-aerospace.com


Mengenai AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)


AAAGL is the holding company that oversees all airlines in Capital A (formerly AirAsia Group Berhad), as well as related international support functions including AirAsia Consulting, shared corporate services division AirAsia SEA, the Santan food group and the ground handling services joint venture business called GTR.


Mengenai Capital A


Capital A is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology to deliver the best value at the lowest cost, supported by high quality data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.


Website: www.airasia.com capitala.airasia.com


Twitter: @airasia



Avolon and AirAsia partner to create a transformational ride sharing platform in Southeast Asia


DUBLIN/SINGAPORE, 16 February 2022 - Avolon, the international aircraft leasing company, today announces that one of the world’s leading airline groups, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia), has signed a non-binding memorandum of understanding to lease a minimum of 100 VX4 eVTOL aircraft from Avolon.


These eVTOL aircraft will allow AirAsia to further revolutionise air travel by providing advanced air mobility to a whole new range of passengers, transforming how we all connect more efficiently in our everyday lives. 


In addition to the eVTOL aircraft, Avolon, through its investment and innovation affiliate Avolon-e, will partner with AirAsia to commercialise zero-emissions eVTOL aircraft and develop an industry leading urban air mobility (‘UAM’) platform in Southeast Asia. 


Avolon and AirAsia will form a working group to pursue local certification, research potential market opportunities and infrastructure requirements for UAM. AirAsia will also leverage its successful travel and lifestyle mobile app, the AirAsia Super App, to help support and build an eVTOL ride sharing platform with Avolon.


 Avolon VX4 Order book

In June 2021, Avolon ordered 500 VX4 eVTOL aircraft from Vertical Aerospace (NYSE: EVTL) (‘Vertical’), valued at US $2 billion. Since announcing that order, Avolon placed 250 VX4 aircraft with Gol and Grupo Comporte in Brazil, up to 100 aircraft with Japan Airlines in Japan, and a minimum of 100 aircraft with AirAsia. As a result, Avolon has now placed up to 90% of its initial orderbook, underlining the demand for VX4 aircraft from the world’s leading airlines.


 Dómhnal Slattery, CEO of Avolon commented: “Tony Fernandes is an aviation pioneer who has built AirAsia into one of the leading airlines in the world and has now also created Southeast Asia’s fastest growing Super App anchored on travel. 


We are delighted to partner with AirAsia who share our vision of revolutionising the future of air travel. We look forward to working with Tony, and the AirAsia team, on their eVTOL journey. Together we will develop a ride sharing platform and bring the zero-emissions VX4 aircraft into service, positioning AirAsia as the operator of choice for sustainable air travel in the region.”


Tony Fernandes, CEO of Capital A commented: “Innovation has always been in our DNA and using technology to look at more efficient and sustainable ways of doing things is a core focus across Capital A (formerly AirAsia Group). 


We are now much more than just an airline with over 20 products and services on our super app leveraging off each other including flights, hotels, food, retail, delivery, ride hailing and more. I am truly excited about this partnership between Avolon and AirAsia and the potential for zero-emissions ultra-short-haul air travel in Southeast Asia. 


The digital era is now. In the VX4, we have identified what we believe will be the eVTOL aircraft of choice and we are thrilled to be the launch airline for the aircraft in Southeast Asia. 


We are also delighted to extend our long-standing relationship with Avolon, which has a proven track record of delivering for its customers and is in sync with our goal to become the leading one stop travel and delivery platform in Asean.”


Stephen Fitzpatrick, CEO of Vertical commented: "We are delighted that AirAsia is the latest leading airline committing to lease our zero-emissions VX4 aircraft. AirAsia provides many fantastic opportunities to travel around some of the most beautiful and diverse countries in the world, and I am thrilled that we will be bringing zero emissions flight to people all across Asia.”


***


About VX4 eVTOL Aircraft


VX4 eVTOL Aircraft The four passenger, one pilot VX4 is projected to have speeds up to 200mph, a range over100 miles, near silent when in flight, zero operating emissions and low cost per passenger mile. The VX4 is expected to open up advanced air mobility to a whole new range of passengers and transform how we travel. Find out more: vertical-aerospace.com


About Avolon 


Headquartered in Ireland, with offices in the United States, Dubai, Singapore, Hong Kong and Shanghai, Avolon provides aircraft leasing and lease management services. 


Avolon is 70% owned by an indirect subsidiary of Bohai Leasing Co., Ltd., a public company listed on the Shenzhen Stock Exchange (SLE: 000415) and 30% owned by ORIX Aviation Systems, a subsidiary of ORIX Corporation which is listed on the Tokyo and New York Stock Exchanges (TSE: 8591; NYSE: IX).


