Foto Sumber: Kompas.com |
INFO PENERBANGAN: Malaysia Airlines (MAS) bakal memindahkan operasinya daripada Terminal 2 ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bermula 9 April 2018.
BERNAMA melaporkan, Pengurus Besar Eksekutif, M Suriawan Wakan, berkata lapangan terbang berkenaan menyokong perpindahan itu dan meminta penumpang untuk memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket ketika hendak berlepas.
"Kepada penumpang, sila pastikan terminal dan pintu untuk berlepas begitu juga maklumat yang dihebahkan di lapangan terbang," katanya.
Menurut agensi berita Antara, syarikat penerbangan yang sudah beroperasi di Terminal 3 adalah Garuda Indonesia, Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines, Korean Airlines, Xiamen Air, China Airlines, China Southern, Korean Air dan AirAsia.
Foto Sumber: Kompas.com |
Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta direka bentuk sebagai lapangan terbang transit terbesar di Asia Tenggara.
Lapangan terbang berkenaan mendigitalkan beberapa operasinya seperti tempat meletak kenderaan elektronik, sistem pengurusan orang ramai, Wi-Fi percuma, mesin daftar masuk, papan maklumat digital, e-kiosks dan pintu imigresen berautomasi.
Selain kemudahan itu, Terminal 3 dihubungkan dengan Terminal 2 melalui sky train.
Foto Sumber: Rilitas |
Fakta Berkenaan Terminal 3
1. Sempat disebut Terminal 3 Ultimate
Penggunaan kata 'ultimate' ternyata dikritik banyak orang kerena berasal daripada bahasa Inggeris yang bererti paling akhir atau mutakhir. Hingga akhirnya pada Jun 2016 ketika bandara belum beroperasi, pihak Angkasa Pura II menghapus kata ultimate pada Terminal 3.
Kata ultimate sendiri dicantumkan karena sebelumnya Terminal 3 merupakan projek pengembangan dari Terminal 3 lama yang digunakan khusus oleh syarikat penerbangan Air Asia.
2. Keluasannya Mengalahkan Terminal 3 Changi, Singapura
Terminal 3 memiliki jumlah keluasan luas 422.804 meter persegi. Dengan luas bangunan sekitar 331.101 meter persegi, gedung parkir 85.878 meter persegi, dan bangunan penumpang VVIP 6.124 meter persegi.
Luas Terminal 3 lebih besar dari Terminal 3 Bandara Changi Singapura, namun masih kalah dengan Terminal 4 Changi yang memiliki luas setara 27 lapangan sepak bola.
3. Dilengkapi Fasiliti Canggih
Terminal 3 menggunakan teknologi canggih yang mirip dengan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Misalnya mesin bagasi automatik atau Baggage Handling System (BHS), mesin check in, mesin pendeteksi bahan peledak iaitu BHS level 5, CCTV yang terdapat di 500-600 titik, WiFi dengan kecepatan 50 MBPS, Fully Intelligence Building Management System (IBMS) iaitu teknologi automatik untuk gedung ramah lingkungan, teknologi pencahayaan sesuai keadaan cuaca, dan rain water system yang menyaring air hujan jadi air bersih.
4. Ada Banyak Karya Seni
Layaknya galeri seni, ada banyak lukisan dan seni instlasi yang diletakkan di Terminal 3. Rata-rata adalah karya seniman tempatan Indonesia. Salah satu yang paling sensasi adalah lukisan yang mirip tokoh PKI, DN Aidit.
5. Syarikat Penerbangan Yang Beroperasi di Terminal 3
Awal beroperasi, Terminal 3 pertama kali diisi oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia. Setelah itu diikuti oleh syarikat penerbangan lain seperti Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines , Korea Airlines, dan Xiamen Airlines.
Foto Sumber: Solopos.com |
6. Kepelbagaian Pilihan Restoran
Ada banyak pilihan restoran di Terminal 3. Seperti Kulinari Food Market, di mana terdapat kedai nasi padang, sup, Baso Afung, kedai kopi Liberica dan Warung Koffie Batavia, Waroeng Kita, Ramen Sanpachi, Warung Tekko, Holycow, Hong Tang, Roti Papabunz, sampai jajan pasar tradisional Bekal dari Ibu.
Terminal 3 juga dilengkapi mini market, toko elektronik dan toko buku yang khabar gembiranya dekat dengan pintu keberangkatan.
Foto Sumber: Dream |
7. Ada Skytrain Untuk Penghubung Ke Terminal Lain
Skytrain berfungsi untuk menghubungkan penumpang untuk berpindah dari Terminal 1, 2, dan 3 Bandara Soekarno Hatta. cSkytrain dioperasikan tanpa awak dan mulai beroperasi pada September 2017.
Foto Sumber: The Jakarta Post |
SUMBER:
1. BERNAMA
2. KOMPAS.COM