PENDEDAHAN: Fakta Yang Perlu Diketahui Semasa Penerbangan

Photo: Business Insider


7 Syarikat Penerbangan Dunia Yang Mengharamkan Arak 

1. Saudi Airlines
2. Kuwait Airways
3. Pakistan International Airlines
4. Royal Brunei Airlines
5. Iran Air
6. Egypt Air
7. Rayani Air


MAKAN DI DALAM PESAWAT

Penulis Gastrophysics: The New Science of Eating, Charles Spence turut menyokong laporan itu dan mendakwa makanan dalam pesawat tinggi dengan kandungan gula dan garam.

"Udara yang rendah dan kering dalam kabin serta bunyi kuat enjin pesawat menyebabkan penumpang tidak dapat merasa atau menghidu makanan dan minuman.

"Jadi, gula dan garam perlu ditambah sebanyak 20 hingga 30 peratus agar rasanya sama seperti ketika berada di atas tanah," ujar Spence.

Selain itu, satu laporan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) turut mendedahkan lapan pesawat gagal dalam saringan standard melibatkan aspek kebersihan air.

Disebabkan itu, kebanyakan pembantu penerbangan tidak minum ketika berada dalam pesawat kerana mereka sudah sedia maklum mengenai hal ini.

MENGAMBIL UBATAN DALAM PENERBANGAN

Persatuan Perubatan Austalia tidak menggalakkan ibu bapa memberi ubat berkenaan kerana ia kadang kala mempunyai kesan berlawanan yang membuat kanak-kanak tidak mahu tidur dan menjadi lebih aktif.

Antihistamines jenis ini juga boleh memberi tekanan kepada pernafasan. Ditambah pula dengan persekitaran oksigen dalam pesawat yang rendah, ia pastinya sangat berbahaya.

Jika anda atau mana-mana ahli keluarga memerlukan pil penenang sewaktu menaiki pesawat, sebolehnya elakkan penggunaan antihistamine.

Sebaiknya, rujuk doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan yang lebih sesuai.

Antaranya ialah tablet tidur mengikut preskripsi seperti melatonim, ataupun penawar semula jadi seperti herba valerian.

Artikel ini ditulis oleh Nial Wheate, Professor Madya dan Pengarah Program Graduan Farmasi di University of Sydney dan diterbitkan dengan kebenaran oleh The Conversation. -The Sun UK


WAKTU TERBAIK GUNA TANDAS PESAWAT

Atendan penerbangan, Erika Roth menjelaskan kepada Readers Digest bahawa masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara.

Dia menerangkan bahawa masa terbaik itu juga ketika juruterbang baru sahaja memadamkan isyarat tali pinggang keledar, tetapi sebelum minuman dihidangkan.

Penumpang lain tidak akan berebut untuk menggunakan tandas, kerana penerbangan baru sahaja berlepas dan dengan itu beratur panjang dapat dielakkan.

Menunggu sebelum perkhidmatan minuman dihidang juga bermaksud tidak menghalang perjalanan troli di lorong.

Ramai penumpang juga mungkin tidak selesa meninggalkan tandas selepas menggunakannya kerana ia berbau.

Salah satu cara yang digunakan kru untuk menghilangkan bau busuk adalah dengan menuang kopi ke tandas atau menggunakan beg kopi granul.

SUMBER: expressUK

Kod Rahsia Penumpang Meninggal Dalam Penerbangan

Kod yang merupakan 'perkataan' itu sentiasa menjadi rahsia sesama kakitangan, tetapi menurut The Mirror, Ketua Editor 'US Funerals Online', Sara Marsden mendedahkan bahawa kakitangan American Airlines menggunakan nama 'Jim Wilson'.

Bagi penerbangan Virgin Australia, mereka enggan memberi komen mengenai prosedur dalaman. Qantas pula tidak dapat memberi tindak balas sehingga artikel ini disiarkan.

Walau bagaimanapun, seorang bekas kakitangan Qantas memberitahu bahawa tiada sebarang kod untuk prosedur kematian dalam penerbangan dan kakitangan pada umumnya hanya merujuk si mati dengan nama sebenarnya.

Katanya, sekiranya berlaku kematian, tempat duduk itu akan dibiarkan dalam keadaan separa baring, mayat ditutup dengan selimut dan mata ditutup dengan penutup mata. -Mamamia


FAKTA FOBIA JADI PENUMPANG PESAWAT

Ahli terapi, Christopher Paul Jones telah menyenaraikan mitos paling biasa mengenai perjalanan udara, bagi membuktikan kepada golongan ini bahawa mereka tidak perlu bimbang untuk menaiki pesawat.