 Avolon is the world’s second largest aircraft leasing business with an owned, managed and committed fleet, as of 31 December 2021 of 824 aircraft.


Website: www.avolon.aero

Twitter: @avolon_aero


About Vertical Aerospace


Vertical Aerospace is pioneering electric aviation. The company was founded in 2016 by Stephen Fitzpatrick, an established entrepreneur best known as the founder of the Ovo Group, a leading energy and technology group and Europe’s largest independent energy retailer.


 Over the past five years, Vertical has focused on building the most experienced and senior team in the eVTOL industry, who have over 1,700 combined years of engineering experience, and have certified and supported over 30 different civil and military aircraft and propulsion systems.


Vertical’s top-tier partner ecosystem is expected to de-risk operational execution and its pathway to certification allows for a lean cost structure and enables production at scale. 


Vertical has a market-leading pre-order book (by value) for a total of up to 1,350 aircraft from American Airlines, Avolon, Bristow and Iberojet, which includes conditional pre-order options from Virgin Atlantic and Marubeni, and in doing so, is creating multiple potential near term and actionable routes to market.


Vertical’s ordinary shares listed on the NYSE in December 2021 under the ticker “EVTL”. Find out more: vertical-aerospace.com


About AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)


AAAGL is the holding company that oversees all airlines in Capital A (formerly AirAsia Group Berhad), as well as related international support functions including AirAsia Consulting, shared corporate services division AirAsia SEA, the Santan food group and the ground handling services joint venture business called GTR. 


About Capital A 


Capital A is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology to deliver the best value at the lowest cost, supported by high quality data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.


WASPADA! Lot Lidi Tidak Diiktiraf , Elak Terjebak Kelak Menyesal




Oleh : Dr. Aminah Binti Mohsin dan En. Jaiya bin Abu


Pada zaman yang serba canggih ini, masih ramai yang terjebak dengan pembelian tanah lot lidi. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PlanMalaysia pada 2018, terdapat lebih 381,000 lot kecil ini di Malaysia.


Apa itu lot lidi?


Lot lidi umumnya dikenali sebagai lot-lot kecil tanah yang belum dipecah sempadankan kepada geran individu berasingan yang mana dijual kepada pembeli tanpa urusan pindah milik tanah. Lot lidi kebanyakannya berstatus tanah pertanian, namun dijual atas nama lot bangunan yang dilakar atas pelan yang belum diluluskan pertukaran kategori dan syarat nyatanya oleh pihak berkuasa. Pemajuan yang dilakukan di atas lot lidi ini biasanya perumahan dan ada juga yang melibatkan perniagaan.


Faktanya lot lidi ini tidak diiktiraf oleh undang-undang tanah Malaysia memandangkan tidak wujud geran individu yang boleh memberi risiko yang tinggi kepada pembeli. Pada 2018, Menteri Besar Selangor telah memutuskan semua permohonan Surat Ikatan Amanah bagi lot lidi adalah ditolak memandangkan memberi kesan yang negatif kepada pembeli tanah. Ironinya, kenapa lot lidi ini masih dijual secara berleluasa sehingga kini dan kenapa ia menjadi pilihan?


Lot lidi sebagai pilihan alternatif


Harga rumah yang tinggi menyukarkan rakyat untuk memiliki rumah sendiri terutama bagi golongan B40 dan M40. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, seramai 14,608 orang kehilangan pekerjaan akibat pandemik bagi tempoh Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Oleh yang demikian, hasrat untuk membeli rumah baru siap semakin kabur dengan kehilangan kelayakan membuat permohonan pembiayaan rumah.


Selain itu, harga bayaran bulanan pembiayaan perumahan yang tinggi juga menyebabkan para pembeli mencari alternatif lain dengan membeli lot-lot lidi yang harganya lebih murah dan mampu dibeli terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.


Jual lot lidi lebih mudah, menguntungkan


Faktor kedua adalah proses kelulusan tukar syarat tanah yang panjang. Tiga kategori tanah menurut Kanun Tanah Negara adalah pertanian, bangunan dan industri. Setiap pemilik tanah bertanggungjawab untuk membangunkan tanahnya mengikut kategori dan syarat yang telah ditetapkan. Tanah boleh dirampas sekiranya pemilik tanah gagal untuk mengikuti syarat-syarat yang dinyatakan.


