Wallet2u, Affin Bank Tingkatkan Pengalaman Perbankan IoT

FOTO SUMBER: ReadWrite


BISNES | Wallet2U Ezypay Sdn Bhd pada 27 FEBRUARI mengumumkan kerjasamanya dengan Affin Bank Bhd untuk meningkatkan pengalaman perbankan Internet of Things (IoT).

Pengerusi Wallet2U, Tan Sri Che Md Noor Mat Arshad, berkata kerjasama itu untuk memanfaatkan platform teknologi kewangan dan momentum pembangunan IoT yang pesat.

“Kedua-dua pihak akan menumpukan kepada meningkatkan penggunaan aplikasi IoT dalam urus niaga oleh generasi muda dengan memberi tumpuan kepada aplikasinya di sekolah, universiti dan institusi pengajian lain,” katanya pada majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama itu.

Wallet2U diwakili oleh Che Md Noor dan Affin Bank oleh Ketua Pegawai Operasi Zulkainan Kassim.

Che Md Noor berkata syarikat menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatannya di Kedah dan Perak dalam masa terdekat.

“Perkhidmatan kami terdapat di Pulau Pinang dan Perlis, dan kini kami menyasarkan untuk memperluaskan ke negeri lain termasuk Kedah dan Perak,” katanya.

Aplikasi mudah alih itu dibangunkan untuk memberikan pengguna ekosistem pembayaran yang selamat, mudah dan lancar dengan menggunakan kod QR (maklum balas pantas), pembayaran pintar AI, pembayaran bil dan runcit serta pemindahan dana setara.

Aplikasi itu turut menyediakan platform ‘e-ride hailing’, pesanan e-makanan, mesej dan berbual dalam talian.

SUMBER: BERNAMA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...