Perang Harga: U Mobile Tawar Pelan Insurans GOLIFE 6, Maxis Tawar Pascabayar RM30 Sebulan

Foto Sumber: U Mobile/ MAXIS


INFO TELEKOMUNIKASI: Tawaran dikemukakan memang menarik, unik dan lain-lain daripada yang lain. Jika selama ini penyedia perkhidmatan telekomunikasi hanya menyediakan khidmat telekomunikasi tetapi U-Mobile menyediakan khidmat berbeza.

Terbaharu, Penyedia telekomunikasi, U Mobile Sdn Bhd, bakal menawarkan langganan percuma produk insurans mikro pertama syarikat, GOLIFE 5 selama dua bulan kepada pelanggannya.

U Mobile berkata, GOLIFE 5 adalah satu daripada dua produk insurans mikro yang ditawarkan syarikat berkenaan bermula 27 Februari 2018, yang menawarkan perlindungan insurans bernilai RM5 setiap bulan.

Langganan percuma GOLIFE 5 itu membekalkan pelanggan dengan perlindungan insurans sehingga RM18,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD).

"Selain itu, perlindungan insurans sehingga RM36,000 untuk kematian atau TPD berpunca daripada penyakit berjangkit yang spesifik seperti demam denggi, demam chikungunya, malaria, Ensefalitis Jepun (JE), selesema Avian atau jangkitan virus Zika," katanya dalam kenyataan media.

U Mobile berkata, selain GOLIFE 5, pelanggan juga boleh memilih GOLIFE 10 yang menawarkan perlindungan sehingga RM76,000 dengan bayaran premium RM10 setiap bulan.

"Usia minimum bagi permohonan pelan GOLIFE adalah 18 tahun dan maksimum 45 tahun.

"Pelan GOLIFE 5 dan GOLIFE 10 ditawarkan kepada pelanggan U Mobile yang layak bermula hari ini.

"Orang ramai boleh melayari laman web rasmi U Mobile di pautan www.u.com.my atau menggunakan aplikasi MyUMobile untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dua pelan berkenaan," katanya.

"Mengulas lanjut, katanya, bagi pelanggan yang dipilih untuk langganan insurans GOLIFE 5 secara percuma selama dua bulan, mereka akan menerima satu pemberitahuan melalui aplikasi MyUMobile.

Foto Sumber: Malay Mail Online


Hotlink Lancar Pelan Pasca Bayar Serendah RM30 sebulan

Sementara itu, Maxis Berhad, melancarkan Hotlink Postpaid Flex yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi memudahkan pelanggan memiliki pelan pascabayar pada harga serendah RM30 sebulan.

Bermula dari RM30 sebulan dengan panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian serta percuma 1GB data, Hotlink Postpaid Flex dijangka menjadi pilihan pengguna prabayar.

Ketua Prabayar Maxis, Navin Manian berkata, tiada kontrak dan caj tersembunyi bagi Hotlink Postpaid Flex dan lebih menarik ia memberi lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan.

Katanya, dengan Hotlink Postpaid Flex pelanggan juga boleh mencipta sendiri pelan internet mereka menerusi pakej yang disediakan.

"Terdapat trend dalam kalangan pengguna prabayar yang beralih kepada pascabayar dan kami menjangkakan ia akan berterusan terutama dengan pengenalan pelan pascabayar yang lebih komprehensif.

"Kami berharap Hotlink Postpaid Flex ini menjadi pilihan pengguna bukan saja pelanggan prabayar Hotlink, malah terbuka untuk orang ramai yang sedang mencari pelan pascabayar bersesuaian dengan keperluan masing-masing," katanya kepada media.

Navin berkata, pihaknya melihat amat penting untuk memberi pelanggan kebebasan menggunakan Internet mengikut cara mereka sendiri dan Maxis kini telah berubah dari jenama yang memfokus produk kepada memberi tumpuan terhadap pelanggan menerusi pengenalan Dunia Hotlink yang baharu.

Beliau berkata, Hotlink Postpaid Flex adalah pelan pascabayar pertama seumpamanya di pasaran yang menawarkan kelebihan bagi pengguna prabayar dan pascabayar sekali gus memberi pelanggan menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

"Kami memberi kuasa kepada pelanggan menikmati internet secara fleksibel tanpa sebarang batasan yang mana mereka boleh menambah pakej penuh bernilai RM25 (percuma 5GB data) atau pakej sosial (RM10), muzik (RM10) dan borak (RM5)," katanya.

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink Postpaid Flex boleh melayari www.hotlink.com.my/postpaid.


SUMBER: BH ONLINE

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...