Namun, kelonggaran telah diberikan kepada pemilik tanah yang ingin menggunakan tanahnya selain dari syarat yang ditetapkan dengan membuat permohonan pertukaran syarat tanah. Bagaimanapun, proses permohonan tukar syarat ini memakan masa yang panjang berikutan perlu mendapatkan ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal dan seterusnya kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Kerenyahan proses tukar syarat membuatkan pemilik tanah enggan untuk melakukan proses tukar syarat dan mengabaikan keperluan untuk tukar syarat tanah tersebut supaya boleh dijual dengan lebih cepat.


Faktor ketiga adalah kos yang tinggi. Terdapat beberapa kos yang terlibat dalam urusan pembangunan tanah antaranya kos tukar syarat tanah, kos pecah bahagian tanah dan kos lantikan perunding professional.


Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan bagi proses permohonan tukar syarat tanah yang mana perlu mendapatkan khidmat profesional seperti Jurukur bertauliah dan Perancang Bandar Bertauliah. Penggunaan khidmat kepakaran ini sudah semestinya memerlukan kos yang tinggi supaya dokumen yang disediakan lengkap dan diiktiraf.


Selain daripada itu, kelulusan tukar syarat tanah juga menyebabkan pemilik tanah perlu membayar premium tambahan mengikut nilai pasaran semasa bagi kategori yang diluluskan. Memandangkan kos-kos yang terlibat adalah tinggi, maka terdapat pemilik tanah yang mengelak dari dikenakan bayaran tersebut dan terus membangunkan lot-lot lidi walaupun bercanggah dengan undang-undang, sekaligus merasakan akan memperoleh kuntungan yang lebih besar hasil daripada penjualan lot-lot lidi nanti.


Seterusnya adalah ketidakseragaman dengan zon guna tanah Rancangan Tempatan. Terdapat pemilik tanah yang berkeinginan untuk membangunkan tanah mereka, tetapi bercanggah dengan ketetapan zon guna tanah yang telah diwartakan. Hal ini akan menyebabkan permohonan tukar syarat tanah tidak akan diluluskan oleh pihak berkuasa. Kekecewaan pemilik tanah dalam kegagalan permohonan ini menyebabkan mereka meneruskan sahaja pembangunan lot-lot lidi tanpa mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan.


Selain daripada itu, dibawah beberapa Akta seperti Kanun Tanah Negara, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah jelas menyatakan bahawa penguatkuasaan boleh diambil sekiranya menjalankan pemajuan tanpa kebenaran dan kemungkiran dalam melaksanakan kategori atau syarat tanah yang telah ditetapkan.


Namun begitu, kelemahan dalam pemantauan dan penguatkuasaan khususnya oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah juga merupakan faktor pemilik dan pembeli tanah terus berani untuk membangunkan lot-lot lidi dengan mengabaikan peraturan yang telah ditetapkan.


Usah menyesal kemudian hari


Keghairahan pemilik tanah untuk membangunkan lot-lot lidi disebabkan terdapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli juga merupakan salah satu faktor pemajuan lot lidi berleluasa. Tambahan lagi penjualan lot lidi memberikan pulangan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pemilik tanah. Hal ini ditambah lagi dengan kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan urusan tanah sama ada dari pemilik tanah mahupun pembeli dan seterusnya tidak dapat memikirkan kesan-kesan yang bakal ditanggung oleh dirinya dan pembeli tanah.


Secara keseluruhannya, isu pembangunan lot lidi yang terus berleluasa ini haruslah difikirkan dan dibincangkan bersama dari peringkat akar umbi supaya semua pihak terutamanya pemilik dan pembeli diberi kesedaran mengenai risiko-risiko yang bakal dihadapi dalam pemajuan lot lidi seperti risiko pemilikan, pewarisan dan juga perundangan. Semua risiko ini sudah pastinya memberi implikasi yang negatif kepada mereka. Sesal kemudian, tiada gunanya.


SUMBER ASAL :  BERNAMA - 16 FEBRUARI 2022


Dr. Aminah Binti Mohsin merupakan Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik LAnDS Perundangan Tanah, Fakulti Alam Bina Dan Ukur Galian, Universiti Teknologi Malaysia


Jaiya Abu merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Ketua Pengarah tanah Dan Galian Persekutuan

airasia Super App Tawar Pakej Pelancongan Ke Singapura



Sumber Grafik: AirAsia

INFO PELANCONGAN | Capital A Bhd memperkukuhkan lagi lonjakan industri pelancongan serantau pasca pandemik COVID-19 menerusi kerjasama strategik dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dalam kenyataan media pada 16 Februari 2022/Rabu berkata melalui persefahaman itu, orang ramai kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App.


Tan Sri Tony Fernandes berkata memorandum perjanjian persefahaman (MOU) antara Capital A dan STB membolehkan industri pelancongan serta perjalanan diperkukuhkan, sekali gus meningkatkan semula kemasukan pelancong.


