Kereta Kabel Gunung Machinchang Langkawi Rosak, Apa Nasib 850 Pelancong?

Gambar: BERNAMA




NASIONAL: LANGKAWI: Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini mengalami kerosakan sejak lewat petang ini.

Agensi Berita BERNAMA melaporkan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata 50 orang daripada mereka berada di dalam kereta kabel manakala selebihnya berada di stesen puncak pertama di Gunung Machinchang, yang setinggi 713 meter itu.

Beliau berkata sepasukan 16 orang petugas Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisham Ibrahim bergegas ke tempat kejadian di Oriental Village, Teluk Burau di sini selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.53 petang in

"Setibanya di tempat kejadian pada 7.06 malam, pasukan itu membantu pekerja syarikat kereta kabel untuk membawa alat ganti ke stesen puncak pertama dengan cara mendaki gunung itu," katanya.

Menurutnya kerosakan itu dijangka dapat dibaiki dalam tempoh dua hingga tiga jam.


Gambar: BERB|NAMA


Sementara itu BH ONLINE melaporkan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar, berkata seramai 16 anggota bersama tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.

"Berdasarkan maklumat awal, seramai 50 orang terperangkap dalam gondola dan lebih 800 orang terkandas di stesen pertama di gunung itu.

"Sejurus tiba anggota bomba membantu kakitangan SkyCab untuk membawa peralatan dan alat ganti ke stesen pertama bagi tujuan membaiki kerosakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Mustakim berkata, anggota bomba dan kakitangan SkyCab perlu mendaki gunung untuk sampai ke stesen pertama bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan.

"Kerja-kerja membaik pulih dijangka mengambil masa antara dua dan tiga jam.

"Keadaan ketika ini terkawal dan operasi masih berjalan," katanya.

TERKINI: [Kemaskini] Kereta kabel Langkawi rosak: 89 pelancong terkandas selamat dibawa turun - CEO LADA 

Semua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi (18 Februari)

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi), memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

"Operasi SkyCab tergendala berikutan gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.


"Ketika kejadian, seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 gondola sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam," katanya dalam satu kenyataan.

SUMBER:  

1.BERNAMA
2. BH ONLINE

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...