AirAsia Sedia Khidmat 'Teksi Terbang' Mulai 2025, Jimat Masa Sehingga 60 Peratus


 

    Sumber Foto: AirAsia


PENERBANGAN | Capital A Bhd melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan 'teksi terbang' atau seru pandu (ride hailing) udara.


Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dalam kenyataan media pada 16 Februari 2022/Rabu berkata perkhidmatan seru pandu udara yang dijadual disediakan di Malaysia dan beberapa negara serantau lain bermula 2025 itu mampu memberikan penjimatan masa sehingga 60 peratus serta memberikan keselesaan kepada penumpang.


"Selamat, pantas dan paling penting ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh, perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat dilaksanakan kurang daripada 15 minit dengan kos sekitar AS$50 (RM210), bagi penerbangan berkapasiti empat penumpang.


"Perkhidmatan seru pandu udara AirAsia ini juga bakal mengubah ekosistem pengangkutan serantau. Ia bukan saja disasarkan untuk kegunaan penumpang, tetapi juga boleh digunakan bagi perkhidmatan lain seperti penghantaran barangan dan kesihatan," kata Tan Sri Tony Fernandes.


Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, Avolon, pada 16 Februari 2022/Rabu.


AirAsia menandatangani MoU tanpa ikatan dengan Avolon bagi memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat eVTOL VX4 untuk kegunaan perkhidmatan seru pandu udara.


Tony berkata, kerjasama AirAsia dan Avolon membuka potensi yang besar untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara.


Beliau berkata, kumpulan percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL sejajar dengan visi menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di ASEAN.


Katanya, revolusi industri perjalanan udara yang dilaksanakan AirAsia juga bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan baharu serta pengukuhan ekosistem perniagaan di Malaysia serta negara serantau yang lain.


"Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap," katanya.


Beliau menambah, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya, Avolon-e, juga akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara.


"Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM.


"Kami akan turut memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidup, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon," katanya.


VX4 eVTOL adalah pesawat berkapasiti empat penumpang dan seorang juruterbang dengan kelajuan maksimum sehingga 200 batu sejam (mph), jarak penerbangan melebihi 160 kilometer, senyap, pelepasan operasi sifar dan kos rendah.


Berikut adalah kenyataan media penuh :


AirAsia dan Avolon bekerjasama untuk merevolusikan platform perkongsian perjalanan di Asia Tenggara


DUBLIN/SINGAPURA, 16 Februari 2022 - Avolon, syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa salah satu kumpulan syarikat penerbangan terkemuka dunia, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia), telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa ikatan untuk memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat eVTOL VX4 daripada Avolon.


Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara yang lebih maju kepada para penumpang baharu, seterusnya mengubah cara untuk mereka berhubung dengan lebih cekap.


Sebagai tambahan kepada pesawat eVTOL, Avolon, melalui syarikat sekutu pelaburan dan inovasinya Avolon-e, akan bekerjasama dengan AirAsia untuk mengkomersialkan pesawat eVTOL dengan pelepasan sifar dan membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (UAM) yang terkemuka dalam industri di Asia Tenggara. Avolon dan AirAsia juga akan membentuk kakitangan untuk memohon pensijilan tempatan, menyelidik peluang pasaran yang berpotensi dan keperluan infrastruktur untuk UAM. AirAsia juga akan memanfaatkan aplikasi mudah alih perjalanan dan gaya hidupnya, airasia Super App, untuk membantu menyokong dan membina platform perkongsian perjalanan eVTOL dengan Avolon.


Tempahan Avolon VX4

Pada bulan Jun 2021, Avolon telah menempah 500 buah pesawat VX4 eVTOL daripada Vertical Aerospace (NYSE: EVTL) (Vertical), bernilai AS$2 bilion. Sejak mengumumkan pesanan itu, Avolon telah menempah 250 buah pesawat VX4 untuk Gol dan Grupo Comporte di Brazil, sehingga 100 buah pesawat untuk Japan Airlines di Jepun, dan sekurang-kurangnya 100 buah pesawat untuk AirAsia. Avolon kini telah berjaya menempah sehingga 90% daripada pesanannya yang menandakan permintaan untuk pesawat VX4 daripada syarikat penerbangan terkemuka dunia.


Dómhnal Slattery, Ketua Pegawai Eksekutif Avolon berkata: “Tony Fernandes ialah perintis penerbangan yang telah membina AirAsia menjadi salah satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia dan kini juga telah mencipta Super App yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan tumpuan kepada perjalanan. 


Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AirAsia yang berkongsi visi kami untuk merevolusikan masa depan perjalanan udara. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Tony dan seluruh pasukan AirAsia dalam perjalanan eVTOL mereka.


 Bersama-sama kami akan membangunkan platform perkongsian perjalanan dan tidak lama lagi akan menawarkan pesawat VX4 dengan pelepasan sifar, menjadikan AirAsia sebagai pengendali pilihan untuk perjalanan udara yang mampan di rantau ini.”


Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Inovasi adalah DNA kami dan kami menggunakan teknologi untuk melihat cara yang lebih cekap dan mampan dalam semua teras Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group). 


Kami kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan dengan lebih 20 produk dan perkhidmatan pada airasia Super App yang memanfaatkan antara satu sama lain termasuk penerbangan, hotel, makanan, barangan runcit, penghantaran, e-panggilan perjalanan dan banyak lagi. 

Saya berbesar hati dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi untuk perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar di Asia Tenggara. Kita sekarang berada di era digital. 


Kami percaya VX4 akan menjadi pesawat pilihan eVTOL dan kami teruja kerana bakal menjadi syarikat penerbangan pertama untuk melancarkan perkhidmatan menggunakan pesawat ini di Asia Tenggara. 


Kami juga berbesar hati untuk melanjutkan kerjasama dengan Avolon, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menghantar pesanan kepada pelanggannya dan sejajar dengan visi kami untuk menjadi platform perjalanan dan penghantaran sehenti terkemuka di Asean.”


Stephen Fitzpatrick, Ketua Pegawai Eksekutif Vertical berkata: “Kami turut berbesar hati kerana AirAsia ialah syarikat penerbangan terkemuka terbaharu yang komited untuk menempah pesawat VX4 dengan pelepasan sifar. 


AirAsia telah menyediakan banyak peluang kepada para pelancong untuk meneroka dan mengembara di beberapa buah negara yang tercantik dan pelbagai di dunia, dan saya teruja kerana kami akan membawa penerbangan dengan pelepasan sifar kepada orang ramai di seluruh Asia.”


***


Mengenai VX4 eVTOL Aircraft


VX4 eVTOL Aircraft The four passenger, one pilot VX4 is projected to have speeds up to 200mph, a range over100 miles, near silent when in flight, zero operating emissions and low cost per passenger mile. The VX4 is expected to open up advanced air mobility to a whole new range of passengers and transform how we travel. 


Find out more: vertical-aerospace.com


Mengenai Avolon


Headquartered in Ireland, with offices in the United States, Dubai, Singapore, Hong Kong and Shanghai, Avolon provides aircraft leasing and lease management services. 


Avolon is 70% owned by an indirect subsidiary of Bohai Leasing Co., Ltd., a public company listed on the Shenzhen Stock Exchange (SLE: 000415) and 30% owned by ORIX Aviation Systems, a subsidiary of ORIX Corporation which is listed on the Tokyo and New York Stock Exchanges (TSE: 8591; NYSE: IX). Avolon is the world’s second largest aircraft leasing business with an owned, managed and committed fleet, as of 31 December 2021 of 824 aircraft.


Website: www.avolon.aero 


Twitter: @avolon_aero


Mengenai Vertical Aerospace


Vertical Aerospace is pioneering electric aviation. The company was founded in 2016 by Stephen Fitzpatrick, an established entrepreneur best known as the founder of the Ovo Group, a leading energy and technology group and Europe’s largest independent energy retailer. 


Over the past five years, Vertical has focused on building the most experienced and senior team in the eVTOL industry, who have over 1,700 combined years of engineering experience, and have certified and supported over 30 different civil and military aircraft and propulsion systems.


Vertical’s top-tier partner ecosystem is expected to de-risk operational execution and its pathway to certification allows for a lean cost structure and enables production at scale. 


Vertical has a market-leading pre-order book (by value) for a total of up to 1,350 aircraft from American Airlines, Avolon, Bristow and Iberojet, which includes conditional pre-order options from Virgin Atlantic and Marubeni, and in doing so, is creating multiple potential near term and actionable routes to market.


Vertical’s ordinary shares listed on the NYSE in December 2021 under the ticker “EVTL”. Find out more: vertical-aerospace.com


Mengenai AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)


AAAGL is the holding company that oversees all airlines in Capital A (formerly AirAsia Group Berhad), as well as related international support functions including AirAsia Consulting, shared corporate services division AirAsia SEA, the Santan food group and the ground handling services joint venture business called GTR.


Mengenai Capital A


Capital A is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology to deliver the best value at the lowest cost, supported by high quality data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.


Website: www.airasia.com capitala.airasia.com


Twitter: @airasia



Avolon and AirAsia partner to create a transformational ride sharing platform in Southeast Asia


DUBLIN/SINGAPORE, 16 February 2022 - Avolon, the international aircraft leasing company, today announces that one of the world’s leading airline groups, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia), has signed a non-binding memorandum of understanding to lease a minimum of 100 VX4 eVTOL aircraft from Avolon.


These eVTOL aircraft will allow AirAsia to further revolutionise air travel by providing advanced air mobility to a whole new range of passengers, transforming how we all connect more efficiently in our everyday lives. 


In addition to the eVTOL aircraft, Avolon, through its investment and innovation affiliate Avolon-e, will partner with AirAsia to commercialise zero-emissions eVTOL aircraft and develop an industry leading urban air mobility (‘UAM’) platform in Southeast Asia. 