Pengguna airasia Super App, katanya, kini boleh menempah pengalaman pelancongan di Singapura seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain.


"Singapura adalah salah satu pasaran utama kumpulan dan sebagai aplikasi super yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan platform pelancongan dalam talian (OTA) yang kukuh.


"Dengan data yang dikumpul selama 20 tahun sebagai syarikat penerbangan terkemuka global, kumpulan yakin dapat memaksimumkan kerjasama dan membawa pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura," katanya.


Tony berkata, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital bagi meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura.


Beliau berkata, ia juga membolehkan pertukaran pengetahuan dan pandangan untuk mengenali pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat.


Katanya, Capital A dan STB juga akan bersama-sama mempromosikan Singapura melalui kempen pemasaran dan perkongsian kandungan


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata adalah penting bagi semua pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan memacu industri pelancongan ke hadapan ketika ini.


Amanda Woo berkata, airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan rentas negara di rantau ini kerana mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan.


"Kerjasama dengan STB adalah strategik dan tepat pada masanya. Kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


Kerjasama airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura pacu industri pelancongan


KUALA LUMPUR / SINGAPURA, 16 Februari 2022 - airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mempromosikan perjalanan ke Singapura. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, para pelancong dari rantau ini kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App.


Pengguna airasia Super App, yang mempunyai tawaran perjalanan dan gaya hidup, kini boleh menempah pengalaman pelancongan di Singapura seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain, yang kini tersedia di platform airasia Super App berikutan kerjasama ini.


Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital untuk meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura, serta bertukar pengetahuan dan pandangan untuk mengenali para pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat – seperti corak perbelanjaan mereka. airasia dan STB juga akan bersama-sama mempromosikan Singapura melalui kempen pemasaran dan perkongsian kandungan.


Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas peluang ini. 

Singapura ialah salah satu pasaran utama kami dan sebagai sebuah aplikasi super yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan platform pelancongan dalam talian (OTA) yang kukuh dan data yang telah dikumpul selama 20 tahun sebagai syarikat penerbangan terkemuka di dunia, kami yakin dapat memaksimumkan kerjasama ini dan membawa para pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura.”


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata “Memandangkan sempadan antarabangsa kini dibuka semula secara beransur-ansur, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan memacu industri pelancongan ke hadapan. 


airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan merentasi rantau ini kerana kami kini mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan mereka. Kerjasama dengan STB ini adalah strategik dan tepat pada masanya, dan kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara.” 


Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif, Lembaga Pelancongan Singapura berkata “Kami turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia, salah satu rakan kongsi serantau utama kami. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan. 


Asia Tenggara, yang telah menjadi latar belakang airasia, mewakili elemen utama pemulihan ini. Melalui airasia Super App, STB percaya kami akan terus menjangkau rakyat di rantau ini dengan lebih luas dan mengalu-alukan mereka kembali ke Singapura.”


Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.


About airasia Super App 


The airasia Super App is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 51 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Super App. Download the airasia Super App via the Apple App Store or the Google Play Store.


Media queries regarding airasia, please contact: 


Daphne Cheah


Head of Communications


airasia Super App


Tel: +6012 653 8161 


Email: groupcomms@airasia.com 


About the Singapore Tourism Board (STB)


The Singapore Tourism Board (STB) is the lead development agency for tourism, one of Singapore’s key economic sectors. Together with industry partners and the community, we shape a dynamic Singapore tourism landscape. We bring the Passion Made Possible brand to life by differentiating Singapore as a vibrant destination that inspires people to share and deepen their passions.


More: www.stb.gov.sg or www.visitsingapore.com   | 


Follow us: facebook.com/STBsingapore or linkedin.com/company/singapore-tourism-board


Thailand Rancang Buka Sempadan Dengan Malaysia Mac Ini


Sumber Foto: Satkoba Press


INFO SEMASA | BANGKOK – Kerajaan Thailand mengumumkan bakal membuka pintu sempadan dengan Malaysia bermula bulan Mac 2022, lapor akhbar Bangkok Post pada 15 Februari 2022/Selasa.


Keputusan itu diambil bagi merangsang semula sektor ekonomi dan pelancongan terutama bagi wilayah-wilayah yang terletak di selatan Thailand.


Jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengarahkan Persatuan Perkhidmatan Pensterilan Thailand (CSSA) untuk bekerjasama dengan pusat operasi pelancongan dan sukan untuk membincangkan isu  mitigasi.


Menurut laporan itu, kerajaan merancang untuk membuka semula pusat pemeriksaan sempadan di wilayah Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.


