FACEBOOK Umum Keuntungan Melonjak Kepada RM16.3 Bilion

Photo by: TELEGRAF.UK


BISNES: Walaupun dilaporkan pengguna semakin mengurangkan masa melayari laman sosial terbesar di dunia FACEBOOK, namun syarikat itu menerima lonjakan besar dalam keuntungan syarikat.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan keuntungan Facebook dalam tempoh tiga bulan terakhir pada 2017 mencatat kenaikan 20 peratus kepada AS$4.2 bilion (RM16.3 bilion).

Pendapatan suku ketiga itu melonjak 47 peratus kepada hampir AS$13 bilion (RM50.7 bilion), tetapi perbelanjaan syarikat turut naik dengan peningkatan kakitangan seramai 25,105 orang.

Tambahnya, jumlah pengguna bulanan yang aktif mencecah 2.13 bilion pada suku ketiga, meningkat 14 peratus daripada tahun sebelumnya.

Syarikat itu berkata, keutamaannya adalah untuk menggalakkan interaksi peribadi dalam kalangan pengguna berbanding hanya meningkatkan jumlah jam yang dihabiskan terhadap Facebook.

Pengasas bersama, Mark Zuckerberg berkata, perubahan yang digubal oleh Facebook mengurangkan masa yang dihabiskan untuk melayari laman ini dengan kira-kira 50 juta jam sehari.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Operasi Facebook itu berhujah bahawa mempunyai pengguna yang lebih terlibat dan aktif terhadap status rakan-rakan boleh membawa kepada keuntungan kepada syarikat.

“Membantu orang saling berhubung adalah lebih penting berbanding memaksimakan masa yang mereka habiskan pada Facebook. Kami boleh memastikan per­khidmatan itu baik untuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat keseluruhannya,” kata Zuckerberg.

Katanya, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kandungan video atau status viral oleh perniagaan telah berkembang dalam menghubungkan orang.

“Kami membuat perubahan untuk menunjukkan pengurangan video viral bagi memastikan masa pengguna dapat diluangkan sebaiknya.

Secara keseluruhan, kami membuat perubahan bahawa pengurangan masa penggunaan Facebook dengan anggaran 50 juta jam setiap hari,” kata Zuckerberg. 

SUMBER: AFP

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...