10,000 Petugas Siap Sedia Terima Kunjungan Dunia Ke Makkah

FOTO SUMBER: MATAF EXPANSION PROJECT


MAKKAH: Setiap kali musim Ramadan, Makkah dan Madinah menerima kehadiran kunjungan masyarakat Islam seluruh dunia bagi mengerjakan ibadah umrah serta ibadah di sepanjang musim Ramadan.

Untuk tujuan itu, semua organisasi kerajaan dan swasta di Arab Saudi sudah bersiap sedia untuk menyambut jemaah yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan ini.

Agensi Berita Tempatan Portal Saudi Gazette melaporkan Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal melaporkan, barisan pentadbiran bandar raya ini bersedia untuk menempatkan semua tenaga kerja, bantuan kewangan dan sumber teknikal bagi memastikan para jemaah dapat melakukan umrah dengan lancar serta tenang.

Jelasnya, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah mengeluarkan arahan kepada semua pihak yang terlibat supaya menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah yang mengunjungi Mekah.

Sehubungan itu, lebih 10,000 petugas wanita dan lelaki serta petugas bermusim diarahkan untuk membantu para jemaah memenuhi keperluan mereka sepanjang berada di Mekah dalam bulan Ramadan.

Para petugas berkenaan juga diberi tanggungjawab memastikan seluruh kawasan Masjidilharam dalam keadaan bersih dan selamat.

FOTO SUMBER: MATAF EXPANSION PROJECT

Ketua Hal Ehwal Dua Kota Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan bahawa pihaknya menyediakan pelan Ramadan yang akan berlanjutan sehingga 29 Jun atau 15 Syawal.

Beliau berkata, pihaknya akan menaik taraf pintu utama dan tangga bergerak di sekitar Masjidilharam bagi kegunaan para jemaah.

Terdapat kira-kira 210 pintu dan 28 tangga bergerak di Masjidilharam, selain sebanyak 38 pintu masuk untuk golongan yang memerlukan dan tujuh lagi bagi golongan wanita.

Kawasan suci itu juga dilengkapi dengan tujuh jambatan yang dihubungkan dengan laluan khas bagi membawa jenazah untuk disembahyangkan dalam Masjidilharam sebelum dikebumikan.

Masjidilharam juga mempunyai 660 stesen air zamzam dan 25,000 bekas untuk mengisi air tersebut.

FOTO SUMBER: MATAF EXPANSION PROJECT

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Arab Saudi mengarahkan tarikh untuk menyaksikan anak bulan Ramadan bersamaan dengan 15 Mei.

Arahan mahkamah itu juga menyebut mana-mana pihak yang dapat melihat anak bulan sama ada menerusi mata kasar mahupun menggunakan teropong perlu melaporkan perkara berkenaan kepada mahkamah berhampiran dan mendaftarkan testimoninya kepada pihak berkuasa.

SUMBER: SAUDI GAZETTA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...