Thailand merancang untuk melaksanakan pengaturan gelembung perjalanan dengan Malaysia, di mana pelancong yang sudah mendapat vaksinasi boleh tiba di bawah skim kemasukan Test & Go tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.


Bagaimanapun, Rachada berkata, mereka masih perlu mengambil dua ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) Covid-19 sebaik tiba di Thailand.


Beliau berkata,  kerajaan yakin Thailand tetap menjadi destinasi percutian pilihan walaupun dalam situasi pandemik berterusan.


“Perdana Menteri yakin Thailand kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia meskipun dalam suasana pandemik seperti sekarang.


“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan kepada kesihatan dan keselamatan awam,” jelas Rachada.


Menurut Dr. Suthep Phetmak dari Kementerian Kesihatan Awam pula, situasi Covid-19 di Thailand dan Malaysia berada pada tahap sama.


Memandangkan persamaan dalam bilangan, pegawai-pegawai  kesihatan tidak menganggap pembukaan semula sempadan menimbulkan risiko yang ketara, lapor Agensi.


Southern border to reopen next month


By Bangkok Post


The government is planning to reopen the Thai-Malaysia border next month to stimulate tourism and the economy in the deep southern provinces.


Deputy government spokeswoman Rachada Dhnadirek says Prime Minister Prayut Chan-o-cha has ordered the Centre for Covid-19 Situation Administration (CCSA) and the tourism and sports emergency operation centre to outline pandemic mitigation measures for the reopening of border checkpoints in Songkhla, Yala, Narathiwat and Satun.


Following the government's policy to open a travel bubble with Malaysia, tourists from the neighbouring country will be allowed to enter under the Test and Go scheme with no quarantine upon arrival.


However, visitors will still need to pass two RT-PCR tests after arriving in Thailand.


"The prime minister is confident Thailand will remain one of the world's top tourist destinations despite the pandemic.


"The government will support efforts to revitalise tourism, with an emphasis on public health and safety," Ms Rachada said.


Dr Suthep Phetmak, inspector-general attached to public health zone 12, said the Covid-19 situation in Malaysia and Thailand are similar.


On Feb 12, there were about 20,000 new cases, he said, so the public health agency expects the risk of the border reopening will be low.


Before the reopening, government agencies will prepare immigration processes, testing, hotels with the SHA+ standard and businesses with a Covid Free Setting, including public transport, tourism sites, restaurants and department stores, he said.


NEWS LINK > https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2263579/southern-border-to-reopen-next-month

airasia Super App Jalin Kerjasama Dengan MG Group, Perkukuh Platform Pelancongan

   Sumber Grafik: AirAsia



PELANCONGAN | airasia Super App menjalin kerjasama dengan MG Group, pasaran hospitaliti perniagaan-ke-perniagaan (B2B) terkemuka di Asia Tenggara bagi mengembangkannya sebagai platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang lebih pantas dan kukuh.


Kerjasama itu bakal menyaksikan integrasi platform MG Jarvis ke platform jualan airasia Super App pada aplikasi dan laman web yang akan menawarkan lebih 350,000 tempat penginapan di platform MG dan membolehkan rakan kongsi hotel MG memanfaatkan kekuatan airasia, sebagai aplikasi super dan peneraju syarikat penerbangan.


Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, industri pelancongan berkembang pesat dan penting bagi pihaknya untuk terus bekerjasama dengan peserta industri.


"Sebagai OTA, kami kini mempunyai 700 rakan kongsi syarikat penerbangan di platform kami termasuk Etihad, Emirates, Turkish Airlines, Air France dan banyak lagi untuk menghubungkan orang ramai ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia.


"Kerjasama dengan MG Group yang mempunyai kekuatan dalam pengedaran dan teknologi hotel akan melengkapkan kami sebagai platform OTA dan mempercepatkan pelan airasia Super App untuk menjadi OTA terkemuka di rantau ini.


"Kami sudah pun menjadi salah satu daripada tiga OTA dalam talian teratas di ASEAN dan berharap kerjasama dengan MG Group ini akan terus melonjakkan kedudukan kami lebih jauh ke hadapan," kata , Amanda Woo dalam kenyataan media pada 15 Februari 2022/Selasa.


Sementara itu, Presiden Pengarah MG Group, Brett Henry, berkata, AirAsia adalah inspirasi kepada semua jenama pelancongan di Asia Tenggara, terutama pada masa yang mencabar ini.


"AirAsia terus kekal sebagai peneraju industri dengan model dan produk baharu untuk membina jenama perjalanan dan gaya hidup terbaik.


