AIRASIA Laksana Pemeriksaan Keselamatan Guna Pengecaman Wajah

FOTO: AIR ASIA


INFO TRAVEL | SYARIKAT penerbangan tambang rendah AirAsia akan melaksanakan pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas lapangan terbang terpilih di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aireen Omar berkata ketika ini projek perintis teknologi itu dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

"Sejak ujian perintis itu bermula, kami telah memperkukuh dan menambah baik keseluruhan teknologi itu dan akan melancarkan (sistem) tersebut di beberapa lapangan terbang di seluruh Malaysia,” katanya kepada pemberita di Semenyih pada Jumaat.

Aireen berkata syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Malaysia Airport Holdings untuk melancarkan sistem pengecaman wajah tersebut di lapangan terbang terpilih.


Katanya, AirAsia bercadang melaksanakan sistem pengecaman wajah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan klia2 selepas diperkenal di Senai.  

Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga merancang menggunakan sistem keselamatan itu di laluan  Kuala Lumpur-Avalon.

“Laluan Kuala Lumpur-Avalon akan menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Avalon juga akan menggunakan teknologi itu,” kata Aireen.

SUMBER: BERNAMA

AirAsia Beri Petunjuk Catat Prestasi Kewangan Terbaik

FOTO: AIR ASIA


BISNES: AirAsia Group Bhd memberi bayangan bahawa kumpulan berkenaan berada pada landasan kukuh untuk mencatatkan tahun kewangan terbaik pada 2019 berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pelabur perlu memerhatikan keputusan kewangan suku pertama syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan.

“Perhatikan suku pertama ini. Peganglah kata-kata saya sebelum ini mengenai tahun terbaik. Akhirnya platform perniagaan kami adalah mesin pendapatan terbesar. 

Masa akan memberitahunya. Mereka (pelabur) yang setia akan diberi ganjaran dividen dan peningkatan pendapatan,” katanya dalam siri ciapan di Twitter, hari ini (1 MAC 2019).

Tony berkata, AirAsia bukanlah sebuah syarikat yang bersandarkan kepada prestasi suku tahunan.

“Ambillah kesempatan daripada kekosongan slot dan pesawat yang akan mengembang sebanyak 21 peratus kapasiti yang mempunyai kesan sampingan kepada hasil,” katanya.

Harga bahan bakar yang lebih tinggi dan perbelanjaan pajakan menyebabkan AirAsia mencatatkan kerugian bersih RM394.97 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2018, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM372.65 juta sebelum ini.

Ia adalah kerugian pertama suku tahunan kumpulan sejak suku ketiga 2015.

Purata harga bahan api pada suku keempat 2018 mencecah AS$92 setong berbanding AS$69 setong tahun sebelumnya.

Perbelanjaan pajakan operasi meningkat berikutan penjualan dan pajakan balik kumpulan, dimana ia menjual pesawatnya dan menyewakannya.

Bagaimanapun, beban kumpulan pada suku keempat berkurangan kepada 84 peratus daripada 88 peratus dalam tempoh sama tahun lalu berikutan peningkatan jumlah penumpang yang dibawa adalah lebih rendah daripada 21 peratus peningkatan kapasiti, susulan rancangan syarikat untuk meningkatkan pegangan pasaran dan menjamin slot lapangan terbang.

SUMBER: BH ONLINE

Tempahan Iriz Serendah RM9.99

FOTO SUMBER: PAULTAN.ORG

Proton Holdings Berhad (Proton) akan mengadakan jualan kilat bermula 1 sehingga 11 Mac bagi model Iriz 2019 yang mana pembeli boleh membuat tempahan dalam talian serendah RM9.99 serta cukai jalan percuma selama dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, promosi tersebut merupakan tanda penghargaan Proton kepada pelanggan yang menempah Iriz sebelum dilancarkan secara rasmi.


Kata beliau, dengan cara itu ia akan memudahkan para pelanggan berpotensi untuk membeli Iriz.

“Selain komitmen bayaran yang rendah, kami turut menawarkan kemudahan tambahan seperti tempahan dalam talian untuk tempoh terhad bagi menarik minat pembeli untuk membuat tempahan secepat mungkin.

“Syarikat juga akan mengadakan pratonton di beberapa cawangan Proton Edar bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat Iriz 2019 dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasmi. Lokasi pertama adalah di pusat Proton Edar 4S di Chan Sow Lin pada 2 Mac dan 3 Mac ini,” katanya dalam kenyataan.

