Foto Sumber: Express.co.uk |
CUACA: LONDON : Peta cuaca terkini menunjukkan Britain menunjukka untuk beberapa hari berlakunya gangguan perjalanan apabila suhu jatuh dan ribut salji melada Britain.
SKY NEWS melaporkan lebih 200 perjalanan kereta api mengalami gangguan dan lebih 60 penerbangan terpaksa dibatalkan apabila salji tebal dan ribut yang melanda sebahagian kawasan di Britain sejak Isnin.
Jabatan kaji cuaca turut meramalkan suhu yang lebih sejuk dalam tempoh masa terdekat dengan beberapa jadual perjalanan kereta api terpaksa dibatalkan susulan salji tebal berkenaan.
Cuaca sejuk melampau dijangka menyebabkan peningkatan jumlah pesakit dirawat di hospital serta keadaan sama dijangka akan melanda England, Scotland dan Ireland.
Sebelum ini media melaporkan keadaan itu diramal berlaku pada minggu ini gara-gara angin yang digelar 'Gergasi dari Timur' melewati negara itu.
Foto Sumber: SKY NEWS |
Jutaan penduduk mula menyedari suhu sudah mula jatuh sejak 22 Februari lalu apabila udara semakin sejuk dan berangin, namun keadaan akan bertambah buruk tidak lama lagi.
United Kingdom mungkin akan menempuh bulan Mac tersejuk dalam sejarah apabila angin Siberia singgah di negara berkenaan.
Antara kawasan yang terlibat adalah selatan, timur, timur laut dan barat laut England; Yorkshire; Humber; timur dan barat Midlands; Wales; London; Northern Ireland dan Scotland.
Pegawai di pejabat meteorologi Martin Bowles berkata, bacaan suhu akan jatuh serendah -5 darjah Celsius di London pada Ahad malam dan alji turut akan turun bermula Isnin hingga Selasa.
Suhu serendah -8 darjah Celsius pula dijangka melanda di seluruh negara tersebut.
"Kali terakhir suhu serendah ini adalah pada 2013.
"Ia adalah pelik, terutamanya ia berlaku pada hujung musim sejuk.
"Kami merujuk 1 Mac sebagai hari pertama musim bunga dan sudah tentu 1 Mac akan berada di tengah-tengah 'sumpahan' kesejukan ini.
"Jadi, musim bungan akan ditangguhkan kepada beberapa minggu lagi," katanya.
SUMBER: SKY NEWS