"MG berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pemimpin industri seperti AirAsia dan hubungan ini sejajar dengan misi kami untuk membantu hotel untuk terus berkembang.


"Platform MG Jarvis baharu amat tepat untuk menyokong permintaan tinggi dan masa tindak balas pantas yang diperlukan oleh airasia Super App," katanya.


Berikut adalah kenyataan media penuh :


airasia Super App bekerjasama dengan MG Group untuk memperkukuh kedudukannya sebagai agensi pelancongan dalam talian


KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 - airasia Super App akan berkembang dengan lebih pantas dan kukuh sebagai platform agensi pelancongan dalam talian (OTA) berikutan kerjasamanya dalam pengedaran dan teknologi dengan MG Group, pasaran hospitaliti perniagaan-ke-perniagaan (B2B) terkemuka di Asia Tenggara.


Kerjasama ini akan menyaksikan integrasi platform MG Jarvis ke platform jualan airasia Super App pada aplikasi dan laman web. Integrasi ini akan menawarkan pelanggan airasia lebih 350,000 tempat penginapan yang ditawarkan di platform MG dan membolehkan rakan kongsi hotel MG memanfaatkan kekuatan airasia, sebagai aplikasi super dan peneraju syarikat penerbangan.


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Industri pelancongan berkembang pesat dan penting bagi kami untuk terus bekerjasama dengan pemain industri, kerana ia akan menawarkan nilai terbaik kepada pengguna aplikasi dan rakan kongsi hotel kami. 


Sebagai OTA, kami kini mempunyai 700 rakan kongsi syarikat penerbangan di platform kami termasuk Etihad, Emirates, Turkish Airlines, Air France dan banyak lagi untuk menghubungkan orang ramai ke lebih 3,000 destinasi di seluruh dunia. Kerjasama dengan MG Group ini yang mempunyai kekuatan dalam pengedaran dan teknologi hotel akan melengkapkan kami sebagai platform OTA, dan mempercepatkan pelan airasia Super App untuk menjadi OTA terkemuka di rantau ini untuk menawarkan pelanggan kami nilai terbaik. 


Kami sudah pun menjadi salah satu daripada tiga OTA dalam talian teratas di Asean dan kami berharap kerjasama dengan MG Group ini akan terus melonjakkan kedudukan kami lebih jauh ke hadapan.”


Brett Henry, Presiden Pengarah MG Group berkata, “airasia merupakan inspirasi kepada semua jenama pelancongan di Asia Tenggara, terutamanya pada masa yang mencabar ini. airasia terus kekal sebagai peneraju industri dengan model dan produk baharu untuk membina jenama perjalanan dan gaya hidup terbaik.


“MG berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pemimpin industri seperti airasia dan hubungan ini sejajar dengan misi kami untuk membantu hotel untuk terus berkembang. Platform MG Jarvis baharu amat tepat untuk menyokong permintaan tinggi dan masa tindak balas pantas yang diperlukan oleh airasia Super App.”


airasia Super App mempunyai 16 produk dan perkhidmatan dalam pelbagai kategori, bukan sahaja tawaran penerbangan dan perjalanan bernilai terbaik tetapi juga keperluan gaya hidup seharian, daripada perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, e-dagang, kepada perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama, e-panggilan dan banyak lagi.


Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.About airasia Super App 


The airasia super app is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. 


Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 75 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia super app. 


Download the airasia super app via the Apple App Store or the Google Play Store.


ABOUT MG GROUP

MG Group is Building the Future of B2B Hospitality. We do this by leveraging technology platforms to provide distribution and marketing services that drive sustainable, profitable growth for our hotels, corporations, and travel sellers.  We are technology focused, but customer driven.


The B2B Hospitality Marketplace.   


We have thousands of direct hotels contracts across SE Asia and hundreds of thousands of global hotels via partners all dynamically distributed to our global B2B seller network using the industry's first microservices based platform, MG Jarvis. Our B2B Marketing Platform provides tools to accurately target B2B buyers at every stage of the buying process.


For more information:


Visit our website, https://www.mgholidaygroup.com/


Connect with us onLinkedIn.

Media Inquiries : tara.giovani@mgholidaygroup.com




airasia Super App partners MG Group to strengthen its OTA position


KUALA LUMPUR, 15 February - The airasia Super App is set for faster and stronger growth as an online travel agency (OTA) platform as it enters into a distribution and technology partnership with MG Group, Southeast Asia’s leading B2B hospitality marketplace.


This partnership will see the integration of the MG Jarvis platform into airasia Super App’s point of sale platforms both on the app and the website. This will enable airasia customers to instantly gain access to more than 350,000 properties and alternative accommodations on the MG Platform and likewise allows MG hotels partners to leverage on the demand strength of airasia, both as a super app and an airline leader.


