Facebook Kemas Kini Tetapan Halang Kebocoran Data

Foto Sumber: Vietnam Investment Review

GLOBAL: Bagi mengatasi isu kebocoran data peribadi pengguna laman media sosial, Facebook kini memperkenalkan alat dan tetapan privasi baharu bagi membolehkan pengguna mengawal bagaimana maklumat dikongsi.

REUTERS melaporkan ciri-ciri baharu itu susulan kritikan hebat terhadap gergasi media sosial itu selepas ia mendedahkan bahawa data peribadi hampir 50 juta pengguna digunakan oleh sebuah syarikat British yang dikaitkan dengan kempen Presiden Donald Trump pada 2016.

Facebook maklum bahawa ia perlu melakukan lebih banyak perkara bagi memastikan orang ramai mengetahuinya namun berkata perubahan itu "telah melalui kerja-kerja untuk beberapa ketika."

"Kami mendengar dengan jelas bahawa tetapan privasi dan alat penting lain sukar dicari," kata Ketua Pegawai Privasi, Erin Egan dan Timbalan Peguam Am, Ashlie Beringer dalam catatan blognya.

"Kami mengambil langkah tambahan dalam tempoh beberapa minggu lagi untuk membenarkan pengguna mengawal privasi mereka."

BACA: Kebocoran Data: Pengguna Facebook Boleh Dapat Hampir RM70,000!

Akses Lebih Mudah Pengguna

Kemas kini itu termasuk akses yang lebih mudah ke tetapan pengguna Facebook untuk mencari, memuat turun dan memadan data peribadi yang disimpan di laman web itu yang turut digunakan oleh dua bilion pengguna.

Facebook berkata, menu pintasan privasi baharu itu akan membolehkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dengan cepat, mengurus siapa yang dapat melihat maklumat dan aktiviti mereka di laman web dan mengawal iklan yang dilihat.

Polisi data dan syarat perkhidmatan Facebook dikemas kini untuk meningkatkan ketelusan mengenai bagaimana laman web mengumpul dan menggunakan maklumat, menurut Beringer dan Egan.

Rangkaian sosial itu berkata, ia juga menutup 'Kategori Rakan Kongsi', satu ciri yang membolehkan sasaran iklan yang lebih tepat dengan menggabungkan maklumat dari Facebook dengan data yang ditetapkan oleh syarikat luar seperti Experian dan Acxiom.

Awal bulan ini, Christopher Wylie mendedahkan syarikat perundingan politik Cambridge Analytica memperoleh maklumat 50 juta pengguna Facebook menerusi aplikasi ramalan personaliti penyelidik akademik.

Aplikasi ini dimuat turun oleh 270,000 orang, namun ia juga turut mencuri data rakan tanpe persetujuan - seperti yang digariskan di bawah peraturan Facebook pada masa itu. 


SUMBER:
1. REUTERS

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...