Iriz yang pernah memenangi anugerah untuk model hatchback segmen B dijangka dilancarkan pada Mac dan merupakan model pertama yang dipertingkatkan sejak syarikat automotif tempatan itu memulakan kerjasama dengan Geely.

Iriz direka dengan garisan luaran yang baharu untuk menggambarkan kesinambungan dengan wajah sporty serta untuk membina hubungan visual menggunakan elemen reka bentuk yang mempunyai persamaan di antara model-model yang lain.

Lampu utama baharu makin tipis disatukan dengan hiasan jeriji yang menonjol berbentuk busur yang turut ada pada Proton X70. Bampar depan baharu lebih agresif dengan jeriji radiator yang lebih rendah serta lampu nyalaan siang diod pemancar cahaya (LED) yang diperkemaskan.

Lampu belakang masih sama tetapi diberi identiti korporat baharu dengan cetakan Proton pada bonet. Iriz 2019 menampilkan unit stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan menawarkan aplikasi se­perti penstriman muzik, sistem pandu arah dan pengecaman suara.

Akses kepada aplikasi berkenaan serta fungsi-fungsi lain adalah melalui skrin sentuh antara muka bersaiz tujuh inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16 gigabait. Iriz turut dilengkapi dengan sambungan jalur lebar (WiFi) dan boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih atau menyambungkan WiFi dalam jarak jangkauannya.

SUMBER: KENYATAAN MEDIA



KWSP Terbit Senarai Dana Unit Amanah Bagi 2019/2020

FOTO SUMBER: The Malaysian Times


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerbitkan Senarai Kelayakan Tahunan Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana-dana unit amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) berkuat kuasa 1 Mac 2019 sehingga 29 Februari 2020.

Dalam kenyataan, KWSP berkata bagi tempoh 2019/2020, sejumlah 382 dana telah diluluskan di bawah SPA KWSP, tetapi hanya 282 dana, termasuk sembilan dana baharu, daripada 19 IPD yang layak telah ditawarkan, bersamaan dengan peningkatan marginal sebanyak 0.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, berkata senarai dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA KWSP dinilai secara tahunan berdasarkan kriteria yang ditetapkan KWSP dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Mana-mana unit yang berada di bawah skor minimum kelayakan akan digantung dan tidak boleh ditawarkan dalam tempoh berkenaan,” katanya.

KWSP berkata SPA KWSP diperkenalkan sebagai opsyen kepada ahlinya untuk melabur sebahagian simpanan dalam Akaun 1 KWSP mereka dalam dana-dana unit amanah atau menerusi mandat persendirian yang diuruskan oleh IPD yang dilantik.

Berdasarkan umur mereka, ahli boleh pindah keluar daripada Akaun 1 KWSP mereka sehingga 30 peratus daripada amaun yang melebihi Simpanan Asas yang akan dilaburkan dalam dana-dana yang berkelayakan, katanya.

Mohamad Nasir berkata semakan dari segi kuantum simpanan asas daripada RM228,000 kepada RM240,000 pada umur 55 tahun berkuat kuasa 1 Jan, 2019, ahli dengan itu kini tertakluk untuk mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka bagi melayakkan mereka untuk menyertai SPA KWSP.

“Kuantum baharu itu adalah penanda aras berbanding pencen minimum bagi pekerja sektor awam, yang telah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000 sebulan.

“Selain itu, KWSP ketika ini sedang membangunkan Platform Skim Pelaburan Ahli elektronik (e-SPA) yang bakal diperkenalkan pada akhir tahun ini, untuk membolehkan ahli melakukan transaksi secara dalam talian pada kos lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata ahli diingatkan bahawa pelaburan menerusi SPA KWSP adalah secara sukarela dan ahli akan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keputusan mereka untuk menyertai skim itu.

“Walaupun KWSP telah meluluskan dana-dana unit amanah ini, ia tidak menandakan bahawa kami mencadangkan atau mengesyorkan kepada ahli untuk melabur dalam mana-mana dana unit amanah ini.

“Kami menggalakkan ahli untuk mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bertauliah sebelum memutuskan untuk menyertai skim ini,” kata Mohamad Nasir.

Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh melayari laman web myEPF di pautan http://www.kwsp.gov.my/portal/en/web/kwsp/member/members-savings-investm....

SUMBER: BERNAMA

UMW Catat Untung RM341.65 juta

FOTO SUMBER: businesstoday.com.my

BISNES | UMW Holdings Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat untung bersih sebanyak RM341.65 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berbanding kerugian bersih RM640.61 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Perolehan meningkat kepada RM11.30 bilion berbanding RM11.06 bilion bagi tempoh sama pada 2017.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata perolehan yang lebih rendah itu disebabkan penyusutan sumbangan minyak dan gas (O&G) akibat pengasingan segmen berkenaan.

