RHB Bank Untung RM2.305 Bilion

FOTO SUMBER: nst.com.my

KEWANGAN | RHB Bank Bhd mencatat untung bersih RM565.42 juta bagi suku kewangan keempat berakhir 31 Disember 2018, meningkat berbanding RM409.07 juta suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan pada suku dikaji meningkat kepada RM3.309 bilion berbanding RM3.074 bilion suku sama tahun sebelumnya.

Bank itu mencatat keuntungan bersih terkumpul berjumlah RM2.305 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan 2018, meningkat berbanding RM1.950 bilion tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat kepada RM12.690 bilion berbanding RM11. 869 bilion setahun lalu, demikian menurut kenyataan yang difailkan bank itu di Bursa Malaysia.

Bank itu berkata, peningkatan keuntungan itu disumbang peningkatan dalam pendapatan berasaskan dana bersih sebanyak 8.5 peratus kepada RM4.94 bilion berbanding setahun lalu.

Selain itu katanya, ia turut disumbang peningkatan dalam pendapatan bukan berasaskan dana sebanyak 1.8 peratus kepada RM1.86 bilion, disumbang sebahagian besarnya oleh keuntungan tukaran asing dan dagangan, dan pendapatan pelaburan.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...