Avolon and AirAsia will form a working group to pursue local certification, research potential market opportunities and infrastructure requirements for UAM. AirAsia will also leverage its successful travel and lifestyle mobile app, the AirAsia Super App, to help support and build an eVTOL ride sharing platform with Avolon.


 Avolon VX4 Order book

In June 2021, Avolon ordered 500 VX4 eVTOL aircraft from Vertical Aerospace (NYSE: EVTL) (‘Vertical’), valued at US $2 billion. Since announcing that order, Avolon placed 250 VX4 aircraft with Gol and Grupo Comporte in Brazil, up to 100 aircraft with Japan Airlines in Japan, and a minimum of 100 aircraft with AirAsia. As a result, Avolon has now placed up to 90% of its initial orderbook, underlining the demand for VX4 aircraft from the world’s leading airlines.


 Dómhnal Slattery, CEO of Avolon commented: “Tony Fernandes is an aviation pioneer who has built AirAsia into one of the leading airlines in the world and has now also created Southeast Asia’s fastest growing Super App anchored on travel. 


We are delighted to partner with AirAsia who share our vision of revolutionising the future of air travel. We look forward to working with Tony, and the AirAsia team, on their eVTOL journey. Together we will develop a ride sharing platform and bring the zero-emissions VX4 aircraft into service, positioning AirAsia as the operator of choice for sustainable air travel in the region.”


Tony Fernandes, CEO of Capital A commented: “Innovation has always been in our DNA and using technology to look at more efficient and sustainable ways of doing things is a core focus across Capital A (formerly AirAsia Group). 


We are now much more than just an airline with over 20 products and services on our super app leveraging off each other including flights, hotels, food, retail, delivery, ride hailing and more. I am truly excited about this partnership between Avolon and AirAsia and the potential for zero-emissions ultra-short-haul air travel in Southeast Asia. 


The digital era is now. In the VX4, we have identified what we believe will be the eVTOL aircraft of choice and we are thrilled to be the launch airline for the aircraft in Southeast Asia. 


We are also delighted to extend our long-standing relationship with Avolon, which has a proven track record of delivering for its customers and is in sync with our goal to become the leading one stop travel and delivery platform in Asean.”


Stephen Fitzpatrick, CEO of Vertical commented: "We are delighted that AirAsia is the latest leading airline committing to lease our zero-emissions VX4 aircraft. AirAsia provides many fantastic opportunities to travel around some of the most beautiful and diverse countries in the world, and I am thrilled that we will be bringing zero emissions flight to people all across Asia.”


***


About VX4 eVTOL Aircraft


VX4 eVTOL Aircraft The four passenger, one pilot VX4 is projected to have speeds up to 200mph, a range over100 miles, near silent when in flight, zero operating emissions and low cost per passenger mile. The VX4 is expected to open up advanced air mobility to a whole new range of passengers and transform how we travel. Find out more: vertical-aerospace.com


About Avolon 


Headquartered in Ireland, with offices in the United States, Dubai, Singapore, Hong Kong and Shanghai, Avolon provides aircraft leasing and lease management services. 


Avolon is 70% owned by an indirect subsidiary of Bohai Leasing Co., Ltd., a public company listed on the Shenzhen Stock Exchange (SLE: 000415) and 30% owned by ORIX Aviation Systems, a subsidiary of ORIX Corporation which is listed on the Tokyo and New York Stock Exchanges (TSE: 8591; NYSE: IX).


 Avolon is the world’s second largest aircraft leasing business with an owned, managed and committed fleet, as of 31 December 2021 of 824 aircraft.


Website: www.avolon.aero

Twitter: @avolon_aero


About Vertical Aerospace


Vertical Aerospace is pioneering electric aviation. The company was founded in 2016 by Stephen Fitzpatrick, an established entrepreneur best known as the founder of the Ovo Group, a leading energy and technology group and Europe’s largest independent energy retailer.


 Over the past five years, Vertical has focused on building the most experienced and senior team in the eVTOL industry, who have over 1,700 combined years of engineering experience, and have certified and supported over 30 different civil and military aircraft and propulsion systems.


Vertical’s top-tier partner ecosystem is expected to de-risk operational execution and its pathway to certification allows for a lean cost structure and enables production at scale. 


Vertical has a market-leading pre-order book (by value) for a total of up to 1,350 aircraft from American Airlines, Avolon, Bristow and Iberojet, which includes conditional pre-order options from Virgin Atlantic and Marubeni, and in doing so, is creating multiple potential near term and actionable routes to market.


Vertical’s ordinary shares listed on the NYSE in December 2021 under the ticker “EVTL”. Find out more: vertical-aerospace.com


About AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)


AAAGL is the holding company that oversees all airlines in Capital A (formerly AirAsia Group Berhad), as well as related international support functions including AirAsia Consulting, shared corporate services division AirAsia SEA, the Santan food group and the ground handling services joint venture business called GTR. 


About Capital A 


Capital A is an investment holding company with a portfolio of synergistic travel and lifestyle businesses that leverage data and technology to deliver the best value at the lowest cost, supported by high quality data and one of Asia's leading brands that remains committed to serving the underserved.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...