Faktor lain termasuk penamatan operasi O&G yang seiring dengan strategi penjualan perniagaan minyak dan gas.

Syarikat itu juga mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM786.2 juta daripada operasinya yang berterusan, berbanding RM266.6 juta pada tempoh sebelumnya berikutan prestasi yang lebih baik daripada tiga segmen teras dan kebalikan peruntukan.

Mengenai prospek semasa, syarikat itu akan terus memberi tumpuan bagi mengukuhkan tiga perniagaan terasnya iaitu automotif, peralatan dan penghasilan serta kejuruteraan.

Ia akan meletakkan syarikat itu dalam keadaan lebih baik untuk berkembang dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Sekiranya tiada keadaan yang tidak diduga, syarikat itu menjangka dapat mencatat prestasi yang memuaskan pada 2019.

SUMBER: BERNAMA

The Fourth Industrial Revolution Is About Empowering People, Not The Rise Of The Machines

Photo: EdTechReview


BY: Brad Keywell
Co-founder and CEO, Uptake

The world is changing. There’s no way around this fact.

The Fourth Industrial Revolution is now. And, whether you know it or not, it will affect you.

Billions of people and countless machines are connected to each other. Through groundbreaking technology, unprecedented processing power and speed, and massive storage capacity, data is being collected and harnessed like never before.

Automation, machine learning, mobile computing and artificial intelligence — these are no longer futuristic concepts, they are our reality.

To many people, these changes are scary.

Previous industrial revolutions have shown us that if companies and industries don’t adapt with new technology, they struggle. Worse, they fail.

Mindset shift

But I strongly believe that these innovations will make industry – and the world – stronger and better.

The change brought by the Fourth Industrial Revolution is inevitable, not optional.

And the possible rewards are staggering: heightened standards of living; enhanced safety and security; and greatly increased human capacity.

For people, there must be a shift in mindset.

As difficult as it may be, the future of work looks very different from the past. I believe people with grit, creativity and entrepreneurial spirit will embrace this future, rather than cling to the status quo.

People can be better at their jobs with the technology of today—and the technology that is yet to come—rather than fearing that their human skills will be devalued.

Human and machine

I’m reminded of chess.

We have all heard the stories about computers beating even the greatest grandmasters. But the story is more nuanced; humans and computers play differently and each has strengths and weaknesses.

Computers prefer to retreat, but they can store massive amounts of data and are unbiased in their decision-making.

Humans can be more stubborn, but also can read their opponent’s weaknesses, evaluate complex patterns, and make creative and strategic decisions to win.

Even the creators of artificial chess-playing machines acknowledge that the best chess player is actually a team of both human and machine.

The world will always need human brilliance, human ingenuity and human skills.

Software and technology have the potential to empower people to a far greater degree than in the past—unlocking the latent creativity, perception and imagination of human beings at every level of every organization.

Power of data, power of people

This shift will enable workers on the front line, on the road and in the field to make smarter decisions, solve tougher problems and do their jobs better.

This is our mission at Uptake—to combine the power of data and the power of people, across global industries.

Here’s what this looks like:

Railroad locomotives are powered by massive, highly complex electrical engines that cost millions of dollars.

When one breaks down, the railroad loses thousands more for every hour it’s out of service (not to mention, there are a lot of angry travellers or cargo customers to deal with).

After the locomotive is towed in for repairs, technicians normally start by running diagnostic tests. These can take hours, and often require technicians to stand next to roaring engines jotting down numbers based on the diagnostic readings.

That’s the old way – or, at least, it should be.

      
New solutions

When locomotives operated by our customers roll into the shop for routine services, all diagnostics have already been run.

Our software has forecast when, why and how the machine is likely to break down using predictive analytics — algorithms that analyze massive amounts of data generated by the 250 sensors on each locomotive.

Our systems have examined that data within the context of similar machines, subject- matter experts, industry norms and even weather. If there’s a problem, we detect it, and direct the locomotive to a repair facility.

A mechanic can then simply pick up an iPad, and learn in a few minutes exactly what is about to break down, as well as the machine’s history and the conditions it’s been operating under.

Virtuous loop

That leaves the mechanics to do what they do best: fix it, using their experience, judgement and skill. And the mechanics decisions and actions become data that feeds back into the software, improving the analytics and predictions for the next problem.

