airasia Super App Tawar Pakej Pelancongan Ke Singapura



Sumber Grafik: AirAsia

INFO PELANCONGAN | Capital A Bhd memperkukuhkan lagi lonjakan industri pelancongan serantau pasca pandemik COVID-19 menerusi kerjasama strategik dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dalam kenyataan media pada 16 Februari 2022/Rabu berkata melalui persefahaman itu, orang ramai kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App.


Tan Sri Tony Fernandes berkata memorandum perjanjian persefahaman (MOU) antara Capital A dan STB membolehkan industri pelancongan serta perjalanan diperkukuhkan, sekali gus meningkatkan semula kemasukan pelancong.


Pengguna airasia Super App, katanya, kini boleh menempah pengalaman pelancongan di Singapura seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain.


"Singapura adalah salah satu pasaran utama kumpulan dan sebagai aplikasi super yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan platform pelancongan dalam talian (OTA) yang kukuh.


"Dengan data yang dikumpul selama 20 tahun sebagai syarikat penerbangan terkemuka global, kumpulan yakin dapat memaksimumkan kerjasama dan membawa pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura," katanya.


Tony berkata, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital bagi meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura.


Beliau berkata, ia juga membolehkan pertukaran pengetahuan dan pandangan untuk mengenali pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat.


Katanya, Capital A dan STB juga akan bersama-sama mempromosikan Singapura melalui kempen pemasaran dan perkongsian kandungan


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata adalah penting bagi semua pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan memacu industri pelancongan ke hadapan ketika ini.


Amanda Woo berkata, airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan rentas negara di rantau ini kerana mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan.


"Kerjasama dengan STB adalah strategik dan tepat pada masanya. Kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara," katanya.


Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


Kerjasama airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura pacu industri pelancongan


KUALA LUMPUR / SINGAPURA, 16 Februari 2022 - airasia dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mempromosikan perjalanan ke Singapura. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, para pelancong dari rantau ini kini boleh mengakses pelbagai tawaran pelancongan menarik ke Singapura melalui airasia Super App.


Pengguna airasia Super App, yang mempunyai tawaran perjalanan dan gaya hidup, kini boleh menempah pengalaman pelancongan di Singapura seperti pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain, yang kini tersedia di platform airasia Super App berikutan kerjasama ini.


Selain itu, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk merintis penyelesaian digital untuk meningkatkan pengalaman pelancong di Singapura, serta bertukar pengetahuan dan pandangan untuk mengenali para pelancong dari pasaran Asia Tenggara dengan lebih dekat – seperti corak perbelanjaan mereka. airasia dan STB juga akan bersama-sama mempromosikan Singapura melalui kempen pemasaran dan perkongsian kandungan.


Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas peluang ini. 

Singapura ialah salah satu pasaran utama kami dan sebagai sebuah aplikasi super yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan platform pelancongan dalam talian (OTA) yang kukuh dan data yang telah dikumpul selama 20 tahun sebagai syarikat penerbangan terkemuka di dunia, kami yakin dapat memaksimumkan kerjasama ini dan membawa para pelancong merentasi Asia Tenggara ke Singapura.”


Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata “Memandangkan sempadan antarabangsa kini dibuka semula secara beransur-ansur, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan memacu industri pelancongan ke hadapan. 


airasia Super App bersedia untuk memudahkan perjalanan merentasi rantau ini kerana kami kini mempunyai platform perjalanan holistik dengan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan untuk merancang perjalanan mereka. Kerjasama dengan STB ini adalah strategik dan tepat pada masanya, dan kami berharap untuk mempromosikan Singapura kepada semua pengguna aplikasi kami di seluruh Asia Tenggara.” 


Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif, Lembaga Pelancongan Singapura berkata “Kami turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia, salah satu rakan kongsi serantau utama kami. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong pemulihan sektor pelancongan. 


Asia Tenggara, yang telah menjadi latar belakang airasia, mewakili elemen utama pemulihan ini. Melalui airasia Super App, STB percaya kami akan terus menjangkau rakyat di rantau ini dengan lebih luas dan mengalu-alukan mereka kembali ke Singapura.”


Ikuti perkembangan terkini airasia Super App melalui @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.


About airasia Super App 


The airasia Super App is a one-stop travel, e-commerce and fin-tech platform offering consumers over 16 lines of products and services via the super app as well as airasia.com website. Powered by data and technology, the airasia super app leverages its digital ecosystem of 51 million users and 40 million downloads to generate personalised and seamless consumer experience in the digital new era. Users can also engage in real-time conversations, join like-minded communities, play games and much more. From travel needs to everyday lifestyle essentials, there is always something for everyone on the airasia Super App. Download the airasia Super App via the Apple App Store or the Google Play Store.


Media queries regarding airasia, please contact: 


Daphne Cheah


Head of Communications


airasia Super App


Tel: +6012 653 8161 


Email: groupcomms@airasia.com 


About the Singapore Tourism Board (STB)


The Singapore Tourism Board (STB) is the lead development agency for tourism, one of Singapore’s key economic sectors. Together with industry partners and the community, we shape a dynamic Singapore tourism landscape. We bring the Passion Made Possible brand to life by differentiating Singapore as a vibrant destination that inspires people to share and deepen their passions.


More: www.stb.gov.sg or www.visitsingapore.com   | 


Follow us: facebook.com/STBsingapore or linkedin.com/company/singapore-tourism-board


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...