Pesawat Iran Aseman Airlines Bawa 66 Penumpang & Krew Terhempas

Photo By: FLIGHT RADAR24


GLOBAL: Kesemua 66 penumpang dan kru maut apabila sebuah pesawat Iran terhempas di kawasan pergunungan di Zagros di Iran, menurut jurucakap syarikat penerbangan itu kepada televisyen kebangsaan.

"Selepas misi pencarian di kawasan berkenaan, duka cita dimaklumkan bahawa kapal terbang itu terhempas dan semua penumpang terkorban dalam insiden ini," kata Pengarah Perhubungan Awam Aseman Airlines, Mohammad Tabatabai kepada IRIB. 

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sebuah pesawat membawa lebih 50 penumpang terhempas di pergunungan Zagros, Iran, kata ketua perkhidmatan kecemasan negara itu kepada media.

Pir Hossein Koolivand memberitahu agensi berita Fars, "Pesawat itu terhempas di kawasan Semirom dan semua perkhidmatan kecemasan diletakkan dalam keadaan bersedia.

"Pesawat membawa 50 hingga 60 penumpang,"katanya.

Kapal terbang itu dilaporkan terbang dari Tehran ke pekan Yasuj di wilayah Isfahan. Semirom terletak di rantau barat daya Iran, kira-kira 480 kilometer di selatan ibu negaranya.

Ketua Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Luar Parlimen, Aladin Borujderdi turut mengesahkan kejadian itu kepada agensi berita separa rasmi, ISNA.

"Pesawat ATR Penerbangan Aseman membawa 60 penumpang dan enam anak kapal hilang dari radar pagi ini.

"Pemerhatian pihak kami di kawasan itu mendapati ia terhempas," katanya.

Jurucakap perkhidmatan keselamatan kebangsaan, Mojtaba Khaledi mengesahkan kepada ISNA, helikopter sudah dihantar ke kawasan itu.

"Kami tidak dapat menghantar ambulan berikutan lokasi tragedi di kawasan pergunungan," katanya. 

SUMBER: AFP

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...