So, technology didn’t replace mechanics; it empowered them to do their job.

In the same way that chess masters and computers work best together, the mechanic used human skills that a machine can’t replicate: ingenuity, creativity and experience. And the technology detected a problem that was unknown and unseen to human eyes.

In short, when the mechanic and the technology work together, the work gets done faster, with fewer errors and better results.

Multiply this across all industries: aviation, energy, transportation, smart cities, manufacturing, natural resources, and construction.

The productivity we unleash could be reminiscent of what the world saw at the advent of the first industrial revolution. But the impact of the Fourth Industrial Revolution will run much broader, and deeper, than the first.

We’ll have the knowledge, the talent and the tools to solve some of the world’s biggest problems: hunger, climate change, disease.

Machines will supply us with the insight and the perspective we need to reach those solutions. But they won’t supply the judgement or the ingenuity. People will.

Wallet2u, Affin Bank Tingkatkan Pengalaman Perbankan IoT

FOTO SUMBER: ReadWrite


BISNES | Wallet2U Ezypay Sdn Bhd pada 27 FEBRUARI mengumumkan kerjasamanya dengan Affin Bank Bhd untuk meningkatkan pengalaman perbankan Internet of Things (IoT).

Pengerusi Wallet2U, Tan Sri Che Md Noor Mat Arshad, berkata kerjasama itu untuk memanfaatkan platform teknologi kewangan dan momentum pembangunan IoT yang pesat.

“Kedua-dua pihak akan menumpukan kepada meningkatkan penggunaan aplikasi IoT dalam urus niaga oleh generasi muda dengan memberi tumpuan kepada aplikasinya di sekolah, universiti dan institusi pengajian lain,” katanya pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama itu.

Wallet2U diwakili oleh Che Md Noor dan Affin Bank oleh Ketua Pegawai Operasi Zulkainan Kassim.

Che Md Noor berkata syarikat menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatannya di Kedah dan Perak dalam masa terdekat.

“Perkhidmatan kami terdapat di Pulau Pinang dan Perlis, dan kini kami menyasarkan untuk memperluaskan ke negeri lain termasuk Kedah dan Perak,” katanya.

Aplikasi mudah alih itu dibangunkan untuk memberikan pengguna ekosistem pembayaran yang selamat, mudah dan lancar dengan menggunakan kod QR (maklum balas pantas), pembayaran pintar AI, pembayaran bil dan runcit serta pemindahan dana setara.

Aplikasi itu turut menyediakan platform ‘e-ride hailing’, pesanan e-makanan, mesej dan berbual dalam talian.

SUMBER: BERNAMA

Pakistani, Indian Airports Closed Amid Tensions

PHOTO: DNA India


KARACHI, Pakistan/CHANDIGARH, India: Flight operations from several Pakistani and Indian airports were shut down for an indefinite period hours after claims of shooting down of each other’s fighter jets on Wednesday, media and officials said.

Pakistan’s Civil Aviation Authority said that all international and domestic flights from the country’s major airports -- including Karachi, Peshawar, Lahore, Faisalabad, Multan and Sialkot airports -- had been suspended for an indefinite period.

The Indian government, for its part, has shut down four airports close to the India-Pakistan borders, local media and officials said.

"Srinagar, Jammu and Leh airports were among five airports closed on Wednesday for civilian air traffic shortly after an IAF [Indian Air Force] jet crashed in Kashmir’s Budgam district," the Press Trust of India, a news agency reported.

Those airports which were closed include Srinagar, Jammu, Leh (in Jammu & Kashmir) and Amritsar in Indian State of Punjab.

Local media also reported that Chandigarh airport has also been shut.

The officials, however, said that flight operations continued from Chandigarh airport. "The flight operations are on so far, " said Deepesh Joshi, the airport’s public relations officer, told Anadolu Agency.

"While the official did not specify the nature of the emergency, it is believed the step was taken in view of an IAF jet crashing in Budgam district this morning," the PTI report said.

Pakistan army on Wednesday claimed that the country’s air force has shot down two Indian fighter jets that crossed into Pakistani territory.

Meanwhile, Indian Today, a broadcaster, claimed in a report that Indian forces have shot down a Pakistani F-16 that “violated Indian airspace”.

The tension between the two nuclear neighbors has raised after Indian jets intruded into Pakistan's airspace on early Tuesday.

India had claimed that “several terrorists” were killed in preemptive action on the Jaish-e-Mohammed (JeM) camp inside Pakistan.

The Pakistani civil and military officials have rejected the claim.

