AirAsia Tawar Tambang Serendah RM12

   Sumber Grafik: AirAsia


AirAsia menawarkan tambang rendah dari RM12 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu susulan permulaan pembukaan perjalanan domestik.

Syarikat penerbangan tambang murah itu pada kenyataan media pada 11 Oktober 2021/Isnin berkata penerbangan ini sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ bermula 11 Oktober hingga 17 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Para penumpang yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan.

Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank airasia boleh menempah lebih awal dari jam 10 pagi pada 10 Oktober 2021.

Para penumpang juga boleh menikmati penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan dan hotel oleh SNAP, termasuk penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel.

Jualan kilat SNAP juga akan berlangsung pada 13-15 Oktober 2021, yang menawarkan penerbangan beserta penginapan hotel di Pulau Pinang dengan hanya RM179 seorang. 

Klik pada ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk tempahan.

Semua hotel yang tersenarai di SNAP dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dan mematuhi SOP yang ketat.

Bagi mereka yang memilih untuk membuat tempahan hotel secara berasingan, nikmati diskaun tambahan 10% untuk semua hotel dengan kod promosi AAHOTEL10 pada ikon ‘Hotels’ di airasia Super App untuk tempahan dari sekarang hingga 17 Oktober 2021 dan tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

AirAsia akan mengendalikan sebanyak 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik dengan mengendalikan 21 kali mingguan operasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru (10 kali mingguan), Kuala Terengganu (28 kali mingguan) dan Kota Bharu (35 kali mingguan).

Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah apabila permintaan perjalanan meningkat seiring dengan pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat dan tertakluk kepada persetujuan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, para tetamu yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk menikmati diskaun sebanyak RM50 bagi mana-mana penerbangan domestik AirAsia Malaysia untuk tempahan antara 4 Oktober 2021 dan 17 Oktober Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 4 Oktober 2021 hingga 30 November 2021.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, syarikat penerbangan tambang murah ini akan terus bekerjasama dengan semua pengawal selia yang relevan, badan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan.


Berikut adalah kenyataan media penuh AirAsia :


KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2021 - AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 12 tahun berturut-turut kini bersedia untuk kembali menyambut para tetamu, berikutan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula perjalanan domestik dan aktiviti pelancongan. 

AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan status vaksinasi melalui MySejahtera, dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi - menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya.

Sebagai permulaan pembukaan perjalanan domestik, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik. AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK) akan beroperasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (21x mingguan), Johor Bahru (10x mingguan), Kuala Terengganu (28x mingguan) dan Kota Bharu (35x mingguan). Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah apabila permintaan perjalanan meningkat seiring dengan pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat dan tertakluk kepada persetujuan daripada pihak berkuasa. 

 Nikmati tambang rendah yang tiada tandingan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu dari hanya RM12 sehala*. Penerbangan sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 17 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan. Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank airasia boleh menempah lebih awal dari jam 10:00 pagi pada 10 Oktober 2021.

Para tetamu juga boleh menikmati penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan dan hotel oleh SNAP, termasuk penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel. Jualan kilat SNAP juga akan berlangsung pada 13-15 Oktober 2021, yang menawarkan penerbangan beserta penginapan hotel di Pulau Pinang dengan hanya RM179 seorang. Klik pada ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk tempahan. Semua hotel yang tersenarai di SNAP dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dan mematuhi SOP yang ketat.

Bagi mereka yang memilih untuk membuat tempahan hotel secara berasingan, nikmati diskaun tambahan 10% untuk semua hotel dengan kod promosi AAHOTEL10 pada ikon ‘Hotels’ di airasia Super App untuk tempahan dari sekarang hingga 17 Oktober 2021 dan tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Sementara itu, para tetamu yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk menikmati diskaun sebanyak RM50 bagi mana-mana penerbangan domestik AirAsia Malaysia untuk tempahan antara 4 Oktober 2021 dan 17 Oktober Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 4 Oktober 2021 hingga 30 November 2021. Maklumat penuh penebusan tersedia di laman web airasia, tertakluk pada terma dan syarat. E-baucar masih boleh ditebus, bergantung kepada asas layan dahulu. 

 Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Sekalung tahniah dan penghargaan kepada kerajaan di atas kejayaan melaksana program vaksinasi nasional yang membolehkan pembukaan sektor perjalanan domestik dengan selamat. AirAsia akan terus bekerjasama dengan semua pengawal selia yang relevan, badan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan.

“AirAsia menerajui sistem tanpa sentuhan dengan mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App untuk semua tetamu. Selain boleh mengesahkan dokumen kesihatan secara segera melalui integrasi dengan aplikasi MySejahtera, sistem canggih ini juga membolehkan mereka melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan kami seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas dan merupakan salah satu kunci untuk membendung penyebaran Covid-19 dan virus lain. 

“airasia Super App adalah aplikasi terbaik kerana ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang anda akan perlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan. Anda juga boleh mendapatkan tawaran perjalanan terbaik dan menikmati pelbagai perkhidmatan gaya hidup lain seperti perkhidmatan penghantaran makanan, e-panggilan, membeli-belah dalam talian, perkhidmatan teknologi kewangan dan banyak lagi.

“Tidak lama lagi, AirAsia akan melancarkan FACES, sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan yang akan menjadikan proses perlepasan lebih pantas dan efisien. Kami sarankan semua orang untuk mendaftar untuk menggunakan FACES sekarang dengan beberapa langkah mudah di airasia Super App. Apabila anda tiba di lapangan terbang, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter perkhidmatan untuk mengesahkan pendaftaran FACES dengan dokumen perjalanan anda dan anda tidak perlu lagi menggunakan sebarang dokumen di atas kertas untuk penerbangan seterusnya.”

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama satu tahun setengah untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk membuat perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus.

Ikuti perkembangan dan tawarkan terkini airasia Super App di @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang. 

*Tempat duduk percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM dan lain-lain bayaran yang mungkin dikenakan.

Tertakluk kepada terma dan syarat lain.


TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...