Amanda Woo, CEO of airasia Super App said, “The travel industry is evolving rapidly and it is crucial for us to have a collaborative mindset, as it will bring the best value to our app users, as well as our hotel partners. 


As an OTA, we currently have 700 airline partners on our platform including Etihad, Emirates, Turkish Airlines, Air France and more connecting people to over 3,000 destinations across the globe and this partnership with MG Group, whose strength lies in hotel distribution and technology will complete us as an OTA platform, and accelerate airasia Super App’s plans to become the region’s leading OTA, giving our customers the best value travel deals. 


We are already one of the top three online OTAs in Asean and we look forward to this partnership with MG Group to propel our position further ahead.”  


Brett Henry, President Director of MG Group said, “airasia is an inspiration to all travel brands in South East Asia, especially during these challenging times. airasia has remained a leader pushing forward with new models and products to build out an impressive travel and lifestyle brand.


“MG is proud to be able to partner with a leader like airasia and the relationship is perfectly aligned with our mission to help hotels grow and win. The new MG Jarvis platform is perfectly suited to support the high volumes and rapid response times required by the airasia Super App.” 


The airasia Super App has 16 products and services all together, providing not only the best value flight and travel deals but also everyday lifestyle needs, from food to retail and e-commerce, to same day delivery, ride hailing and more. 


Stay up to date with everything from the airasia Super App by following @airasiasuperapp on Instagram and Facebook for the latest updates on airasia Super App’s offerings! For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.


About airasia Super App 


The airasia super app is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. 


Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 75 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia super app. 


Download the airasia super app via the Apple App Store or the Google Play Store.


ABOUT MG GROUP

MG Group is Building the Future of B2B Hospitality. We do this by leveraging technology platforms to provide distribution and marketing services that drive sustainable, profitable growth for our hotels, corporations, and travel sellers.  We are technology focused, but customer driven.


The B2B Hospitality Marketplace.   


We have thousands of direct hotels contracts across SE Asia and hundreds of thousands of global hotels via partners all dynamically distributed to our global B2B seller network using the industry's first microservices based platform, MG Jarvis. Our B2B Marketing Platform provides tools to accurately target B2B buyers at every stage of the buying process.


For more information:


Visit our website, https://www.mgholidaygroup.com/


Connect with us on LinkedIn.


Media Inquiries : tara.giovani@mgholidaygroup.com

Dunia Tangisi Pemergiannya - “Berehatlah Adik Rayan Di Syurga”



Sumber Foto : Twitter


GLOBAL | Seluruh dunia menangisi dengan kematian kanak-kanak berusia lima tahun lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, pada 6 Februari 2022.


Rayan Oram terjatuh ke dalam terowong berkenaan selama lima hari sehingga memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat terus- menerus namun ia berakhir dengan menyayat hati.


Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengkam’ perasaan seluruh dunia, sementara ratusan orang berkumpul di perigi itu.


Rakaman pada 3 Februari 2022/Khamis lalu dari kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan budak lelaki itu masih hidup dan sedar, tetapi tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya sejak itu.


Di media sosial pelbagai pihak dan individu bersama-sama bersolidariti mendoakan keselamatan dan kejayaan dalam operasi menyelamat.


Tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di seluruh negara dan di seluruh dunia.


Agensi Berita Al-Arabiyaa pada 5 Februari 2022 melaporkan anggota -anggota penyelamat terdahulu mengeluarkan Rayan selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah  sampai ke lokasi dia terperangkap.


Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.


 Sumber Grafik : Tangkap layar laman sesawang KOSMO


Kematian Rayan Disahkan


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 6 Februari 2022 melaporkan kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


"Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi," menurut kenyataan terbabit.


Foto Sumber: Twitter

Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, 1 Februari 2022/Selasa.


Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.


Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.


Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.


Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.


      Sumber Grafik: Twitter


Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang 1 Februari 2022/ Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.


Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.



Sumber Grafik: Twitter


Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.


Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.


Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. 



   Muka hadapan Akhbar Arab News

Malaysia Hadapi Cuaca Panas, Taburan Hujan Rendah Hingga Mac


    Sumber Foto: Food Safety News


CUACA | Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut, sekali gus menyebabkan fenomena peningkatan suhu mendadak yang dijangka berterusan sehingga Mac, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) 


Dalam tempoh itu, taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutama di utara Semenanjung, lapor BH Online pada 3 Februari 2022/Khamis.


Ketua Pengarah METMalaysia berkata bagaimanapun pihaknya tidak menjangka keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.