SOURCE: ANADOLU NEWS AGENCY

Media Prima Raih Untung RM59 Juta


FOTO SUMBER: The Edge Markets

BISNES | Media Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, mencatatkan keuntungan selepas cukai RM59 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding kerugian RM668.7 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan itu dicapai menerusi kejayaan kepelbagaian perolehan selain strategi meringankan aset selari dengan misi transformasi kumpulan.

Prestasi memberangsangkan itu disumbangkan oleh keuntungan sekali menerusi penyelesaian perjanjian jualan dan pajak semula berjumlah RM133.1 juta.

Ketika industri media terus berdepan dengan cabaran akibat lanskap ekonomi semasa, pelaburan digital dan perdagangan Media Prima merekodkan pertumbuhan positif dalam 2018.

Perolehan digital dan perdagangan pada tahun kewangan meningkat 76 peratus kepada RM301 juta dan ini mengimbangi penurunan perolehan daripada segmen perniagaan tradisional seperti dicatatkan oleh prestasi kewangan Media Prima yang lebih baik pada tahun itu.

Perolehan kumpulan menyusut satu peratus pada 2018, berbanding penurunan tujuh peratus pada 2017.

Pencapaian dan perolehan pengiklanan digital terus berkembang di seluruh platform Media Prima.

Perolehan digital meningkat kepada RM87.9 juta dalam tahun kewangan 2018 berbanding RM41.5 juta bagi tempoh

sebelumnya, menekankan kejayaan dalam strategi digital yang meliputi kerjasama pintar dan pengambilalihan strategik.

Sorotan utama kepada transformasi Media Prima pada 2018 adalah segmen beli belah di rumah.

Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) CJ Wow Shop menjana jualan jualan keseluruhan RM213.1 juta pada 2018, meningkat 65 peratus daripada RM129.5 juta sebelumnya.

Kerjasama Media Prima dengan YouTube menghasilkan keputusan yang signifikan, apabila saluran kumpulan menyaksikan peningkatan dalam jumlah tontonan kepada 1.1 bilion pada tahun kewangan 2018.

Dalam penerbitan digital pula, REV Asia Holdings (REV Asia) mengambil alih 25 peratus pemilikan dalam Monster Scape Sdn Bhd, pemilik dan penerbit portal berita sosial berbahasa Cina, TanTanNews, sekali gus mengukuhkan kedudukan dominan dalam komuniti milenial berbahasa Cina di negara ini.

Strategi terbabit juga membolehkan kumpulan mengatasi Google dan Facebook sebagai pilihan popular kandungan mudah alih dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan data daripada syarikat penilaian media dan analitik berpejabat di Amerika Syarikat (AS), Comscore Mobile Metrix Top 100 Properties, bagi bulan Disember 2018, Media Prima berada dalam kedudukan teratas dengan 13.60 juta pelawat unik di Malaysia, meningkat 62 peratus daripada Disember 2017.

Mengulas mengenai prestasi itu, Pengerusi Kumpulannya, Datuk Mohd Nasir Ahmad, berkata peningkatan dalam prestasi kewangan membuktikan impak positif pelan transformasi Media Prima.

“Kami percaya inisiatif pada tahun kewangan 2018 berjaya membina asas yang kukuh untuk meneroka pertumbuhan baharu perolehan dan peluang pada 2019.

“Melihat ke depan, kami akan kekal fokus untuk meraih kelebihan kompetetif dalam segmen digital dan perdagangan, di samping memantau rapat kecekapan operasi yang menjadi sebahagian daripada strategi kami untuk meningkatkan nilai pemegang saham,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Khalid, berkata prestasi kukuh itu juga menunjukkan inisiatif transformasi sudah mula meningkatkan margin kumpulan dan mengimbangi kerugian daripada segmen tradisional.

“Jika dikecualikan perkara luar biasa, kumpulan merekodkan kerugian selepas cukai yang lebih rendah sebanyak 42 peratus.

“Kami percaya dengan operasi sebagai kumpulan aset ringan dan pada masa sama sebagai peserta utama dalam landskap tradisional dan digital, ia memberi kami lebih ketangkasan dan daya saing untuk berkembang pantas dalam sektor pertumbuhan utama,” katanya.

SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

ANALISIS STRATEGIK | Armada Laut Amerika Semakin Lemah, Masalah Makanan-Lojistik Meruncing, Iran Terus Beri Tekanan

  ---- Penulisan Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut ---- Apa yang sedang berlaku kepada Tentera Laut Amerika Syarikat di Timur Tengah sebenarny...