OH! Ini Rupanya Cara Kira Bonus Tabung Haji

Photo By: MOLE.MY


OH INI SEBENARNYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memaklumkan pengiraan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2017 adalah berdasarkan kepada baki purata minima bulanan iaitu sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Tabung Haji, hibah untuk tahun lalu itu merangkumi pengiraan baki purata minima bulanan iaitu jumlah deposit purata terkumpul bermula Januari hingga Disember 2017 dan didarabkan dengan hibah tahunan Tabung Haji sebanyak 4.5 peratus.

Bagi pendeposit yang belum menunaikan haji pula, Tabung Haji memperuntukkan hibah tambahan sebanyak 1.75 peratus yang didarabkan dengan baki purata minima bulanan.

“Pengiraan hibah haji berkenaan adalah tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM9,980,” jelas Tabung Haji dalam satu kenyataan di sini pada 9 Februari 2018.


Photo by: TABUNG HAJI

Sebagai contoh, individu dengan wang deposit sebanyak RM1,000 yang menyimpan RM100 setiap bulan bermula Januari hingga Disember 2017, akan memiliki baki purata minimum bulanan kira-kira RM1,733.33, menjadikan hibah diperoleh sebanyak RM78.

Pengiraan bagi hibah haji pula adalah baki purata minimum bulanan (Januari-Disember 2017 /12) x 1.75 peratus, namun tertakluk kepada jumlah maksimum RM9,980.

Screenshoot: TABUNG HAJI

APA YANG DIMAKSUDKAN HIBAH?

Hibah TH adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah tidak wajib dibayar oleh TH. Walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai “‘urf” (kebiasaan) yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadi’ah. 

Mensyaratkan pulangan dalam bentuk hibah terhadap simpanan wadi’ah boleh menjerumuskan akad tersebut ke dalam riba yang diharamkan syarak dan pulangan itu menjadi sesuatu yang tidak bersih.

Pemberian dan cara hibah TH dilakukan adalah seperti yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, Sekyen 22 (1) & (2):

Seksyen 22;
(1)   Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.

ScreenShoot: Tabung Haji


(2)   Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.

Sejak ditubuhkan, TH sentiasa berusaha memberi Hibah Tahunan kepada para pendeposit kami. TH turut memberi tambahan hibah khas kepada para pendeposit sempena peristiwa-peristiwa istimewa seperti Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 (2007), Ulangtahun ke-50 TH (2012) dan Hibah Haji bermula 2013 sehingga kini.


Photo by: Hanshanis.com


SOALAN LAZIM - HIBAH TH 2017

1. Berapakah Hibah Pendeposit TH 2017?

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengisytiharkan pembayaran Hibah Pendeposit Tahunan TH sebanyak 4.50% dan Hibah Haji sebanyak 1.75% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2017.

2. Apakah kadar pengagihan Hibah TH?

Pengagihan hibah TH 2017 adalah pada kadar 6.25 peratus yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta pendeposit atau 93 peratus pendeposit yang masih belum menunaikan ibadat haji. 

Manakala, 0.6juta pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibahpada kadar 4.50 peratus.

3. Apakah Hibah Tahunan?

Hibah Tahunan adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

4. Apakah Hibah Haji ?

Hibah Haji adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM9,980).

5. Siapakah yang layak menerima Hibah Tahunan?

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017, layak menerima hibah tahun 2017 pada kadar yang diisytiharkan. 


6. Siapakah yang layak menerima Hibah Haji?

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017 dan belum pernah menunaikan haji.

7. Bagaimanakah bayaran Hibah Tahunan dan Hibah Haji dibuat?

Kedua-dua bayaran hibah ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun
pendeposit.

8. Bilakah Hibah Pendeposit TH 2017 boleh disemak?

Hibah Pendeposit TH 2017 boleh disemak bermula Isnin, 12 Februari
2018.

9. Adakah pendeposit yang mempunyai akaun pelaburan KWSP di TH layak menerima hibah haji?

Tidak, kerana hibah haji hanya diberikan kepada pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH dan belum pernah menunaikan haji.

10.Bagaimanakah cara pengiraan Hibah Tahunan TH 2017?

Akaun Pendeposit TH Aktif
Kiraan: Baki purata minima bulanan X 4.50%
(Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 4.50%

11.Bagaimanakah cara pengiraan Hibah Haji?

Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang Kiraan: Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980.00)
X 1.75% (Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 1.75%



SUMBER: TABUNG HAJI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...