Jones, juga dikenali sebagai 'The Breakthrough Expert', pakar dalam membantu orang ramai mengatasi ketakutan dan kebimbangan terbesar mereka.

1. Terbang di udara pada kelajuan 500 batu sejam, 36,000 kaki dari darat berbahaya, tetapi hakikatnya, perjalanan udara sebenarnya jauh lebih selamat berbanding mod pengangkutan darat.

Menurut Jones, kemungkinan untuk anda meninggal dunia dalam kemalangan pesawat adalah satu dalam 11 juta.

2. Anda mempunyai 95.7 peratus kemungkinan terselamat dari nahas pesawat. Kebanyakan penumpang bertahan dan selamat dalam nahas kerana kemahiran juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan ketepatan dan keselamatan luar biasa.

3. Juruterbang yang paling berpengalaman pun tidak mampu mengalahkan gelora udara yang kuat, tetapi ia sebenarnya tidak menimbulkan kemungkinan kemalangan.

Pesawat bergoyang hanyalah disebabkan ia melanggar 'poket udara' dan juruterbang anda sepenuhnya bersedia untuk itu.

Menurut Patrick Smith dari 'Ask The Pilot', jumlah kemalangan pesawat yang disebabkan oleh pergolakan boleh dihitung dengan jari sebelah tangan.

4. Kemungkinan sayap pesawat terjatuh semasa penerbangannya hampir sama dengan sifar.

Semua sayap telah diuji sebelum pesawat dibenarkan untuk berlepas, jadi jika ia akan jatuh, ia akan berlaku di darat.

Boeing mempunyai 'ujian pergerakan sayap' di mana sayap Boeing 787 dinaikkan ke atas pada ketinggian 25 kaki, membuktikan bahawa ia boleh berdepan sehingga 150 peratus pergerakan semasa peristiwa paling melampau.


4. JOnes mencatatkan bahawa terdapat kira-kira 100,000 penerbangan setiap hari di seluruh dunia dan walaupun dengan bilangan yang tinggi, kita tidak akan mendengar kemalangan komersial walaupun satu, setiap hari. -

SUMBER: TheSunUK

FAKTA MENARIK LAIN:

1. Udara di dalam pesawat terbang disaring oleh teknologi yang digunakan dalam rumah sakit, oleh kerena itu meski tempat duduknya mengandung kuman tetapi udaranya tetap bersih.

2. Pilot hanya mampu melihat separuh sayap pesawat dari deck penerbangan, dan tidak dapat melihat ekor pesawat secara keseluruhan. Pada pesawat Airbus A380 dipasang kamera di bahagian ekor pesawat sehingga pilot dan penumpang dapat melihat pemandangannya.

3. Amaran darurat “Mayday” beradal dari bahasa Perancis “m’aidez” yang ertinya “tolong kami”.

4. Tandas sering menjadi lokasi paling sulit seseorang tetapi di atas pesawat, tandas bukan hak peribadi anda yang terlalu sulit.Tahukah anda pintu tandas boleh dibuka dari luar?

Pintu tandas pesawat dicipta sedemikian sebagai langkah keselamatan jika penumpang meninggal dunia atau tercedera.

5. Pernahkah anda bertanya mengapa lampu perlu dimalapkan ketika pesawat bersedia untuk mendarat pada waktu malam?

Lampu dimalapkan bagi memudahkan pergerakan keluar dari pesawat, khususnya jika berlaku kecemasan,  kerana mata anda telah disesuaikan dengan kegelapan.

Berada dalam pesawat yang malap, sebelum mendarat, membolehkan anda melihat dengan jelas ketika keluar dari pesawat, lapor laman Quora.


6. Topeng oksigen: Terpaksa menggunakan topeng oksigen di atas pesawat bukan pengalaman yang diingini sesiapa. Jika keadaan itu berlaku, topeng tersebut hanya mampu membekalkan oksigen selama 15 minit.

Tempoh itu mencukupi bagi juruterbang mengemudi pesawat ke altitud lebih rendah supaya penumpang dapat bernafas, lapor Reddit.


7. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk menaiki kapal terbang?

Penerbangan pada waktu pagi adalah yang paling terbaik kerana ia sentiasa menepati masa.

8. Seksyen manakah yang paling selamat di dalam kapal terbang?


Bahagian ekor kapal terbang adalah yang paling selamat kerana kokpit cenderung untuk menerima bahana kerosakan dalam keadaan kecemasan.


SUMBER RUJUKAN:
1. MSTAR
2. MAIL ONLINE
3. CARIAN INTERNET



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...