Malaysia Airlines Tawar Tambang Serendah RM59 Sehala

    Logo: Malaysia Airlines


Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan serendah RM59 sehala serta diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej MHholiday sempena dengan kebenaran rentas negeri bermula 11 Oktoberr 2021/Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines berkata kebenaran rentas negeri itu akan memberi dorongan hebat kepada perniagaan dan meningkatkan kembali sosio-ekonomi negara.

Beliau berkata, kumpulan meraikan kelonggaran sekatan perjalanan antara negeri dengan memberi tawaran istimewa kepada pelanggan Malaysia Airlines.

"Kami menantikan kedatangan pelanggan dengan jaminan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan. Kumpulan melihat tempahan tiket penerbangan semakin memberangsangkan, mencerminkan keyakinan pelanggan dan permintaan yang tinggi untuk perjalanan.

"Malaysia Airlines merekodkan peningkatan lebih daripada 500 peratus tempahan sejak pembukaan semula gelembung pelancongan di Langkawi," kata Kapten Izham Ismail dalam kenyataan media pada 10 Oktober 2021/Ahad.

Beliau berkata selain itu, cabang operasi pelancongan MHholidays juga menunjukkan trend menaik dengan pakej percutian terjual lebih 100 peratus daripada sasaran kami.

"Malaysia Airlines tetap komited berkhidmat untuk negara dan akan meningkatkan kekerapan penerbangan domestik bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Tawaran istimewa Malaysia Airlines itu bermula dari hanya RM59 bagi kelas ekonomi untuk sehala ke semua destinasi dalam Semenanjung Malaysia. Bagi ke Sarawak dan Sabah pula, tiket penerbangan bermula dari RM109 dan RM159.

Mengulas lanjut, Izham berkata, tawaran istimewa itu juga merangkumi elaun bagasi kabin tujuh kilogram (kg), makanan ringan, makanan dan minuman percuma serta hiburan dalam penerbangan.

Beliau berkata, tawaran itu sah untuk tempahan bermula 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 untuk perjalanan segera sehingga 21 April 2022.

Pelanggan juga katanya boleh memilih tambang Economy Flex untuk menikmati faedah perjalanan premium, termasuk penukaran tarikh tanpa had percuma, pengembalian wang secara percuma tanpa bayaran, fleksibiliti Go Show, keutamaan daftar masuk dan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 35 kg.

Sementara itu, katanya cabang operasi pelancongannya, MHholidays, memberikan tawaran sehingga 50 peratus dengan

Kempen Breakfree Deals pada pakej penerbangan dan hotel untuk percutian di seluruh negara bermula RM249.

"Dari sudut keselamatan pula, kesemua anak kapal sudah mendapat vaksin lengkap. Malah Malaysia Airlines turut diberi penarafan tujuh bintang untuk langkah-langkah kesihatan dan keselamatan COVID-19 dari AirlineRatings," katanya.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...