Dunia Tangisi Pemergiannya - “Berehatlah Adik Rayan Di Syurga”



Sumber Foto : Twitter


GLOBAL | Seluruh dunia menangisi dengan kematian kanak-kanak berusia lima tahun lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, pada 6 Februari 2022.


Rayan Oram terjatuh ke dalam terowong berkenaan selama lima hari sehingga memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat terus- menerus namun ia berakhir dengan menyayat hati.


Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengkam’ perasaan seluruh dunia, sementara ratusan orang berkumpul di perigi itu.


Rakaman pada 3 Februari 2022/Khamis lalu dari kamera yang diturunkan ke dalam perigi menunjukkan budak lelaki itu masih hidup dan sedar, tetapi tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya sejak itu.


Di media sosial pelbagai pihak dan individu bersama-sama bersolidariti mendoakan keselamatan dan kejayaan dalam operasi menyelamat.


Tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di seluruh negara dan di seluruh dunia.


Agensi Berita Al-Arabiyaa pada 5 Februari 2022 melaporkan anggota -anggota penyelamat terdahulu mengeluarkan Rayan selepas pasukan perubatan memeriksa keadaannya di dalam perigi sedalam 32 meter itu setelah  sampai ke lokasi dia terperangkap.


Kejayaan menyelamatkan Rayan diiringi laungan ‘Allahuakbar’ daripada penduduk tempatan yang setia menanti di sekitar kawasan kejadian.


 Sumber Grafik : Tangkap layar laman sesawang KOSMO


Kematian Rayan Disahkan


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 6 Februari 2022 melaporkan kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


"Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi," menurut kenyataan terbabit.


Foto Sumber: Twitter

Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, 1 Februari 2022/Selasa.


Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.


Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.


Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.


Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.


      Sumber Grafik: Twitter


Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang 1 Februari 2022/ Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.


Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.



Sumber Grafik: Twitter


Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.


Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.


Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. 



   Muka hadapan Akhbar Arab News

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...