"Taburan hujan yang rendah dan litupan awan yang kurang dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca panas bermula tengah hari hingga lewat malam.


"Cuaca panas dialami ketika ini satu fenomena biasa sepanjang tempoh Januari hingga April setiap tahun.


"Suhu tertinggi pada bulan lalu yang dicerap METMalaysia adalah 36.6 darjah Celsius dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu, manakala 34.6 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Langkawi pada 28 Januari 2021," kata Muhammad Helmi Abdullah.


Beliau berkata, keadaan cuaca panas dialami di banyak kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April depan.


Muhammad Helmi berkata, semua pihak dinasihat mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air, selain mengelak aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti di luar dan minum air secukupnya.


"METMalaysia sentiasa memantau cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba jika bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.


"Orang ramai disaran sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat serta amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi aplikasi myCuaca dan media sosial METMalaysia," katanya.

New Zealand Umum Fasa Buka Semula Sempadan, Hidupkan Kembali Industri Pelancongan

   Sumber: Laman Sesawang NewZealand.com


GLOBAL | New Zealand pada 3 Februari 2022 mengumumkan fasa pembukaan semula sempadannya yang keseluruhannya ditutup selama dua tahun.


Agensi Berita Antarabangsa REUTERS pada 3 Februari 2022 melaporkan menurut penggiat industri pengembaraan dan penerbangan, langkah itu sememangnya diperlukan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan negara pulau Pasifik itu yang terjejas teruk.


Mulai 27 Februari 2022, warga New Zealand sudah divaksin di Australia boleh boleh melakukan perjalanan tanpa perlu dikuarantin. Sementara warganya di negara lain boleh berbuat demikian dua minggu lagi, umum Perdana Menteri, Jacinda Ardern.


Beliau berkata, bagi pengembara asing dan buruh mahir yang sudah meneriam pelalian itu akan turut akan dibenarkan memasuki negara itu bermula 13 Mac ini.


New Zealand juga akan membenarkan seramai 5,000 pelajar antarabangsa memasuki negara itu bermula 12 April 2022 ini.


Bagaimanapun, Ardern berkata semua pengembara masih tertakluk kepada arahan kuarantin kendiri selama 10 hari.


Pelancong dari Australia dan negara bebas visa lain bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki negara itu sehingga Julai 2022 serta pengembara dari negara lain juga tertakluk kepada arahan sama sehingga Oktober 2022 dan mereka dikehendaki kuarantin kendiri setibanya di negara itu.


Ardern berkata, pembukaan sempadan secara berperingkat dan dalam keadaan terurus membolehkan orang bertemu kembali dan membantu mengisi kekurangan tenaga buruh selain memastikan sistem penjagaan kesihatan dapat menguruskan peningkatan kes.


"Strategi kami terhadap jangkitan COVID-19 varian Omicron adalah untuk memperlahankan penularan dan sempadan kami antara sebahagian usaha itu," katanya merujuk varian paling menular yang ketika ini dominan seluruh dunia.


New Zealand antara negara yang paling ketat mengawal sempadan di dunia, sebagai usaha kerajaan untuk mengekang perebakan COVID-19.


Antara lokasi menarik di New Zealand yang dijadikan penggambaran filem Lord Of The Rings. Sumber FOTO: NewZealand.com

Warga asing dilarang memasuki negara itu dan warganya mencari kaedah berbuat demikian sama ada membuat permohonan kecemasan kepada kerajaan atau mendapatkan tempat di fasiliti kuarantin negara yang dipanggil MIQ melalui laman web.


Peraturan itu bagaimanapun membantu negara yang memiliki populasi seramai lima juta orang itu merekodkan sekitar 17,000 kes positif dan 53 kematian setakat ini.


Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Lapangan Terbang, Kevin Ward, berkata keperluan kuarantin kendiri akan mengekang penularan COVID-19 sekali gus membantu pemulihan sektor pelancongan.


"Orang tidak mahu melakukan penerbangan ke New Zealand kerana mereka perlu menghabiskan seminggu pertama duduk di hotel," katanya.


Menurut persatuan itu, analisis dijalankan Lapangan Terbang Auckland menunjukkan permintaan pasaran pengunjung Australia dijangka sekitar tujuh peratus pada 2019, jika arahan kuarantin kendiri kekal dikuatkuasakan. 

TERKINI

ANALISIS | RS-2: Menuju Kuasa Ekonomi ASEAN - Selangor Mesti Jadi Negeri Kaya Peluang, Bukan Sekadar Kaya Angka

--- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Sumber Infografik : Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut --- Bayangkan Selangor pada tahun 2...